Bila Stress, Apa Yang Korang Buat Tanpa Sedar? | Ni soalan cepu cemas my office mate pagi ni. Tiba-tiba aje tanya, "akak, kalau stress akak akan jadi macam mana?" Erk. Takde angin takde ribut, tetiba keluar soalan ni. Agaknya dia tengah stress tu, katanya kalau stress, dia akan mengantuk. Tu simptom-simptom yang badan dia refleks bila dia berada dalam tekanan.
Pertanyaan dia tu buat saya terfikir diri sendiri. Satu benda yang saya perasan bila saya stress dengan kerja, contohnya tiba-tiba disapa boss di hujung minggu pada waktu cuti atau rehat, saya akan membebel sambil siapkan kerja yang datang tiba-tiba tu. Bercakap seorang diri, kadang-kadang tengah duduk lepak berbual dengan housemate berempat, diorang borak topik lain, saya mencelah membebel baca whatsapp tanpa sedar. Diorang ingatkan saya bercakap dengan diorang, rupanya tengah membebel pasal kerja. Errr.
Sama jugak kalau saya stress dengan order Selera Sakura. Memang membebel lah kat dapur tu sorang-sorang kalau ada yang last minute tukar order atau waktu pickup. Kadang-kadang waktu yang kita announce kedai cuti kejap dan tengah berjalan kat luar, customer whatsapp, haa memang segala bebelan dan rengusan keluar. Adoii stress dibuatnya! Sebab tu, saya avoid untuk reply whatsapp masa tengah sibuk buat benda lain atau tengah keluar rumah. Takut termaki orang tanpa sedar. Seketul Sunah, dia kena reply whatsapp customer pada waktu yang dikhaskan untuk ngadap diorang, relax-relax kat rumah, sambil minum secawan kopi, ah gituuu.
Then saya terus cari jugak tanda-tanda stress kat tempat kerja, Hello Doktor ada share benda ni.
5 Tanda Anda Terlampau Stres di Tempat Kerja
Walaupun pekerjaan paling ideal, ia juga mendorong kepada stres terlampau (burnout). Semakin sukar anda bekerja, lebih bermotivasi untuk mencapainya dan semakin mudah untuk masuk ke kepala anda.
Stres terlampau adalah sebahagian daripada perasaan anda seperti tiada apa-apa yang tinggal untuk diberikan. Keadaan kronik boleh menyebabkan masalah emosi dan penurunan kesihatan fizikal anda. Sebelum anda boleh mengendalikannya dan mencegahnya, anda perlu mengenalpasti tanda amaran apabila tiba masanya untuk mengambil tindakan.
Masalah kesihatan
Stres terlampau mempunyai kesan yang luas dan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental anda. Sama ada anda mengalami sakit belakang, kemurungan, penyakit jantung, obesiti atau anda sering sakit, anda mungkin ingin mempertimbangkan peranan kerja anda dalam hal ini. Anda akan mengetahuinya apabila ia membahayakan kesihatan anda dan anda hanya perlu menentukan sama ada pendekatan bekerja anda adalah akibatnya.
Kesukaran kognitif
Menurut satu kajian, tekanan menyerang korteks prefrontal, bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap fungsi eksekutif. Fungsi eksekutif mempengaruhi memori, kebolehan membuat keputusan, kawalan emosi dan fokus. Apabila menyedari bahawa anda membuat kesilapan yang bodoh, melupakan perkara-perkara besar, mempunyai gangguan emosi atau membuat keputusan yang tidak baik, anda mungkin seperti diluar kawalan.
Mempunyai kesukaran kerja dan hubungan peribadi
Tekanan mempengaruhi semua perkara yang anda lakukan, terutamanya bagaimana anda berinteraksi dengan orang lain. Walaupun anda berasakan bahawa anda mengalami tekanan di tempat kerja, anda boleh melepaskannya di rumah. Biasanya hubungan anda yang menderita. Tekanan membuatkan ramai orang lebih cenderung untuk kecil hati dengan orang lain, kehilangan ketenangan, dan terlibat dalam konflik yang bodoh dan tidak dijangka. Orang lain lebih cenderung mengundur dan mengelakkan orang yang mereka sayangi.
Bawa tugasan balik ke rumah
Tahukah anda bahawa perasaan yang dahsyat apabila anda berbaring di tempat tidur memikirkan semua kerja yang anda tidak lakukan dengan harapan anda tidak terlepas sesuatu yang besar? Apabila tugasan yang tidak diselesaikan itu sentiasa terperangkap di kepala anda bila-bila masa, di mana sahaja, walaupun semasa anda berada di rumah, maka itu adalah satu tanda yang serius bahawa anda sedang terlampau stres.
Hilang motivasi
Kita memulakan pekerjaan dalam fasa percutian, melihat segala-galanya indah. Apabila anda dalam fasa ini, motivasi datang kepada anda secara semulajadi. Tetapi apabila anda terlampau stres, anda menderita dan mencari motivasi untuk menyelesaikan tugas. Anda boleh menyelesaikan tugas, walaupun melakukannya dengan baik, motivasi yang digunakan untuk mendorong anda hilang. Daripada melakukan kerja itu sendiri, anda akan bermotivasi daripada ketakutan bahawa anda akan terlepas tarikh tamat, membiarkan orang kecewa atau lebih buruk lagi, dipecat.
Hilang motivasi tu memang selalu terjadi bila memikirkan kerja bertimbun, thesis, journal yang belum siap lagi. Saya akan jadi down, lost dan macam hilang semangat nak teruskan pun pernah, bila dah terlampau stress sangat dengan soalan bertubi-tubi, "bila nak siap?"
So, nak kena cepat siapkan jugak supaya tak terus berada dalam tekanan ni. Lepas tu, boleh bye bye. Ehhh. Haha!
Kalau nak tahu macam mana caranya untuk hilangkan stress di tempat kerja, boleh baca kat Hello Doktor.
10 Comments
bila stress akak suka tido... lepastu suka layan tv tengokla apa drama yang kita suka atau pun shopping
ReplyDeleteaha yang tu apa yang akan kita buat bila stress...saya pun suka tido kalo stress..huhu
DeleteMun stress kmk coba lari dari stress..
ReplyDeleteAku kalau stress, aku tido... tido dan tido...
ReplyDeleteSaya kalau stress, akan tido je. pastu akan malas nak buat segala benda..
ReplyDeletemak penah cakap.. saya kalo stress mesti tanpa sedar akan marah2. stress ke panic ke mmg gitu. kalo saya sedar.. saya prefer untuk tido..
ReplyDeletentahlaa..bila stress malas nak buat apa dah terus tido je..hahaha
ReplyDeletesaya kalau stress akan call orang sana sini untuk bersembang..
ReplyDeletebila tidak dapar call saya akan tidur jelah hahaha
kalau stress kemas rumah, bila dah penat. tak ada masa nak fikir stress dah. hihi
ReplyDeleteBila stress datang perut mula lapar, bila perut lapar, memang cari makan. Dan bila berat makin naik, mula stress balik 🤣🤣🤣 paham tak.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com