Ticker

6/recent/ticker-posts

Sunway Big Box Johor Perkenalkan Konsep Drive Thru Dine In

Sunway Big Box Johor Perkenalkan Konsep Drive Thru Dine In | Kekalkan jarak selamat walaupun waktu makan dengan keluarga atau kawan-kawan, itu la matlamat utama Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, bila muncul dengan idea ni. Bermula dari 17 Jun hingga 10 Ogos 2020, uols boleh datang Drive Thru Dine In kat sini dari empat waktu makan, iaitu: 

10am - 12pm (Brunch)
12.30pm - 2.30pm (Lunch)
3pm - 5pm (Tea Hour)
5pm - 7pm (Dinner)

Ini merupakan konsep safe distancing dining yang pertama seumpamanya di Johor, uols boleh pilih untuk menjamu selera dari 10 lokasi yang disediakan, 8 restoran terpilih dengan 2 tema booth yang sangat menarik. Konsep Drive Thru Dine In macam ni memberi pendedahan kepada restoran yang terpilih untuk dapatkan lebih publisiti kepada pengalaman menikmati juadah dalam suasana norma baharu.


Konsep Drive Thru Dine In ni jugak membolehkan pengusaha restoran beroperasi dengan masih mematuhi SOP, bila mana amalan jaga jarak tetap dilaksanakan di ruang terbuka, lagi-lagi bila keluarga yang besar datang makan, lebih banyak tempat duduk akan diperlukan. Bila ada ruang gini, social distance tetap ada sebab jarak antara satu booth dengan booth yang lain memang jauh. Jadi, akan rasa lebih selamat nak makan-makan kat luar.


Dari segi payment lak, contactless payment diterapkan bila customer buat pre-order dan bayar dulu sebelum datang. Walaupun ada option cash on delivery, sejak-sejak musim COVID-19 ni, memang saya lagi prefer untuk buat cashless payment guna online banking, debit card atau e-wallet. Hassle-free gitu. Tapi jangan lupa la check baki dalam akaun tiap kali membayorrr oi, kang tup-tup baki tinggal RM2.10 aje. Haha!

Macam yang saya sebut kat atas tadi, ada 10 lokasi Alfresco dine in booth yang disediakan di sekitar Sunway Big Box tu. Booths ni uols boleh pilih nak indoor atau outdoor, dan pilih jugak design dia nak white booth atau wooden booth, macam dalam gambar kat bawah ni.



Sape suka konsep kayu-kayan back to nature, boleh la ambil wooden booth. Yang suka romantik-romantik english style, pilih lah white booth, haaa gitu. Uols boleh tengok senarai 10 lokasi boothnya kat bawah, mana tahu nak plan buat makan-makan nanti.

  • Paradiso - Outdoor, wooden booth next to Box in Box entrance
  • Santorini - Outdoor, white booth next to Box in Box entrance
  • Park Meadows - Outdoor, wooden booth next to Box in Box entrance
  • Cedarwood - Outdoor, wooden booth opposite Sports Direct
  • Healing Heart - Outdoor, white booth opposite Sports Direct
  • Summersalt - Indoor, white booth opposite Office Tower
  • Rosewood - Indoor, wooden booth opposite Office Tower
  • Cocomo - Indoor, white booth opposite Office Tower
  • Tanglewood - Outdoor, wooden booth opposite SSF
  • Breezeway - Outdoor, white booth opposite SSF

Yang bestnya, kalau uols datang Drive Thru Dine In ni, uols boleh parking kat tempat letak kereta ekslusif untuk uols. Ruang private parking terletak betul-betul berdekatan dengan tempat makan, so tak jauh sangat nak menapak macam uols nak pergi restoran dalam retail park ni. Sambil makan, sambil tengok-tengok kereta, kot rindu 😆


Eh makannya pulak macam mana nak order? Haa ni nak cerita, uols boleh pilih aneka jenis makanan sama ada menu Asia, Barat atau juadah tempatan dari 8 outlet F&B terpilih kat sini, iaitu Mr. Dakgalbi, Kenny Rogers, The Chicken Rice Shop, Pizza, Awesome Brew, Dum Dum Thai Tea, Shake Shake dan Tealive.


Nak makan berkonsepkan Drive Thru Dine In ni, uols kena buat reservation dulu kat link https://rebrand.ly/drivethru-dinein ni, seeloknya tiga hari lebih awal. Senang sangat prosedurnya, isi maklumat tempahan (bilangan pax dan no plat kereta), pilih lokasi yang kita nak, pilih restoran mana yang kita nak order, nyatakan waktu makan, kemudian submit. Nanti pihak Sunway Big Box akan forward form yang kita da isi online tu kepada restoran yang kita pilih, then pihak restoran akan contact kita pulak untuk tanya apa yang kita nak order in case tak tulis masa submit form.


Bila dah sampai Sunway Big Box, masuk ikut entrance untuk Drive Thru Dine In (naik flyover ke parking atas). Guard akan tunggu situ bila waktu arrival kita dah nak dekat untuk bukakan entrance. Then park dekat dengan tempat makan kita. Keluar kereta, guard akan ambil suhu badan dan periksa sama ada kita pakai mask atau tak. Kalau tak pakai mask atau tertinggal, takpe. Diorang akan bagi set mask dengan wet tissue. Nice kan?


Dah jumpa booth uols, haaa duduk je kat meja tu dan tunggu diorang hantar makanannya. Pihak restoran akan hidangkan kat kita sama aje macam kita makan kat restoran diorang jugak. In case nak tambah makanan lagi, uols boleh order on the spot juga. Just scan QR code kat atas meja tu, nanti keluar senarai menu untuk uols pilih. Then whatsapp atau call terus nombor yang tertera kat bawah QR code tu untuk order. Jangan lupa bagitahu booth uols yang mana satu masa order tu.


Saya dah cuba juga last weekend dengan geng makan sesama gemuk sesama Sis Lin, jujurnya saya suka sangat konsep ni sebab kita boleh makan menu dari banyak-banyak restoran dekat satu tempat aje. Takde la bergaduh nak makan kat mana, kan? Hahaha! Lagi satu, senang nak ordernya dan bayar pun mudah. Setup booth pun cantik dan menarik, best untuk sesiapa yang suka OOTD. Instagrammable gituuu.





Ok lah, kalau uols nak reserve buat makan-makan next time dengan family and friends, cepat-cepat lerr register kat link atas tadi tu ya!

Maklumat lanjut: Facebook Sunway Big Box

Post a Comment

24 Comments

  1. Menarik.Yang lagi buat menarik boleh pilih deko atau suasana yang diingini tu.

    ReplyDelete
  2. Baguskan konsep camni, aku rasa privacy sangat...nanti nak request laa buat besday aku kat sini hahahahaha

    ReplyDelete
  3. creative juak konsep keda tok, nyaman lalu rupa tpt mkn dipolah keda yea, ada privacy

    ReplyDelete
  4. Lain daripada lain konsep dia dan sangat menarik. Siap boleh pilih nak booth duduk kat tempat romantik2. Huhu

    ReplyDelete
  5. idea menarik yg timbul di musim pkp.

    ReplyDelete
  6. park kereta sebelah tempat makan tu yang best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan lagi best, tempat dia cantik pulak. syok ni ambil gambar

      Delete
  7. Konsep dia menarik dan sekali tgk macam.kita g picnic kat pantai . Park kereta kat tepi dan makan2 hehehehe. Makanan yg disediakan nampak sedap dan menyelerakan .

    ReplyDelete
  8. New norma bagi kita semua. Jaga jarak. Hehehr. Cantik dan menarik deko-deko tu. Boleh pilih mana yang berkenan.

    Geng sesama gemum dgn sis lin 😅

    ReplyDelete
  9. best jugak tak payah pergi banyak tempat. Kalau sorang nak makan dakgalbi, sorang lagi nak makan kenny rogers, dah tak payah nak gaduh2 dah. Booth dia pun cantik!

    ReplyDelete
  10. macam menarik je nak pergi.. tapi awat jauhhnyaaa. nak nangis lah cenggini

    ReplyDelete
  11. Dalam keadaan negara masih belum sifar Covid-19 memang bagus konsep begini.

    ReplyDelete
  12. konsep yang sangat terbaik untuk waktu2 sebegini. senang dan yg penting ada banyak pilihan jugak :)

    ReplyDelete
  13. Menarik sungguh menu nya.. Selain masakan melayu i suka jugak makanan ala western ni.. Nampak sedap je

    ReplyDelete
  14. best juga ni..kelainan kan dlm norma baru..lpr plak tgk gmbr makanan tu...org2 johor apa tunggu lg

    ReplyDelete
  15. Pandai pihak pengurusan sediakan sistem macam ni. Norma baru yg kretif.
    Design booth pun menarik. 😊

    ReplyDelete
  16. Cuti2 jb nnti boleh lah try je sunwaybigbox ni plak. Xpernah lagi sampi sini.

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  17. Terbaik lah boleh fikir konsep drive thru dine in ni. Tempat pun cantik.

    ReplyDelete
  18. menarik gak tu, nampak pizza pun sedap. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  19. bestnya konsep makan-makan macam ni senang je boleh preorder terus

    ReplyDelete
  20. kemain asyik dating je kalian ya.. makan pun berdua.. hee~ bagus inisiatif Sunway ni, saya tertarik dengan persekitaran yang cantik tu.. tangkap gambar, post kat ig.. peh !! gittew--

    ReplyDelete
  21. Wah mcm2 jns booth ada kat sini. Makanan pun semua nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete
  22. InsaAllah..ada masa nanti bleh le pergi ke sana, tak lah jauh dari rumah pun. Nak jugak lepak2 tempat cantik macam ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com