Negeri Selangor – Destinasi Gastronomi Anda | Berikut ialah hidangan dan masakan Malaysia di Selangor yang telah menjadi tradisi sejak turun-temurun di mana ianya melibatkan pelbagai cara masakan yang telah diamalkan di Negeri ini. Disebabkan oleh migrasi dan pendatang asing yang telah menginjakkan kakinya di Selangor, Malaysia pada zaman dahulu, ini telah menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang pelbagai rasa! Diikuti diskripsi resipi yang telah disediakan di bawah ini, sesiapa sahaja dan bahkan seluruh dunia kini boleh mencuba untuk menyediakan hidangan tradisi Selangor mereka sendiri!
1) Pecal
Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional yang terdiri dari sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadangkala turut disajikan dengan Ketupat atau Lontong. Persediaan untuk membuat Pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba dirumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah, kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Cubalah sekarang!
2) Nasi Ambeng
Di Selangor, ianya sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mee goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang! Di Selangor, Nasi Ambeng seringkali disediakan dan dihidangkan di majlis keramaian ataupun kenduri-kendara.
3) Sambal Taun
Dikenali sebagai sambal taun atau sambal tahun, hidangan ini terkenal di kalangan rakyat Selangor mahupun Malaysia. Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula. Turut terdapat beberapa golongan yang sering meyajikan hidangan ini semasa Perayaan Aidilfitri!
4) Wadai Kipeng
Dalam perkataan orang Banjar, 'Wadai' bermaksud 'Kuih', sementara 'Kipeng' pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, ianya telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan orang ramai dengan Wadai Kipeng semasa Majlis Kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ianya adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!
5) Bahulu Kemboja
Kami menamakannya sebagai kuih tradisional kegemaran 'Orang Lama' yang masih popular sehingga kini. Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Dengan mempunyai keistimewaannya tersendiri, kuih ini sering dijual di pasaran akan tetapi, untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Dengan resepi di bawah, anda tak perlu risau kerana anda boleh sahaja membuatnya sendiri di rumah! Untuk mengekalkan keenakkan dan keunikannya, bahan terpenting yang anda perlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa!
Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di Negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
21 Comments
terutamanya di shah alam dan bangi .. mcm2 jenis kedai makan ada.
ReplyDeletebetul2!
Deletebetul tu...kita pun kalo gi shah alam rumah adik, setiap kali pergi tu la kedai lain2 dia bawak..
DeleteSedap-sedap semuanya, kalau balik Sabak Bernam mesti ada bubur wadai tu..
ReplyDeletewahh..yang tu aku tak pernah rasa!
DeleteNasi ambeng.Sedapnya lagi kalau dihidang atas daun pisang.YA ALLAH.
ReplyDeletebila pc cakap gini, baru la terasa lamanya tak makan nasi ambeng
DeletePecel dan ambeng tu menu orang jowo koyo wak
ReplyDeletetu lah wak...kalo kita kat johor pun biasa dengan pecel dan nasi ambeng tu kan..
Deletedengan selangor travel senang la nk tau menu2 org selangor nie ha
ReplyDeletebetul tu Mas..diorang da kumpul segala info dan study betul2 kan..
DeleteSelangor? Kenapa menu macam kat kampung suami kqt segamat johor? Mungkin faktor etnik jawa agaknya
ReplyDeletehaah kak, saya pun rasa macam johor pun ada...lebih kepada jawa kot..
Deletesedapnya. nak pecal nak nasi ambeng. Lama tak makan dua menu tu.
ReplyDeletekita kurang sikit pecal..nasi ambeng ye, sedappp dan suka...da lama gak tak makan ha...
DeleteNasi ambeng mmg femes. Klu kat masjid tempat saya mmg selalu disajikan utk jemaah lepas isyak atau berbuka. Tapi Ramadan tahun ni tak ada berbuka kat masjid... lama juga tak pekena nasi ambeng ni :)
ReplyDeletesama lah tuan, saya pun dah lama tak pekena nasi ambeng ni...yang seakan-akan ada la jugak buat tapi tak lengkap side dish nya..
DeleteJom pergi Selangor esok balik hari
ReplyDeletehahahah jom jommmmmmm
Deleteray tak pernah tahu ade yg panggil bahulu kemboja. ray panggl kuih bakar je heee
ReplyDeleteitu lah...akak pulak panggil bingka pandan aje..hahaha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com