Lunch Berbaloi-baloi RENtastic Menu @ Renaissance Johor Bahru Hotel | Berbaloi-baloi sebab harga sekepala hanya RM58 sahaja! Boleh makan semua hidangan dalam RENtastic Menu tu, tinggal nak pilih aje. Mana nak dapat lunch eat all you want kat hotel 5 bintang, harga macam ni? Agak-agak kalau terlebih duit, siap boleh add-on lagi menu tepi yang harganya bermula dari RM36 - RM55 untuk hidangan 3 - 4 orang. Memang berbaloi sangat lah! Lagi-lagi kalo menu add-on dia macam kat bawah ni.
Haa, besor ke besor portion dia? Yang tu add-on Mixed Grilled Platter yang berharga RM55, ada Grilled Smoked Beef, Lamb Chops, Spanish Sausages (Chicken & Beef), BBQ Chicken Wings, Scotch Eggs with Homemade BBQ Sauce & Spiced Potato. Gambar Baked Oyster tu katanya datang sekali dengan Mixed Grilled Platter ni, tapi kalau tengok menu, oyster tu dalam hidangan Seafood on Ice. Takpe, uols boleh tanya aje nanti kalau datang makan kat sana, ok?
Tapi ni baru sikit cerita add-on, main course yang RM58 ni belum masuk lagi. Haha! Dalam RENtastic Menu yang berpatutan gilerrr ni, uols akan dihidangkan dengan pelbagai menu dari kategori Asian Specialty, Western Treats, Pasta Fiesta, Chinese, Indian, dan Teppanyaki. Nak bawak anak-anak? Kids Menu pun ada. Sebagai pembuka selera, diorang ada sediakan menu wajib Tasting Bites dan pilihan Salads Galore serta Soups Pot.
Uols datang duduk kat meja, nanti diorang bagi list menu ni. Lepas tu, haaa pilih lah nak makan ape. Nak makan semua pun boleh kalo perut muat lah. Kalo tak muat, pilih la mana yang mampu ajeee. Jangan membazirrrr, membazirrr amalan syaitonnnirajiimm 😈 Haha! Nah, jemput tengok apa yang saya cuba dalam RENtastic menu ni!
Tasting Bites
Rojak, Popiah Basah, Pakora, Kerabu, Crackers & Dippings
Salads Galore
Classic Caesar, Thai Beef Salad, Ulam Kerabu
Soups Pot
Mushroom Truffle
Western Treats
Chicken Parmesan, Italian Balls, Fish with Caper Sauce
Asian Specialty
Mee Rebus, Ikan Bakar Portugis, Tom Yam Fried Rice
dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman
Pasta Fiesta
Spaghetti Aglio, Brocoli Pesto, Chilli Bolognese
Chinese
Sweet & Sour Chicken, Nyonya Fish Fillet, Pineapple Fried Rice
Teppanyaki
Beef, Chicken, Fish Fillet
digoreng dengan bawang besar, lada benggala, cendawan, bawang putih dan sos teriyaki
Indian
Chicken Tandoori, Beef Kofta, Amritsari Fish
dihidangkan dengan roti naan / naan cheese / naan bawang putih,
bersama raita, chutney dan dhal
Desserts
Troli desserts akan ditolak ke meja uols, uols boleh pilih dari situ aje, tak payah bangun, pilih betul-betul tau, sebab dia lalu sekali je 😆
Antara semua menu ni, paling saya suka adalah hidangan Chinese tu. Kena sangat dengan tekak, dia punya Pineapple Fried Rice, Nyonya Fish Fillet dan Sweet & Sour Chicken. Western Treats dengan Teppanyaki tu pun not bad. Chilli Bolognese pun sedap. Uols boleh cuba satu-satu nanti. Tak nak ambil banyak-banyak dulu pun takpe, bila nak tambah, boleh panggil waiter lagi haaa! Asalkan masih dalam waktu Lunch (12 - 3 pm) atau Dinner (6 - 9 pm).
Oh, jom tengok apa lagi pilihan dalam menu add-on!
Satay Kampung RM36
Pilih antara Chicken, Beef, Lamb dan Tofu atau Combo of 3
dihidangkan dengan timun, bawang merah dan kuah satay
Seafood on Ice RM55
Poached Prawns, Black Mussels, Baby Octopus, Sashimi Salmon & Baked Oyster
with Lemon Wedges and 3 Dipping Sauce
Mixed Grilled Platter RM55
Grilled Smoked Beef, Lamb Chops, Spanish Sausages (Chicken & Beef), BBQ Chicken Wings, Scotch Eggs with Homemade BBQ Sauce & Spiced Potato
Tom Yam Claypot RM50
Fresh Prawns, Mussels, Squid, Fish Fillet, Flower Crab, Loster Ball and Tofu
Haa, setuju tak berbaloi-baloi? So, apa tunggu lagi? Cepat book your seats, bawak kawan or family datang makan sini. Jangan risau, SOP terjaga ya! Boleh tengok lagi banyak menu kat Facebook page Sunah Sakura.
RENtastic Menu
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
Available setiap hari:
Lunch 12 - 3 pm
Dinner 6 - 9 pm
RM58/pax
Untuk tempahan, hubungi:
+6073813322
WA +60177713327
14 Comments
murah gak la..memang berbaloi,...tapi suami jenis makan sikit... tak berbaloi ajak dia,...hahah
ReplyDeletekannn, bagus ajak saya...hahahha
DeleteMurah gilerr, rasa memang nak repeat, tapi nak makan add-on aje hahahahaha
ReplyDeletehahahhah yang add on lagi menggoda ekkk
Deletemurah jugak... terliur menengoknya
ReplyDeletehaah berpatutan kak...
Deletemurah dan berbaloi..
ReplyDeleteiyoo...sangat berbaloi2
Deletememang kena grab ni sebab harga murah dan makanan pun berbaloi
ReplyDeletebetul kak..nanti datang tau makan...
Deleteterliur tengok semua menu nya ^_^
ReplyDeletesedap2 semuanya tau
Deletemacam menarik je tomyam claypot tu. tak pernah nampak tomyam macam tu. macam kuah masak lemak pun ada.
ReplyDeleteMurah dan mmg berbaloi sgt.. tengok pun dah terbuka selera. Puas hati dpt menjamu selera dgn harga berbaloi mcm ni. Thanks sharing!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com