Ticker

6/recent/ticker-posts

Kopi Panggang Segar dari Doorstep Coffee Terus ke Pintu Rumah Anda

Kopi Panggang Segar dari Doorstep Coffee Terus ke Pintu Rumah Anda | Syoknya kalau tak perlu keluar untuk minum kopi berkualiti kat kedai kopi hipster dalam situasi wabak sekarang ni. Lagi syok kalau kita boleh buat sendiri kopi dari biji kopi panggang segar ikut citarasa kita sendiri. Minum bersama keluarga atau layan sorang-sorang sambil tengok rancangan kegemaran, fuhhh! Memang nikmat!


Baru-baru ni saya cuba satu jenama kopi panggang segar yang bila kita order, diorang boleh terus hantar ke rumah kita. Peminat kopi tegar confrim teruja! Doorstep Coffee nama diberi, dimiliki oleh dua orang rakyat Malaysia yang satu masa dulu bertemu di Adelaide, Australia pada tahun 2011. Pertemuan tersebut membuka jalan kepada pengalaman pertama mereka minum kopi cara orang Australia, sekaligus teruja dengan kualiti dan rasanya.

Berbekalkan pengalaman tu, Quan dan Shir Yee balik ke Malaysia dan berjumpa dengan seorang rakan yang telah berkecimpung dalam dunia kopi panggang selama empat tahun untuk kafe-kafe sekitar Johor dan Singapura. Dari situlah diorang mula menceburkan diri dengan lebih serius dalam dunia kopi ni, sebab diorang fikir kena share jugak macam mana rasa sebenar kopi segar yang terbaik kepada orang lain.


Lagi menarik, salah seorang founder tu pernah ada pengalaman jadi barista kopi masa belajar kat Australia dulu. Haa, no wonder lah kopi yang diorang hasilkan ni terjamin kualitinya. Dengan misi untuk menghantar biji kopi panggang segar pada harga yang berpatutan kepada peminat kopi di rumah, diorang pun create lah Doorstep Coffee Roaster pada tahun 2020 ni. Saya lah tu, antara mereka yang pernah mencuba kopi panggang segar diorang ni!



Nah, ini dia dua pek Doorstep Coffee Beans House Blend Nº1, 200 gram setiap satu, didatangkan dengan dua peket Coffee Drip Bags. Tengok pada label, perisanya almond, dark chocolate. Tarikh best before, sebulan selepas roasted. Asal biji kopi dari tiga negara, Brazil, Colombia dan Mandheling. Perisa yang ni katanya sesuai untuk buat Espresso, Black Coffee atau kopi susu.


Bila buka peknya, mmmm aroma kopi semerbak baunya. Aduhh, sedap ni! Biji kopinya dikisar sedikit kasar, kalau uols nak kisar halus atau nak whole biji-biji kopi pun boleh, just request aje masa nak order tu. Ye, diorang hanya akan roast upon ordering aje ye!  Kata nak kopi panggang segar kan? Haaa, memang fresh lahh! Meh saya tunjuk cara untuk buat hand brewed coffee at home!


Untuk hand brew, ini dia drip bag yang uols kena ada untuk buat air kopi kegemaran uols. Just keluarkan satu keping drip bag, koyakkan pada keratan atas bag tu untuk buka, sematkan pada cawan kopi.


Sudukan kopi kisar panggang ke dalam drip bag ikut citarasa, saya letak 1 1/4 sudu aje.


Then tuang air panas ke dalam drip bag.


Tunggu air kopi uols dititiskan sepenuhnya ke dalam cawan.


Then, boleh tambah gula perang atau tambah susu segar, ikut suka!


Haaa, dah siap!!! Amek gambar dulu sikit. Haha.

Bila hirup, fuhhh serius sedap okay kopi dia! Sama macam aroma bila bukak pek kopi ni, itulah juga aromanya bila kita nak hirup kopinya. Bau kopi yang pekat dan sangat comforting. Rasanya pulak dah tentu lah sama pekat, rich dan heavy, dengan sedikit hint almond dan dark chocolate. Sambil minum, sambil fikir, kalau tambah susu segar ni mesti sedap!

Blend Nº1 ni sesuai sangat untuk peminat kopi yang craving kopi berkualiti dan segar tapi prefer yang senang disediakan. Sebab dia dah campur banyak jenis biji kopi dalam tu dengan perisanya sekali, so rasa dia memang umpphhh! Saya rekemen sangat perisa ni untuk uols tau!

Selain perisa ni, diorang ada jugak terima order untuk single coffee origin atau campuran dua origin. Harga untuk 200 gram Doorstep Coffee Beans ni pun berpatutan sangat, RM35.00 aje per pek. Kalau beli dua pek, lagi murah, RM65.00 aje.

Kalau nak order, diorang dah ada kat Shopee, tapi hanya kopi aje tau, takde drip bags! Kalau uols nak dapat FREE drip bags, uols boleh claim guna PromoCode SSDCR, order through whatsapp or call +6019-388 9288 sebelum 31 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, uols boleh belek FB atau whatsapp aje nombor kat bawah.

Nak gift set cantik berserta Coffee Painting Artpiece macam ni? Boleh Whatsapp jugak diorang terus.

Doorstep Coffee Roaster
100% Arabica Coffee Beans
RM35 per pack

Facebook:

Contact:
+6019-388 9288

Post a Comment

16 Comments

  1. Silalah belanja saya secawan yee...

    ReplyDelete
  2. Macam sedap aje.
    malam2 ngadap lt mesti nak ada kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak wak, rasa macam minum kopi kampung pun ada...

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    Memang kelihatannya sedap itu...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...da follow belum blog ni? 😆

      Delete
  4. adduh sebagai peminat kopi...kena cuba ni

    ReplyDelete
  5. terasa kopi di lidah sekarang ^_^

    ReplyDelete
  6. coffee lover here! Woahhh menarik giler jenis kopi macam ni. boleh buat kopi klasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyooo fiza! sedap pun sedappp..nak buat la untuk berbuka petang ni..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com