Ticker

6/recent/ticker-posts

Jamuan Raya Office

Jamuan Raya Office | Eh, Sunah ni dah bekerja ke? Ramai yang tanya gitu gak bila kita reply tengah sibuk kat office. Sebenarnya kita buat part time dengan lecturer kita, tapi bukan hari-hari masuk office. Hanya bila ada kerja yang perlu dibuat aje, baru datang office. Itu dulu lah sebelum PKP start. Tapi lepas raya hari tu, hari-hari jugak lah kena datangnya sebab kita kena sain agreement baru untuk tenants yang menyewa ruang pejabat kita.


Hari Khamis lepas, boss buat makan-makan kat office. Jamuan raya untuk semua tenants dan klien company dia. Beberapa hari sebelumnya, lecturer kita dah buat list menu makanan. Nak macam raya betul katanya. Dia order jugak brownies dan kek karamel dari kita. Jadi Rabu petang kita da pergi kedai barang kek untuk beli bahan-bahannya. Malam tu bertukang la kat dapur siapkan brownies dan kek karamel tu.


Tragisnya, malam tu kek karamel tu buat hal masa bakar. Pertama kali bakar dalam loyang segiempat 10", tersalah pulak beli loyangnya. Loyang kek lapis biasa tu tak sesuai untuk buat kek karamel sebab nanti karamelnya keluar dari celahan bucu loyang tu. Memang keluar habis la oi, dengan oven aku sekali menjejes karamel dalam tu. Kak Ajan keluar nak tolong belikan susu cair untuk buat karamel yang baru, tapi kedai lak dah tutup sebab dah nak dekat pukul 11 malam masa tu. Huhuhu. Jadi, kita pasrah aje lah topup baki karamel yang ada, tambah telur dan guna susu full cream. Alhamdulillah ok aje rasa dia, karamelnya pun terbentuk cantik, cuma nipis sikit lah dari yang sepatutnya. Huhu.


Menu utama jamuan hari tu, Nasi Beriani dari Encik Lan, salah seorang staff company yang menyewa kat sini. Lauknya Ayam Masak Merah, Kambing masak apa tak tahu, Dalca dan Acar. Sedap Nasi Beriani Encik Lan, Ayam Masak Merah dia pedas sikit, Kurma Kambing pun super sodapppp. Siap bawak balik lagi sebab Encik Lan buat banyakkk. Hihi.


Selain tu, ada Sagu Gula Melaka tersedap di dunia kak Nadia order, lupa pulak mintak number penjualnya, Durian Crepe Suhanis order, Roti Jalan dengan Kari Ayam by Encik Lan jugak, lemang dengan serunding, kuih bahulu, popiah, Kek Lapis Asam Manis yang guest bawak, dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, dapat jugak lah merasa jamuan raya tahun ni.

Post a Comment

27 Comments

  1. ALHAMDULILLAH..sedap semuanya..:)

    ReplyDelete
  2. Kambingggg... Sagu gula melakaaaaa....

    ReplyDelete
  3. Sedap2 nampaknye menu. Wahhh bestla ada kerja part time. Bukan senang nak dapat mcmtu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya browniessssssss.. Nyumm3!!!!!
    Meriah jamuan raya nok!

    ReplyDelete
  5. Ofc saya pun dah buat ... seharian sambil buat kerja mulut mengunyah... hehe

    ReplyDelete
  6. Ramainya juadah
    bestnya ada baryani kambing

    ReplyDelete
  7. Kek warna warni tu sunah buat sendiri ke...? Telan ailio jap membayangkan kesedapannya

    ReplyDelete
  8. banyaknya kuih. ray kekadang terlupa, sbnrnya kite dalam bulan syawal lg. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tu lah, masih lagi dalam bulan syawal ni...sebab pkp kita jadi tak ingat tarikh da..haha

      Delete
  9. sedap2 tu menu. seronok kan jamuan kat office hehe. lawanya warna sagu gula melaka tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, best juga sebab santai2 je satu hari tu...

      Delete
  10. seronok ada jamuan. tak dapat beraya dapat makan juadah raya masa jamuan ni kira meriah jugalah raya. semua sedap-sedap nampak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...rasa la jugak kegembiraan beraya tu ha...

      Delete
  11. Meriahhhhh.. Syoknya kerja ramai staff melayu.. Boleh sakan buat jamuan raya..Kami company cina, suam2 kuku je la sebab melayu 2 orang je department kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..mostly sini melayu..tenants je ade satu company india...diorang pun ok, siap tapau kuih raya naik ke office...

      Delete
  12. Perghhh sedap-sedap semuanyaa..patut laa tuan tanah gebu...

    ReplyDelete
  13. meriah tengok makanan yang ada.. part dessert kita paling suka =D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com