Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 8 Jun 2020 | Esok, 8 Jun 2020 telah diisytiharkan sebagai Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun ni. Bagi tahun-tahun akan datang bermula 2021, sambutan ni akan diadakan pada setiap hari Isnin pertama dalam bulan Jun sepanjang tempoh pemerintahan seri paduka baginda. Tahun ni, sebab Isnin pertama adalah Hari Gawai agaknya, maka tolak lah ke tahun depan. Tiberrr.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas.
"Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
"Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265," menurut kenyataan itu.
Jadi, esok adalah hari cuti untuk semua, tapi perasan tak tahun ni takde list acara sambutan Hari Keputeraan Agong macam tahun-tahun lepas? Sebab kita kan masih dalam PKPB lagi, tak boleh ada keraian yang melibatkan orang ramai dalam bilangan yang besar. Maka, tahun ni tak adalah kot sambutan secara terbuka. Mungkin ada sambutan secara tertutup kat istana aje.
Daulat Tuanku
Merafak Sembah & Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong XVI
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong XVI
Pada Hari Isnin
8 Jun 2020
Bersamaan
16 Syawal 1441H
"Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku."
6 Comments
Yang penting Malaysia kaya dengan cuti! Yeay....!!!!
ReplyDeleteYeay! Esok cutiiiii
ReplyDeleteMoga Tuangku terus dipayungi dengan Rahmat Allah SWT.Dan rakyat,manfaatkan hari cuti sebaik-baiknya.
ReplyDeleteSejak kerja sendiri ni rasa macam Malaysia banyak cuti...masa kerja dulu tak pula rasa banyak cuti...hahahaha
ReplyDeleteSelamat bercuti
ReplyDeleteDirgahayu Tuanku...
ReplyDeleteMesti kek yang Tunku Permaisuri buat istimewa kannn..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com