Beli Alas Meja Dekat Shopee, Dekat Sebulan Baru Sampai | Ni sebenarnya kisah alas meja raya. Tapi jadi alas meja lepas raya sebab order 4 haribulan Mei, lepas raya , 26 Mei 2020, baru sampai. Masa tu, dak Nada yang beli alas meja ni da balik kampung rumah nenek dia kejap kat Kota Tinggi. Tinggal la saya seorang pada 4 Syawal.
Meraikan alas meja baru, yang memang niatnya nak jadi alas meja raya. So, letak la kat meja kuih raya tu. Kuih raya kitorang semua dalam balang aje. Tak kuasa nak beli bekas kuih raya special. Bukan ada orang datang pun, haha! Eh, ada orang datang tapi kak Di aje, tu pun dia datang raya pertama. Memang tak adalah alas mejanya. Hahaha.
Cantik bila ambil gambar dengan alas meja ni, naik kaler objek sebab alas tu kan putih. Tapi tu lerr, sayangnya ni jenis PVC getah tu, so kejap je dah musnah alas meja ni. Tak sampai sebulan jugak lah nampaknya, ri ni dah 22 Jun 2020, alasnya da berlubang-lubang sebab anak bulus ramai sangat excited dengan alas meja baru. Haha!
Beli dekat sape? Tak payah la bagitau. Kononnya local seller, tapi saya syak dia beli dari oversea jugak, cuma lepas tu dia jual balik. Sebab tu jadi lambat giler sampai lagi-lagi masa PKP gitu. Lepas ni nak cari jugak alas meja yang lebih tahan lama, Ibah syorkan pakai alas meja jenis tebal macam tikar tu, Nada lak suka jenis kain. Tapi saya takut yang kain ni lagi la cepat musnah nanti.
Eh, tak payah lah beralas meja!
11 Comments
Kakakakakah, tak payah alas meja laa, beli je alas makan tu haaa, apa laa orang panggilnya tu...kalau nak sangat alas, guna je kain batik lepas hahahaha...eh xboleh, kang meja dah macam van jenazah plak...adeiiii
ReplyDeletetepat sekali..takyah la beralas meja. kat rumah akak yang takde anak bulus pun... alas mejanya musnah dengan pantas... sebab anak ramai
ReplyDeleteAlas meja ni penambah seri..yang penting apa yang terhidang atas meja..kikikiki.
ReplyDeletelamanya barang nak sampai, kalau saya terus cancel je malas nak menunggu..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletetak nampak alas meja
ReplyDeleteNampak kuih raya yang masih belum habis lagi tu.
hahahaha lama bebenorrr ek nak sampainya pun
ReplyDeleteheheheeh anak bulus suka main tarik2 kalau ada alas meja kan...
ReplyDeletebanyaknya sekut raya umah sunah... meriah
assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeletelama lalu juak. dah gik malaya lama apa lagi mun ke ctok.
ReplyDeleteBanyak lagi kuih raya tu. Ahaha
ReplyDeletebeli sahaja suratkhabar pun boleh kalau nak alas meja..
ReplyDeletecepat dan murah..
cuma tak cantik tetapi rare hahahaha
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com