Ticker

6/recent/ticker-posts

Akhirnya Bersua Muka dengan Blogger Azian Khalil

Akhirnya Bersua Muka dengan Blogger Azian Khalil | Alhamdulillah, sebelum ni pernah share kat entri Segmen Bloglist PKPP at aziankhalil.com, tentang blogger Pahang yang menetap di Johor tu. Selama ni tak pernah ada kesempatan nak bertemu dengannya padahal duduk kat Skudai je masa tu.

Rupanya, walau da pindah Pekan Nenas, kak Yan masih lagi kena ulang-alik pergi officenya di Taman Universiti. Baru tahu dari entri Akuarium dia tu, tragis betul kisah ikan dalam akuarium tinggal tulang kesan pelaksanaan PKP. Macam-macam rupanya boleh berlaku masa PKP ni. Huhu.

Ok, sebenarnya nak cakap, baru tadi saya bersua dengan beliau!

Kak Yan datang office saya di Taman Pulai Utama, sebab dia order Kek Lapis Sarawak untuk bawak balik kampung. Pukul 12.30+ tadi, dia sampai lepas makan tengahari. Terus saya pelawa masuk office untuk ambil gambar bersama.

Abaikan pipi ku yang dah makin mengembang tu 😣

Bukan selalu jumpa, kan! Cantik orangnya, dengan senyuman yang manis, sama macam dalam gambar kat blog beliau. Haha! Mesti kak Yan malu-malu tersengih-sengih baca ayat ni. Lantak lerrr, kita jujur orangnya, tau! 😜


Kak Yan order dua loyang kek lapis ni, Kek Lapis Perigi Biru dan Kek Lapis Coklat Butterscotch. Memula kak Yan order seloyang je, hari esoknya dia tambah lagi sebiji. Terkejut kita. Alhamdulillah, rezeki, nasib baik juga dia bagitahu awal dua hari sebelum pickup, sempat la saya buat sebiji semalam, selama dua malam berturut-turut. Haha.

Terima kasih kak Yan, saya jual!

Post a Comment

16 Comments

  1. hai kak sunah saya pahang jugak. hahaha motiffff? kak buat kek lapis sarawak waahh sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. sweet jer orangnya, sama sweet dgn si penjual kek lapis sarawak

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dapat merasa air tangan sunah... bila la akak nk merasa jugak ni kek lapis sunah ni, dua-dua lahai manis, amik gambo pun sepesen sopan je takde aksi free stail hehehhe...

    ReplyDelete
  4. OMG..kembang kempis akak baca...
    Cuma terkejut la tadi tengok Sunah kat luar..kecik je orangnya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah best nya ukhwah ^_^

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat berjumpa. kita-kita yang kat KL..yang SA kat Seremban bilanya nak berdatingan??

    ReplyDelete
  7. Bila nak jumpa ngan akak plak ni...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.Bila dapat berjumpa,berurusniaga,berkongsi cerita..dalam satu banyak rencahnya.Syukur.

    ReplyDelete
  9. Bukak je entri ni, pipimu dulu ku nampak hehehehe...tak pe esok nak tengok depan-depan plak hahahaha...
    Nak juga kek lapis laaa...

    ReplyDelete
  10. Aie,, sis polah kek lapis kedirik ka? Malas eh kamek nak molah walaupun teringin.Ha Ha peyem eh seloyang berapa eh.

    ReplyDelete
  11. Whoaaa bila pulak kite nak jumpa kak sunah ni..

    ReplyDelete
  12. syok betul dapat jumpa geng blogger. lahhh baru tahu akak jual kek lapis..hebat kak..

    ReplyDelete
  13. wahhh tak pernah lagi jumpa kakyan! Bestnya jumpa depan2

    ReplyDelete
  14. wah best juak kitak duak btemu. sama2 natural beauty.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com