Voice: Bahaya Asid Hidroklorik | Dah kenapa tiba-tiba buat entri pasal asid hidroklorik pulak ni ek? Semuanya sebab duk tengok drama saspen thriller Korea, Voice, yang dibintangi oleh Jang Hyuk dan Lee Ha Na kat Netflix dalam dua tiga hari ni.
Kisah tentang Moo Jin-Hyuk (Jang Hyuk), seorang detektif terkenal yang menyelesaikan kes-kes besar, tetapi setelah isterinya dibunuh oleh pembunuh bersiri, hidupnya jadi tak tentu arah. Dia dipenuhi rasa bersalah sebab tak dapat melindungi isterinya dan secara diam-diam cuba cari pembunuhnya.
Sementara tu, Kang Kwon-Joo (Lee Ha-Na) graduated dari akademi polis dengan mendapat markah tertinggi. Dia mula bekerja di pusat panggilan kecemasan 112. Masa kerja kat sana, kes pembunuhan kejam berlaku dan ayahnya merangkap sarjan polis pergi ke tempat kejadian. Malangnya, ayahnya terbunuh kat sana dan Kwon-Joo mendengar segala apa yang berlaku melalui telefon. Selepas tu, dia pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar dan kembali ke Korea sebagai profiler suara professional.
Detektif Jin-Hyuk dan Kang Kwon-Joo menyelesaikan kes bersama dengan membentuk Golden Time Team, mengejar pembunuh bersiri yang bertanggungjawab atas kematian ahli keluarga diorang.
Haa gitu lahhh kita cuba ringkaskan sinopsis dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. No spoiler sebab tu sinopsis ringkas yang ada kat Asian Wiki. Suka cerita ni sebab minat cerita-cerita yang berkaitan dengan penyiasatan, kita rasa nak solve sekali misteri yang tak terungkai masa tengok tu.
Apa yang menyebabkan saya buat entri pasal asid hidroklorik ni adalah salah satu scene kat mana mangsa diugut dengan asid hidroklorik. Bila botol yang berisi cecair asid hidroklorik tu terhempas ke lantai dalam satu bilik tertutup, nampak wap naik ke udara, pihak polis yang berada dekat tempat tu tutup hidung dan mata diorang, dan cepat-cepat keluar ke tempat yang lebih terbuka.
Terus la saya dengan Nada ni kemusykilan besar, apa yang asid hidroklorik boleh buat pada manusia selain merosakkan kulit? Kan kita selalu dengar kes simbah asid je, tak tahu pulak kalau terhidu atau kena mata, asid hidroklorik ni kesannya macam mana.
Asid hidroklorik merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen klorida, HCl, asid kuat berbau tajam menyengat yang ditemui oleh ahli kimia Jabir ibn Hayyan kira-kira pada tahun 800. Asid hidroklorik merupakan cecair berbahaya yang tidak berwarna, dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Asid tu sendiri bersifat menghakis, dan dalam kepekatan yang tinggi, asid hidroklorik melepaskan wap berasid yang juga berbahaya. Sekiranya asid atau wap bersentuhan dengan kulit, mata, atau organ dalaman, kerosakannya sukar untuk dipulihkan, bahkan membawa maut dalam kes yang teruk.
Fuhh, bahaya jugak kan? Patut lah diorang berlakon tutup hidung segala tu haa! Apa yang perlu dibuat kalau uols terdedah dengan asid hidroklorik?
Sentuhan Kulit - Sekiranya asid hidroklorik bersentuhan dengan kulit, segera bilas dengan air yang banyak sekurang-kurangnya 15 minit, dan tanggalkan pakaian yang tercemar. Sekiranya terdapat sentuhan kulit yang serius, gunakan air, sabun pembasmi kuman, dan krim anti-bakteria. Dapatkan rawatan perubatan segera.
Sentuhan Mata - Sekiranya asid hidroklorik atau wap berasid masuk ke dalam mata, segera basuh dengan air yang banyak sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pengingesan - Sekiranya tertelan, jangan paksa diri untu muntah. Dapatkan rawatan perubatan segera.
Penyedutan - Sekiranya tersedut wap atau kabut asid hidroklorik, segera dapatkan udara segar dan rawatan perubatan.
Haa, tu lah dia ilmu baru tentang asid hidroklorik untuk bacaan uols pada musim PKP ni. Rasa macam masuk kelas Kimia balik kat sekolah. Haha! Ok bye!
12 Comments
best drama ni. musim kedua dan ketiga lagi kejam pembunuh dia..
ReplyDeletetu lerr...baru habis tengok season 1 semalam..hahahah..nanti da free sikit baru sambung season 2 and 3 lak
DeleteOk...boleh cari nnt. Maklumla baru pandai guna natflik beberapa hari ni. Hahaha
ReplyDeletewowww da da natflik! hahahaha
Deletebah mau nanga juak ar. suka plot crita keda tok
ReplyDeletebah iboh sikkkk
Deleteuui seram nyeee kalau terkena..
ReplyDeletememang kena alert bila bekerja dengan bahan kimia..
tu lerr...ingat masa sekolah dulu..gerun nak pegang
Deletewahh thanks sis for the info. kalau kat kelas kimia dulu, dah tak hingattt. hehe, ni info simple2 boleh la masuk kepala
ReplyDeletetu lerrr...kitorang siap buat formula la konon HCL + O2 jadi apa...memang la akan hasilkan klorin, dan klorin pun bahaya gak..tapi tak akan terhasil gitu2 aje tanpa elemen lain, contohnya high temperature is needed kalo nak hasilkan klorin tu
DeleteAku dah nampak dah tajuk ni kat Netflix tu, tapi takde rasa nak tengok, macam berat nauu plot citenya...tapi Kakak dah tengok..ye lee memang bidang dia...ermmm
ReplyDeletetak lah, ok je..tapi geram la tengok...tahap geram dia lagi geram dari the world of the marrid couple..hahahahhaha
Deletebab asid hidroklorik tu satu dua episod je...yang lain lebih kepada crime..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com