Resepi Ayam Masak Black Pepper | Ni menu berbuka 4 Ramadhan hari tu. Sepatutnya dalam list menu, nak masak ayam kicap. Tapi Nada macam teringin nak buat Ayam Masak Lada Hitam pulak. So, saya ON aje lah, boleh je postpone ayam kicap tu bebila nanti.
Sedap jugak, tapi sedikit masin, uols boleh kurangkan sikit sos tiram dalam bahan sos dia tu kalau nak. Atau boleh oter dengan tambah air supaya jadi sedikit berkuah Ayam Masak Black Pepper uols. Kita yang buat dia!
Tak nak cakap panjang, nah resepi yang dia guna, dia rujuk resepi dari Youtube FiveFootFive Sg, ubahsuai ikut bahan apa yang ada kat rumah.
Ayam Masak Black Pepper
Saiz: 3 - 4 orang
Masa penyediaan: 1 jam 30 minit
Bahan-bahan:
800 gram isi ayam (dipotong menjadi kepingan kecil-kecil)
1 cawan tepung jagung (Nada tukar ke tepung gandum)
1 sdb bawang putih (dicincang)
1 sdk halia (dicincang)
1 biji lada benggala merah (dipotong kecil)
1/2 batang lobak (dipotong kecil)
4-5 tangkai kacang buncis (dikerat pendek-pendek)
sedikit bunga kobis (dipotong kecil)
minyak masak
(A) Bahan Perap:
1 sdk gula
1 sdk garam
1 telur ayam (dipukul sedikit)
(B) Bahan Sos:
6 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis
1-2 sdb serbuk lada hitam kasar (ikut citarasa kepedasan masing-masing)
1 sdk cuka
1 sdb gula perang
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan ayam dan bahan-bahan (A). Gaul hingga sebati dan perapkan selama 30 minit.
- Campur semua bahan-bahan (B) dalam satu mangkuk dan ketepikan.
- Sediakan tepung jagung dalam bekas yang luas. Kemudian, salutkan ayam yang sudah diperap satu-persatu dengan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga berwarna keemasan. Angkat dan tapis minyak berlebihan atas tisu dapur dan ketepikan ayam. *boleh guna kaedah double-frying untuk dapatkan ayam yang lebih rangup
- Seterusnya, panaskan kira-kira 3 sudu besar minyak masak dalam kuali.
- Masukkan bawang putih, halia dan lada benggala. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan campuran sos (B) yang telah disediakan tadi. Renehkan. (Nota: tambahkan sedikit air jika suka berkuah.)
- Apabila sos mula mendidih, masukkan sayur-sayuran lainnya dan ayam goreng. Kacau rata selama 2 minit atau sehingga ayam tersalut rata dengan sos. Tutup api.
- Hidangkan ketika masih panas.
Senang je kan? Tambahan pulak, dah campur segala sayur-mayur dalam tu. Lengkap lah gizi makanan kitorang. Walaupun portion sayur tu tak menepati piawaisan suku-suku separuh. Haha!
Selain menu Ayam Black Pepper, sebagai pengganti kuih-muih, saya buat pulak Roti Gulung Sosej Berkeju. Senang je buat yang ni, gelek roti jadi nipis, letak kepingan keju cheddar, letak sosej dan gulung. Nak goreng, panaskan minyak, celup roti gulung dalam telur yang dipukul sedikit, then goreng sampai keperangan. Kalau ada bread crumbs, golek roti yang dah dicelup dalam telur tadi dalam bread crumbs sebelum digoreng untuk dapat warna keemasan.
Tips dari saya, goreng ni hujung-hujung nak dekat waktu berbuka tu. Makan panas-panas masa cheddar cheese masih meleleh. Nyum nyum!
16 Comments
lauk 1 ni je pun dengan nasi panas bersama air segelas cukup dah menu berbuka *.*
ReplyDeletekannnnnn...alhamdulillah...
DeleteSedap menunya
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
sedap wak! alhamdulillah...
DeleteAssalamualaikum. waaa.. msak black pepper memang bangkit selera
ReplyDeletewaalaikumussalam...hihihi, kena makan benda2 yang bangkitkan selera kalo nak berbuka...tapi kalo puasa, semua makanan bangkitkan selera...hahahah
DeleteSedapnyaa...belum ada masak lagi black pepper, nanti laaa suruh Yana masak hahahaha
ReplyDeletehaaa suruh suruh...hahahha
DeleteSedap! Dah masak juga hari pertama berbuka haritu :)
ReplyDeletetu lerr, nampak fiza masak ri tu..hehehe
Deleteterasa nak makan ayam blackpepper tgk post akak ni. 😋
ReplyDeletehahahah sila la buat yeeeee
DeleteSedapnyaaaaaaa..nanti nak try lahhhh. Hewhewww...roti tuh, nak buat lah..tapi dah hujung waktu biasanya malas nak menggoreng pape lagi...Kahh..buat time morehhhh..KALAU RAJIN
ReplyDeletehahhahah kenapa la malas sangat..hahahahah
Deleteohoooohoi tengok la cheese yang mengalir kat roti tu...
ReplyDeletegeramnyaaa tengok..
yee geram oi...kena makan dia buat hilang geram...
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com