Ticker

6/recent/ticker-posts

Ooo Macam Ni Caranya Buat Ketupat Palas Jantan

Ooo Macam Ni Caranya Buat Ketupat Palas Jantan | Hahaha. Ingatkan takde entri lagi dah petang ni. Rupanya masuk pulak idea ni. Kisahnya dari semalam, Nada dengan kawan dia duk cakap kena buat ketupat palas jantan sebab nanti makan senang nak bukak.

What???? Ketupat palas ada jantan dengan betina ke??? Aiyooo baru tahu! Selama ni, tahu makan aje. Tahu senang nak bukak dari tepi aje, tak payah bukak simpul dia tu etc. Tapi kekadang ada jugak yang tak senang nak bukak dari tepi, rupanya tu kategori ketupat betina.

Dah kenapa ek gitu dibezakan. Sebab kalo jantan tu senang nak bukak suar dia ke kalo nak buang air, kalo betina banyak benda nak kena bukak ke? Hahahaha! Choi!

Sebenarnya, beza ketupat jantan dan betina kalau ikut kat blog Proud to be Kedahan ni, bezanya adalah ketupat jantan ada isi pulut lebih kat bahagian ikatan dia serta ikatan dan balutannya lebih kemas, manakala ketupat betina pulak tak ada isi lebih dekat bahagian ikatan dia, balutannya pun kurang kemas berbanding ketupat jantan. Boleh tengok gambarnya, saya share dari blog yang saya rujuk untuk balut ketupat palas jantan tadi, blog Mamapaparea.


Sebenarnya, kalau tengok gambar tu, dua-dua pun senang nak bukak tarik bucu tepi dia aje. Ermmm. Cuma, nampak lah ketupat jantan macam lebih mampat kan, kalau ketupat betina dia tak berapa mampat. Haa, gituuu. Menarik betul sejarah dia ni. Ingatkan sama aje semua ketupat, main gulung-gulung aje. Rupanya ada teknik dia ye kawan-kawan! Meh saya share cara untuk buat ketupat palas jantan.

Sebelum buat ketupat, kena lenturkan daun palas dulu dan bersihkan habuk-habuk dia.


Untuk lenturkan daun palas, mula-mula bukak daun tu.


Gulung perlahan-lahan bahagian luar daun ke dalam. Bila dah lentur, senang kita nak bentukkan ketupat. Bukak semula gulungan tu. Ok now jom buat ketupat palas jantan.


1. Lipat dari bucu kanan daun ke dalam membentuk segitiga.
2. Lipat sekali lagi ke bawah dalam bentuk segitiga tadi.
3. Tarik sedikit bahagian dalam daun ke kanan hingga membentuk bucu daun pada bahagian atas. Bahagian dalam akan nampak macam kon, untuk isi pulut nanti. Bucu atas tu pulak akan sentiasa kekal kat bahagian luar sampai habis balut.
4. Ambil bahagian bawah daun, tarik menegak ke atas, ke sebelah kanan bucu daun.
5. Terbalikkan daun, lipat lagi daun dari bawah ke atas, sekarang bucu dah ke bahagian bawah kiri.
6. Terbalikkan daun, then buat simpul macam dalam gambar 6 tu, masukkan ke bahagian sebelah bucu, pangkal daun akan automatik terselit ke dalam ketupat, tengok gambar kat bawah.


Kalau tak nak buat simpul, boleh juga masukkan pangkal daun ke dalam celahan lipatan tadi macam Mamapaparea buat. Cara simpul daun tu senang bila kita dah masukkan pulut nanti. Kalau tak faham, boleh rujuk blog Mamapaparea tu ek. Then dah siap boleh lah ambil gambar.



Haha. Banyak jugak hasilnya, bila dah masukkan pulut dapat dalam 37 biji. Dah siap kukus dah. Boleh buat berbuka petang ni. Alhamdulillah.

Tak sangka da pandai buat ketupat palas. Hikmah Ramadhan tahun ni.


P/S: Sejam lebih lagi nak habis Ramadhan tahun ni.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wak buat ketupat nasi daun kelapa aje.
    tapi takde jantinanya.

    ReplyDelete
  2. hahah...akak tegok sama je jantan betina nya... tiga segi juga...hahaha

    ReplyDelete
  3. Nanti bolehlah ko amik order yaa...Sis le yang nak order hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com