Cara Untuk "Confirm" Teruskan atau Hentikan Moratorium Pinjaman Kereta | Hujung bulan lepas, agak kecoh sedikit di kalangan netizen bila BNM mengumumkan akan ada pertambahan interest untuk moratorium pinjaman kereta. Akhirnya, BNM mengemaskini pengumuman tu, bahawa tak akan ada pertambahan interest, cuma pelanggan kena buat satu prosedur tambahan sama ada nak teruskan moratorium atau nak hentikan.
Setiap bank mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai persetujuan pelanggan diorang, dan masing-masing ada tarikh akhir untuk confirmkan sama ada uols nak teruskan moratorium atau tak. Kalau uols terlepas tarikh akhir ni, uols akan dianggap tak nak teruskan moratorium, so kena bayar dua bulan yang lepas punya pinjaman sekaligus selepas tarikh tamat permohonan, kemudian membayar pinjaman bulanan seperti biasa bermula bulan Jun 2020.
Nah, saya kongsikan dari Whatsapp group, antara pilihan cara untuk "confirm" teruskan atau hentikan moratorium pinjaman kereta dan tarikh akhir permohonan mengikut bank uols ya! Pilih salah satu saje.
MAYBANK (selewatnya 31 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Log masuk Maybank2u
2️⃣ Hubungi Pusat Kewangan Auto Maybank
3️⃣ Hubungi 1300 88 6688 > tekan *1
Laman web 👉 MAYBANK
CIMB BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Lengkapkan e-borang persetujuan di laman web
2️⃣ Hantar SMS telefon bimbit untuk persetujuan atau penghentian
Laman web 👉 CIMB
PUBLIC BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 PUBLIC BANK
HONG LEONG BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang persetujuan di laman web dan selesaikan 3 langkah
Laman web 👉 HONG LEONG BANK
RHB BANK (selewatnya 31 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 RHB BANK
AFFIN BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Muat turun borang, isi dan email ke alamat yang tertera
2️⃣ Muat turun borang, isi dan hantar ke cawangan berdekatan
3️⃣ Dapatkan borang di cawangan berdekatan
4️⃣ Jika hendak hentikan, tak perlu buat apa-apa, just bayar monthly macam biasa.
Laman web 👉 AFFIN BANK
BANK RAKYAT (selewatnya 29 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
2️⃣ Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat 1300 800 800
Laman web 👉 BANK RAKYAT
AMBANK (18 Mei - 30 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Log masuk ke versi web AmOnline (versi mudah alih tidak boleh)
Laman web 👉 AMBANK
BANK ISLAM
🔖 Cara memohon: Belum Dikemaskini
1️⃣ Masih automatik FAQ on Automatic Moratorium
2️⃣ E-borang untuk hentikan moratorium je ada
Laman web 👉 BANK ISLAM
Untuk Pinjaman Bukan Bank:
AEON CREDIT
1️⃣ Lanjutan satu bulan (1 - 31 Mei 2020)
Rujuk 👉 AEON CREDIT
TOYOTA CAPITAL (selewatnya 28 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 TOYOTA CAPITAL
Semoga membantu semua yang memerlukan pada saat ini.
14 Comments
Assalamualaikum sunah...pd yg mempunyai pinjaman kete kena la alert ni kn...
ReplyDeletewa'alaikumussalam..ye mama, saya da siap sms pada cimb..hihi
Deleteade jugak dpt info and was wondering what to do
ReplyDeletehaa, boleh la belek web bank kat atas tu ek..
Deletemasih dalam proses berfikir nak buat keputusan..tq share :)
ReplyDeletejangan lama2 sangat tau fikir, ada tarikh due dia tu...hihi
Deletesangat membantu ni... tq sunah...
ReplyDeletesama-sama kak!
DeleteDah decide untuk x ambil since gaji masih dibayar macam biasa. Harap x salah pertimbangan. Tawakal je
ReplyDeleteinsya'Allah....mudah-mudahan...
Deletetq for sharing
ReplyDeletesama-sama mama...
DeleteErmmm...elok teruskan aje...tak yah fikir banyak...tapi...entah laaa pilihan di tangan memasing..
ReplyDeleteaku teruskan aje...memang tak mampu sekarang ni..huhuhu
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com