Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Solat Sunat Aidilfitri di Rumah

Cara Solat Sunat Aidilfitri di Rumah | Walaupun beberapa minggu lepas beberapa kerajaan negeri dah benarkan solat berjemaah di masjid dan surau terpilih serata Malaysia, namun bilangan ahli jemaah tetap dihadkan dan kebanyakannya lebih memberi kepada ahli jawatankuasa masjid sahaja. Untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri pun sama, ada had hanya beberapa orang ahli jemaah sahaja dibenarkan.

Jadi, macam mana dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri kita tahun ni kalau tak dapat pergi ke masjid atau surau? Jangan risau sebab kita masih boleh buat solat sunat di rumah secara berjemaah dengan ahli keluarga atau pun bersendirian. Nah, saya kongsikan cara untuk Solat Sunat Aidilfitri di rumah sebagai rujukan uols dan saya sendiri nanti.

Kredit image: SAYS.com

Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Niat

Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian:


Lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam / makmum):



Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan takbirratul ihram.

2. Membaca doa iftitah:


3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih (takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).

Lafaz tasbih adalah seperti ini:


4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).

Surah al-A’laa

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.


Rakaat kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).


3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)

Surah al-Kafirun

5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

7. Membaca doa.


Khutbah Aidilfitri

Setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, kita digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.

Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Kalau uols solat berjemaah dan nak baca Khutbah Aidilfitri pada 1 Syawal nanti, uols boleh juga dapatkan teks Khutbah Aidilfitri yang disediakan oleh JAKIM, download aje kat sini: Teks Khutbah Aidilfitri.

Tapi kalau solat bersendirian, memadai hanya sempurnakan solat sunat dua rakaat tu sahaja.

Selamat menunaikan ibadah solat sunat hari raya uols!


Sumber: kataustaz.com

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah, wak terpilih solat raya di masjid.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah raya thn ni lain dr yg lain sbb kita semua solat sunat aidilfitri di rumah

    ReplyDelete
  3. Hikmah PKP, dapat solat raya berjemaah bersama keluarga..alhamdulilah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com