Buat Keria Gula Melaka Tak Jadi | Bulan puasa ni dua kali buat kuih Keria Gula Melaka. Pertama kali buat hari tu tak jadi sira gulanya. Kuih kerianya pun keras dan tak best bila gigit. Kesilapan saya masa tu, terlebih tepung gandum masa menguli. Saya tertuang tepung dulu dalam bekas, tapi dah agak terlebih, tak jugak keluarkan semula. Apakah?
Bila nak sira pulak, terlebih air ke ape ek, jenis malas nak menyukat, yakin dan confident sekali akan jadi seperti sebelum ni. Padahal dah lupa, nak masak gula tu sampai macam mana dan nak padam apinya bila? Saya ikut lah cara Cik Epal, gaul dengan api terbuka aje, tunggu sampai gulanya nak kering. Tapi kenapa ni tak kering-kering, sampai hangus pulak kuihnya. Adoi.
Beberapa hari lepas tu, Aien post kat blog dia kisah dia buat Keria Keledek. Hah, terus klik dan baca cara dia buat. Oh! Rupanya bila air gula dah berbuih-buih, tutup terus aje apinya. Then gaulkan kuih keria dalam tu sampai gula dia membeku semula sendiri. Lorrrr, senang gilerrr jadinya. Kali kedua saya buat, ikut lah cara Aien tu.
Haa, alhamdulillah baru jadi! Dan kali kedua tu, saya kurangkan jumlah tepung supaya kuih kerianya lembut bila gigit. Sedapnyaaaa. Tapi jujur tau, saya tak sukat-sukat pun. Main campak aje agak-agak. Saya pun guna keledek oren aje. Untuk Keria Gula Melaka, biasanya orang guna keledek putih sebab yang ni kurang air, menjadikan kuihnya gebu dan tak benyek bila disira dengan gula dalam kuali.
Siapa rasa nak buat dan nak betul-betul menjadi, boleh ikut resepi kat bawah ni.
Keria Gula Melaka
Saiz: 20+ pcs saiz kecil
Masa penyediaan: 1 jam
Bahan-bahan:
500 gram keledek putih/oren (direbus hingga empuk)
3/4 cawan tepung gandum
150 gram gula Melaka (dipotong-potong kecil)
1 sudu besar gula putih
1/4 cawan air masak
sedikit garam (saya tak letak)
Minyak untuk menggoreng keria (deep fry)
Cara-cara membuatnya:
- UNTUK KUIH KERIA: Gaulkan ubi keledek yang dah direbus dan ditoskan airnya bersama tepung gandum. Uli hingga menjadi doh. Mungkin doh melekat sikit pada tangan, tak apa. Sapu tepung gandum pada tangan semasa hendak membentuk kuih keria. Bentukkan sebiji demi sebiji sampai habis. Panaskan minyak dalam kuali, goreng tenggelam kuih keria hingga sebelah bawahnya bertukar keperangan, terbalikkan untuk goreng sebelah lagi bahagian sehingga masak.
- UNTUK SIRA GULA MELAKA: Masukkan gula Melaka, gula putih, air masak dan sedikit garam ke dalam kuali. Masak sehingga gula cair. Bila air gula berbuih sepenuhnya, matikan api. Masukkan kuih keria tadi ke dalam kuali tersebut dan gaul sehingga gula membeku sendiri. Sedap dimakan panas-panas.
21 Comments
Kadang2 tak pentingkan rupa paras sangat
ReplyDeleteasalkan rasanya sedap
haa betul jugak tu wak...kalo rasa sedap, ok lagi...tapi yang kejung tak sedap betul bila nak makan..haha
Deletewah yg bawah sekali menjadi dengan lawanya.. berkilat. :)
ReplyDeleteoh yang tu bukan menjadi, belum jadi lagi kalau berkilat macam tu..dia kena sampai gula tu kering
DeleteKeria gula melaki ni mmg best.. time ramadan ni, sedap juga mengunyah lebih2lagi lepas selesai terawih. Tahniah, akhirnya menjadi spt apa yg diinginkan.
ReplyDeletealhamdulillah...itu la tuan, tertunai hasrat nak makan...
Deleteyeayy..jadi jgk akhirnya.:)
ReplyDeleteyeayyy hahahah
Deletetapi visualnya menawan... takpe, orang tak tau! hehehe
ReplyDeletehahaha...sape yang tau keria gula melaka cane, kantoi laaaaa
Deletecomey tengok, bulat2 gemuk. geram jadi nya. haha ^_^
ReplyDeleteda la comey, gemuk lak tu ek..hahahah
Deletemacam kuih donut ..
ReplyDeletetetapi rasa lebih sedap kan
aha, eh bagi saya dua2 donat dan keria sedap dengan rasa tersendiri..takde sape kalah...haha
DeleteHahaha takpe sis gambar lawa..
ReplyDeletemana ada lawa...hahahhah
DeleteTengok rupa dah lulus dah tu. Pemilihan keledek pun mainkan peranan juga ye. Tak pernah cuba buat lagi. nampak cam mudah je tu.
ReplyDeleteyee, keledek memainkan peranan juga...
DeleteEee sekali tengok, malas aku nak buat, beli je laaa oii hahahahaha
ReplyDeletehahahhahahahhah kalo beli best jugak..tapi orang jual mahal nau..hahahahha
Deletehaa kann...tapi rasa dia tak berapa jadi tu...aahhaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com