Thermomix Tu Ape? | Dah jadi satu entri lak. Terbaca kat blog Sis Lin pasal netizen kecoh dengan Thermomix. Pak cik Mat Gebu pun ada up status pasal Thermomix tu. Berapa hari lepas, nampak orang olok-olokkan Thermomix tu dengan tindanan periuk, blender dan kuali. Hahaha! Memang gitu ke sebenarnya Thermomix? Maka sebab perasaan ingin tahu yang begitu menebal, saya pun google la ape bendanya Thermomix ni?
Thermomix adalah perkakas dapur elektronik ciptaan Carl Vorwerk di bawah syarikat Vorwerk Corporate Group. Mendapat nama dari kombinasi "thermo" (memanaskan) dan "mix" (mencampurkan), mula dikeluarkan dari tahun 1961 lagi dan telah banyak digunakan di seluruh dunia termasuklah chef professional, dengan versi yang semakin diperbaik dari tahun ke tahun.
Oooo dah lama rupanya benda ni! Ingatkan invention baru, cuma baru ni je dia tetiba femes kat Malaysia, ek?
Terbaru, Thermomix TM6 (2019) merangkumi elemen pemanas, motor untuk mengisar dengan kelajuan perlahan atau laju serta pengacau makanan, juga penimbang! Woww! Tengok harga, ermm lebih RM6k jugak sebijik! Patut lerr mahal nau, macam-macam benda dia boleh buat, siap boleh masak nasi lemak sambil rebus telur serentak!
Malah dengan Thermomix jugak uols boleh uli doh roti tapi tak boleh la bakar sekali. Bakar roti tetap dalam oven. Ekekeke. Yang menariknya, kalau masak nasi, lebihan air dan kanji akan ditapis ke bahagian bawah Thermomix tu. So, makanan yang dihasilkan guna Thermomix ni kiranya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang menjaga gula dalam makanan, terutamanya pesakit diabetis.
Thermomix pernah jugak kontroversi pada tahun 2016, bila ada kes benda tu meletup dan mencederakan penggunanya bila kuah pasta yang sedang dimasak meledak keluar selepas Thermomix tu meletup. Erkk! Padahal dia dah guna Thermomix tu lebih dua tahun ya! Katanya mungkin ada fault masa pihak Thermomix gantikan bahagian yang rosak tak lama sebelum dia guna tu.
Hurmm, macam-macam cerita ek?
Ikutkan, memang best Thermomix ni sebab orang yang tak pandai masak pun boleh siapkan makanan yang sangat sedap sebab benda ni boleh control proses memasak bergantung kepada bahan yang kita gunakan. Contohnya untuk masak nasi tu lah, Thermomix akan masak ikut jenis beras yang kita pakai, tak payah risau dah air cukup ke tak cukup.
Lagi seronok sebab siap ada buku resepi ye dalam database Thermomix, uols hanya perlu tekan-tekan aje kat LCD screen pada benda tu untuk explore menu apa yang uols nak cuba. Haa, tak ke best tu? Kalau tak percaya, boleh belek website dia kat SINI.
Tapi tengok harga, takpe lah. Ade benda lain yang lebih penting, dan apa yang ada kat dapur sekarang masih mencukupi lagi. Kohhhh!
P/S: Gambar semua dari website Thermomix
19 Comments
Betul la tu. Tengok harganya, rasa nanti lah milikinya. Banyak lagi perkara yang memerlukan lebih daripada Thermomix tu.
ReplyDeletebetul tu leya...kalo mampu, tak apa..boleh beli untuk mudahkan kerja harian..
DeleteTak ada orang nak sponsor cabutan bertuah ke thermomix ni? Hehe
ReplyDeleteentah ek..kalo event2 besar, ada la kot..ahahaha
DeleteKalau mampu tak salah pun nak beli kan,....
ReplyDeleteye, kalo mampu tak apa...
Deletesinggah sekejap tag Sunah..
ReplyDeletenanti kite singgah bw eyh..
https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html
baekk, nanti kita jenguk apakah itteww
DeleteSaya pun mampu tengok ja. haha
ReplyDeletehahahah takpe, kita tengok sama2...🤣
DeleteUntuk aku yg x berapa reti masak, sesuai big, kena kumpul duit lah, nak beli...pastu jual nasi lemakkk...tiberghhhhh
ReplyDeletehahahhaha ko nak jual nasi lemak kena buat banyak kali la..ahahha
DeleteSekarang, ko sudah tau kan apa dia Thermomix tu hehehehe...
ReplyDeleteitu lerr, baru la aku tau apakah menatangnya ni..hahahha
DeleteKlu ada bajet lebih mmg bagus juga dapatkan Thermomix ni sbb lebih memudahkan kerja2 di dapur. Nak masak mcm2 pun senang hehee.
ReplyDeletetu lerr, amazed tengok video masak2 guna thermomix ni kat youtube!
Deletekalau dapat ni seronok tapi itulah harga bukan kaleng kaleng.huhu
ReplyDeleteohooo inila dia benda alah yang telah menimbulkan kekecohan ituu hahaha.. mengganggu gugat keamanan isteri2 di dunia hahaha..
ReplyDeletetapi ada kata renyah jugak sebab nak kena masukkan bahan ikut steps bukan dia buat semua. Apa pun, kalau ada kes meletup hopefully dapat pampasan la haha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com