StarFish Johor Bahru - Pembekal Fish Balls, Vegetable Rolls dan Chicken Cheese Balls | Siapa suka makan fishballs? Chicken balls? Vegetable rolls? Dan yang seangkatan dengannya? Kalau dalam rumah sewa saya ni, kak Ajan penggemar makanan-makanan macam ni. Saya kurang sikit sebab banyak kali terjumpa fishcake yang tak kena dengan tekak. Entah kenapa lah susah nak telan benda-benda gini.
Tapi lain pulak dengan jenama yang satu ni. StarFish, salah satu dari pembekal makanan yang bertapak di Johor ada buat produk fishballs, chicken balls, vegetable rolls camni. Sebelum ni saya pernah share tentang contest video cuci tangan 60 saat dapat voucher RM30 tu, ingat tak? Haaa, StarFish ni lah penganjurnya. Kalau dapat voucher, uols boleh guna beli produk makanan dari StarFish ni, nanti diorang delivery ke pintu rumah uols (Johor Bahru only). Masih berlangsung lagi tau sampai 27 April 2020, in case ada yang nak cuba.
Berbalik kepada produk StarFish ni, alhamdulillah saya boleh telan segala fishballs, chicken balls dan vegetable rolls dia. Rasanya memang sedap, saya goreng sekali guna airfryer, sekali guna minyak. Dedua pun nice, paling sedap chicken cheese balls tu! Sebab kat dalam dia ada cheese! Ikutkan kat label bungkusan chicken cheese balls tu, cheese tu akan meleleh.
Tapi, entah lerr, guna airfryer dengan guna minyak, dedua tak menjadi macam dalam label tu. Hahaha! Tak tau la kenape. Nak cakap tak cukup panas, dah panas sangat dah. Agaknya dia kena belah time panas-panas betul baru keluar dari kuali kot, baru jadi meleleh. Tapi kita pun takut nak pegang, apatah lagi nak gigit gitu je kalo panas sangat. Hahaha! Maybe boleh tambah kat label tu arahan penyediaan untuk chicken cheese balls tu, sebab yang lagi dua tu ada arahan lengkap.
Vegetable rolls tu pulak kak Ajan banyak guna campur dalam bihun goreng, masak sekali dengan tauge masak lemak putih gak. Pendek kata, macam-macam menu boleh buat dengan produk StarFish ni. Tu ada lagi tinggal fishballs, besar-besar fishballs dia. Nanti kita tunggu aje lah apa kak Ajan akan buat dengan fishballs tu. Haha!
Yang bestnya, produk StarFish ni ada sijil HALAL JAKIM. Rasa terjamin sikit la kalau nak makan. Kalau uols yang duduk sekitar Johor Bahru nak order, boleh lah rujuk Facebook StarFish untuk maklumat lanjut tentang delivery dan harga ya!
17 Comments
ehh.. mcm x perasan pulak ball2 jenama ni.. boleh try la nanti
ReplyDeletehaah, kira baru lagi la ni nak menambat hati pelanggan sekitar Johor..ekekeke
DeleteBoleh bagitau sepupu PC ni mana tau dia nak mencuba.
ReplyDeleteya boleh jua..dia duduk JB kan...
DeleteAlamakk. Menariknya.mesti banyak pilihan kan
ReplyDeleteya, ada macam2 pilihan juga..
DeleteWaaa... teliurnya... SS dah laa mmg suka cheese... hmmm... kene usha ni kot2 ade kat area sini heheh
ReplyDeletehaa, cuba la cari..kalo takde, cari la yang seumpama dengannya...hihihi
Deletecuti panjang ni stok kena ada ni.. hee~ rakyat jelata manjang mintak makan..
ReplyDeletehahahah ye tak ye jugak kan! budak2 lagi lerr suka benda2 camni haa
Deletetak pernah dengar jenama ni, tapi maybe one day boleh try. Suka juga makan fish ball, segala ball ni, hahaha.
ReplyDeletebaru lagi ni huda...nanti cuba lah, diorang ada buat delivery tu pada hari2 tertentu
DeleteHalah halah yang cheese meleleh tu. Nak usha jugak kot2 dia nak deliver ke kota
ReplyDeletetry la tanya...mungkin boleh adjust time kot2 waktu tu dia kumpul order ke area sana..
Deletesedap ni..:)
ReplyDeletesedap sangat tauuu cik nor!
DeleteBelum lagi nak masak benda ni adeiii, hari-hari dah full menu...nak kena cuba gak laaa...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com