Sektor Pelancongan Menyumbang Sebanyak RM86.14 Bilion kepada Ekonomi Malaysia dengan Ketibaan 26.1 Juta Pelancong pada Tahun 2019 | Malaysia mencatatkan ketibaan 26,100,784 pelancong antarabangsa ke negara ini yang menyumbang kepada pendapatan pelancongan sebanyak RM86.14 bilion sepanjang tahun 2019.
Pertumbuhan kecil sebanyak 1.0% dari segi kehadiran pelancong itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan pelancongan sebanyak 2.4% berbanding tahun 2018. Pada masa sama, prestasi pelancongan negara juga mencatatkan pertumbuhan dari segi perbelanjaan per kapita yang meningkat sebanyak 1.3% kepada RM3,300 manakala Purata Tempoh Tinggal (ALOS) naik sebanyak +0.9 malam kepada 7.4 malam.
Sepuluh negara yang mencatatkan bilangan ketibaan pelancong antarabangsa tertinggi ke negara ini pada tahun 2019 ialah Singapura (10,163,882), Indonesia (3,623,277), China (3,114,257), Thailand (1,884,306), Brunei (1,216,123), India (735,309), Korea Selatan (673,065), Jepun (424,694), Filipina (421,908) dan Vietnam (400,346).
Pertumbuhan ketibaan pelancong disumbang oleh pasaran Asia Selatan (+22.2%), Asia Timur (+5.9%), Amerika (+4.3%) dan Eropah (+0.3%) manakala penurunan direkodkan bagi pasaran ASEAN (-1.3%) and Asia Barat (-2.1%).
Dari segi keseluruhan perbelanjaan pelancong, penyumbang terbesar kekal dari pasaran ASEAN dengan sejumlah RM43.72 bilion. Dalam pada itu, pelancong Asia Barat merekodkan perbelanjaan per kapita tertinggi sebanyak RM10,214 iaitu peningkatan sebanyak 2.7 peratus berbanding RM9,947
pada tahun 2018.
Tiga komponen utama pengagihan perbelanjaan pelancongan tertinggi adalah melibatkan aktiviti beli-belah (33.6%), penginapan (24%) serta makanan dan minuman (13.3%). Sekali lagi, perbelanjaan aktiviti beli-belah melebihi perbelanjaan penginapan dengan peningkatan dari 33.4% pada tahun 2018 kepada 33.6% pada tahun 2019.
Sementara itu, pasaran yang menunjukkan peningkatan ALOS pula ialah Asia Barat (9.8 malam), Eropah (8.8 malam), Amerika (8.2 malam), Asia Barat (6.5 malam), Asia Selatan (6.4 malam) dan ASEAN (4.9 malam).
8 Comments
statistik tahun 2020 mestilah merundum kann., huhuhu
ReplyDeleteitu sudah tentu wak..tapi tak apa lah, insya'Allah semuanya akan naik kembali sedikit demi sedikit...
DeleteJap, aku cuba nak fahamkan no,bor-nombor yang ada tu hahahaha...
ReplyDeleteSedia maklum untuk 2020 ni, dah tahu dah penurunannya huhuhu
hahaha...ko jangan fikir banyak sangat...biar diorang je buat kerja tu..hahahahhaha
DeleteTahun ni duduk rumah aje
ReplyDeleteTak payah melencong, eh melancong.
nak melancong gak, tapi ke kebun wak..hahahah
DeleteTahun Ni mesti byk turun kan
ReplyDeleteitu lah tu...mesti banyak sebab covid19 ni
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com