Salam Ramadhan 1441H | Begitu cepat rasanya masa berlalu, rasa macam baru semalam kita berganjak dari Ramadhan tahun lepas, dah sampai pulak ke Ramadhan tahun ni. Ramadhan kali ni pastinya berbeza bagi seluruh umat Islam di dunia. Diuji dengan penularan wabak COVID-19, sambutan Ramadhan kali ni bukan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ni, bagi kita di Malaysia, dah tak ada solat tarawih berjemaah di masjid, dah tak ada jamuan berbuka puasa dan moreh beramai-ramai sama ada di masjid, di restoran, di hotel mahupun di rumah keluarga besar. Semua akan solat berjemaah di rumah sendiri, bersama keluarga sendiri. Berbuka dan moreh pun di rumah sendiri sahaja.
Bazar Ramadhan pun tak akan ada secara fizikal tahun ni. Yang ada, hanyalah Bazar Ramadhan Online di group Whatsapp ataupun group Facebook. Gigih para peniaga mula mempromosikan barang jualan masing-masing sejak sebelum Ramadhan lagi. Cuma saya aje yang belum pernah lagi lah order makanan-makanan dari bazar online tu.
Tapi tak terasa sangat lah ketiadaan bazar tu sebab memang jarang-jarang beli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Biasanya akan masak sendiri di rumah secara bergilir dengan housemate. Kalau balik kampung, ya, dah tentu juadah bazar Ramadhan ada dalam menu di atas meja. Ah, rindu pulak nak berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Nampaknya tahun ni saya tak mungkin akan pulang berbuka di Bintulu.
Raya, belum tahu lagi. Kalau masa tu kes COVID-19 dah betul-betul sangat sedikit, mungkin kita semua akan dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tahun ni, giliran beraya di Pokok Sena, Kedah. Moga-moga semuanya dah berakhir menjelang Syawal nanti. Sama-sama kita berdoa.
Sempena bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, kita panjatkan doa sungguh-sungguh agar wabak COVID-19 ni dihapuskan terus dari muka bumi. Walaupun kita tak dapat meraikan Ramadhan seperti tahun-tahun dulu, kita masih boleh menunaikan ibadah bulan puasa seperti biasa. Alhamdulillah.
Di sini juga saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya pada kalian, sama ada secara sedar atau tidak sedar, kesilapan besar mahupun kesilapan kecil. Saya tidak sempurna.
Salam Ramadhan 1441H buat semua. Semoga Allah menerima ibadah kita semua.
16 Comments
Aamin semuanya.. selamat menyambut ramadhan sis sunah.. ^^ selamat berpuasa juak.
ReplyDeleteAmin..moga hapus cepatlah Covid dalam tempoh pkp nii... Semoga Ramadan Kali ni mmeberi lebih kebaikan... Amin
ReplyDeleteSalam ramadan dan selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam ramadan dan selamat hari raya ( advance ucapan nie)
ReplyDeletemaaf zahir dan batin hahahaha
semoga ketibaan Ramadan yang al mubarak ini kita sama-sama memanjatkan doa agar Covid-19 segera berakhir dan kehidupan pulih seperti biasa
salam ramadhan & selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam Ramadhan indah untuk SS ya.Moga ujian ini bukan menjadi asbab kita tidak lunas ibadah dengan baik..ambillah dan isilah sebaik-baiknya.
ReplyDeleteSelamat berpuasa achik Sunah hehehehe
ReplyDeleteSelamat menunaikan ibadah puasa.
ReplyDeleteSalam Ramadan dan selamat berpuasa sunah ;)
ReplyDeleteselamat berpuasa akak
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
ReplyDelete#staysafe #stayhome
Selamat berpuasa Sunah.
ReplyDeleteSalam Ramadan dan Selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam Ramadhan...
ReplyDeleteselamat berpuasa, selamat beramal.
ReplyDeleteAamiin.. salam Ramadan juga. Maaf atas kelewatan ucapan. Moga Ramadan tahun ini membawa lebih keberkatan buat kita semua.. aamiin2
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com