Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindu Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk The Alley

Rindu Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk The Alley | Rindu ke? Ada la sikit. Kali pertama dan terakhir minum minuman tu masa Sis Lin bawak ke cawangannya di Permas Jaya. Selepas-selepas tu, macam susah gilerr nak beli sendiri.


Beberapa kali jugak pergi AEON Taman Universiti bila teringin, tapi asyik tak dapat beli. Pertama kali pergi, minuman tu takde sebab baru buka lagi. Kali kedua pergi, ada pulak customer lain kat depan yang soalan dia makan berejam jugak cashier tu nak melayan, kali ke seterusnya, malas dah nak cuba. Haha!

Musim PKP ni lagi la tak mungkin nak keluar beli kan? Dan sekarang ni, nak beli tu fikir dua tiga empat lima enam tujuh ratus kali gak sebab harganya yang mahal.

Tiba-tiba semalam, kak Ajan sebut dalam group, nak buat puding karamel. Yang luar biasanya, dia nak minum kopi letak puding karamel macam Tealive katanya. Erkk! Saya apa lagi, terus bersetuju dan bagitahu, saya nak minum dengan air teh susu lah, macam The Alley. Tiberr. Padahal The Alley punya mana ada tea, milk sajorrrkk. Haha!

brown sugar caramel pudding milk tea

Maka ini lah hasilnya. Saya buat air teh susu dahulu, ditambah juga gula perang untuk bagi rasa brown sugar tu sekali. Bila nak minum, cedok beberapa susu puding karamel ke dalam cawan, tuang teh susu tadi ke dalamnya, atau kalau suka macam The Alley, tuang susu segar aje lah dah cukup.

Memang sedappp uikk! Hilang rindu kejap kat The Alley. Haha! Uols kalau tiba-tiba teringin, boleh lah buat macam ni 😜


P/S: Korang dah join ke contest MV Saranghaeyo Voice of Men tu? RM1000 weii hadiah dia! Mana nak dapat senang-senang musim PKP ni?

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. alaa simple alu ya..hahahhaha...just molah puding karamel resepi kat google ya jak...pas ya tambah air..udah...hahaha

      Delete
  2. Ada brown sugar tu pun dan melegakan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullll!! apa2 rasa sedap bila guna brown sugar ni...

      Delete
  3. buatkan utk saya skali tau..:)

    ReplyDelete
  4. Whoaa. Sedapnyaaaa. Sedapnyaaaa. Heeheeee... Manisss manissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. woii, ko yang buat dia, kontrol lerr manis tuuuuu~~~

      Delete
  5. Arghhhh rindunya nak lepal dan makan makan..minum minum juga..
    Nasib sejenis Sis Lin tak suka air gitu hahahaha...tapi hrni ada orang tu nak delivery air Boba le pulak hahahaha nak tak? Meh datang rumah lalalalalala

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com