Review Drama Korea Thriller Netflix - Kingdom | Yang ada Netflix mesti familiar dengan siri drama Korea berjudul Kingdom. Saya baru aje habiskan dua seasons drama ni beberapa hari yang lepas dengan housemate. Fuhhh, serius daebak gilerrr drama ni, patut lah trending dan ramai yang tertunggu-tunggu bila season ketiga akan keluar.
Kingdom season pertama mengisahkan mengenai kerajaan Joseon beberapa tahun selepas penjajahan Jepun. Plot direct to the point, dimulakan dengan scene rakyat disoal-siasat tentang poster yang ditampal kat merata tempat, mengandungi notis tentang kematian raja diorang. Dalam notis tu sebut Putera Mahkota kena naik takhta dengan segera. Entah siapa yang tampal notis tu, tak diketahui.
Sedangkan, dalam istana, raja masih hidup tetapi sedang sakit gering selama 10 hari. Takde sape pun dibenarkan melawat baginda raja termasuklah anaknya sendiri, Putera Mahkota Lee Chang. Disebabkan da geram sangat beberapa kali dia mintak nak tengok bapak dia, asyik tak boleh aje, Putera Lee Chang menyelinap masuk sendiri ke kamar diraja untuk jenguk bapak dia.
Malangnya, dia tak sempat jumpa pun bapak dia, hanya satu kelibat lembaga menakutkan je yang dia nampak di sebalik dinding salah satu bilik kat kamar diraja tu. Kelibat misteri tu menimbulkan rasa curiga dalam hati Putera Lee Chang, menyebabkan dia mengembara sampai ke Jiyulheon untuk cari tabib diraja yang merawat bapak dia.
Kat Jiyulheon ni lah segalanya bermula, bila Yeong Shin buat sup daging untuk para pesakit kat situ. Seo-bi terkejut masa nak ceduk sup untuk pesakit, dia ternampak potongan jari manusia dalam sup tu. Adoiiii, rupanya Yeong Shin buat sup dengan daging kawan diorang yang dah mati, Dan-i. Dan-i ni mati sebab kena serang dengan raja masa teman tabib diraja merawat baginda.
Semua start jadi huru-hara bila pesakit kat Jiyulheon tu mula mati seorang demi seorang, kemudian hidup balik, jadi zombie yang menakutkan, sentiasa laparkan darah dan daging manusia. Cumanya, zombie ni akan hidup balik pada waktu malam aje, bila siang diorang akan cari tempat gelap dan tidur macam dah mati.
Putera Lee Chang dengan pembantu dia, Mu Yeong, sampai Jiyulheon ni, tapi tak tahu pun pasal zombie ni. Diorang rasa pelik bila terjumpa 'mayat' yang 'disembunyikan' kat bawah beranda. Disebabkan tak tahu cerita, diorang panggil pihak berkuasa bandar Dongnae untuk uruskan mayat-mayat tu. Dibawak lerr mayat-mayat tu semua ke Dongnae, semua penduduk tak percaya mayat-mayat tu boleh hidup semula sampai la malam menjelma. Haaa kauuu, mati lah berjemaah penduduk kat situ, padan muka tak percaya. Geram je rasa tengok part semua tak percaya kata-kata Yeong Shin dan Seo-bi.
Bila dah tahu kisah sebenar, Putera Lee Chang macam syak benda yang sama berlaku kat bapak dia. Diorang pergi Sangju pulak nak jumpa Lord Ahn Yeon, seseorang yang dikatakan boleh membantu dia. Sangkaan Putera Lee Chang semakin nampak benar bila dengar cerita dari Lord Ahn Yeon. Semuanya terungkai bila Cho Hak Ju bawak raja ke Sangju sehinggakan Putera Lee Chang kena bunuh bapak dia sendiri. Aiyooo!
Kalau tengok season pertama ni, memang banyak gilerr adegan berlari-lari kena kejar zombie sampai kita sendiri rasa penat gila. Menariknya, dengan isu kesihatan global sekarang ni, kita macam boleh relate penyebaran wabak zombie ni dengan COVID-19. Cumanya, wabak zombie yang bermula dengan sekuntum bunga ni kita boleh nampak jelas dengan mata kasar pembawak dia, tapi COVID-19, kita tak boleh nampak.
Wabak zombie dalam cerita Kingdom ni dikira sebagai epidemik ke atas kerajaan Joseon masa tu sebab wabaknya merebak hanya di Jiyulheon, Dongnae dan Sangju. Lagi dahsyat dalam season kedua, wabak merebak hingga ke istana! Semuanya sebab Queen Consort Cho, anak kepada Cho Hak Ju tu nak rebut takhta dari Putera Mahkota, sampai sanggup buat cerita bersalin putera palsu, dan bawak zombie masuk istana.
Sebabnya, kalau putera yang baru lahir tu tak dapat jadi raja, biar siapa pun tak dapat jadi raja katanya. Biar semua mati kena serang zombie. Adoii! Geram dengan kedunguan Queen ni, nampak sangat dia tak tahu amanah sebenar sebagai pemerintah kerajaan tu macam mana. Tak tahu lah apa yang dia nak sangat dengan naik takhta tu?
Hurmmm, uols tengok lah sendiri ek! Drama ni dua seasons, setiap seasons ada enam episod aje. Rotten Tomatoes bagi rating 93% untuk season pertama dengan 8/10 bintang dari IMDb, manakala untuk season kedua, dapat rating 100% dengan 8.25/10 bintang setakat ni. Peminat drama genre thriller, saspen dan horror, wajib tengok. Walaupun ada la beberapa part yang kita rasa boleh diperbaiki, ending dia macam tak relevan dan ada sesetengah scene yang rasanya tak perlu masuk pun takpe, overall drama dia sangat excellent.
Drama ni adalah drama Korea pertama terbitan Netflix, released pada bulan Januari 2019. Season kedua released bulan Mac 2020, jadinya season ketiga kemungkinan besar tahun depan lah kan?
Tak sabar nak tengok sambungannya. Nak tengok lagi Yeong Shin beraksi sebab dia lari laju gilerrr. Hahaha!
16 Comments
wah..menarik je jalan citer die. nak try tgk la nnti
ReplyDeleteyaa, sangat recommended tau!
DeleteBaru habis gakk tengok drama ni. Gempak giler.. Tak kenal sorang pun dalam drama tu tapi boleh habiskan cerita ni jugak sebab jalan cerita yg best.. Tak sabar nak tengok sambungan lagi sebab monster tu tak habis lagi hahaha
ReplyDeletekita pun kenal yang pembantu prince tu dengan seo-bi je..best kan kan kan!
DeleteTakut ye nak tgk cite nie. Kita tgk depa kena kejor zombi sampai kita yg tgk ni pun penat oiii... :(
ReplyDeletehahaha, ko ada menjerit tak pijolll
DeleteBest cerita ni. Syaza tahu sebab kawan promote kat Facebook. Kata dia tengah2 pandemik ni keluar pulak kingdom syok tengok katanya
ReplyDeleteye, cerita dia kita boleh relate dengan covid-19
DeleteDah Ada 2 season mesti best cite ni
ReplyDeleteye mama..memang best!
Deletehmmm... cam best je...
ReplyDeletebest kak mia!!
Deleteseason kedua lebih mendebarkan! nang bagus juak cdak korea tok molah cerita jumbi, tapi jenuh juak nunggu season baru, setahun skali. harap nok season 3 kelak cepat gik kan.
ReplyDeleteya lah, setahun sekali..ada juak cerita yang sik masuk2 dalam netflix ya..geram eh..hahaha
DeleteHahahaha ini cite pertama aku nengok masa mula masa Netflix..geram nunggu episod-epidos dia oii...lepas ni ko layan plak Hye Bye Mama tu..ehn betul ke tajuk...nanti ko tengok...
ReplyDeletehensem hero dia.
ReplyDeletetapi kite tatotttt tengok genre macam ni =D
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com