Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Rendang Daging Sedap

Rendang: Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah! | Jujur cakap, ni lah dia antara lauk feveret saya. Raya ke tak raya ke, kalau ada menu ni kat kedai makan nasi campur, memang antara pilihan pertama saya sebelum memilih lauk yang lain. Enta la ek, suka sangat rasa rendang, lebih-lebih lagi yang ada hirisan daun kunyit dan daun limau purut kat dalam dia. Boleh bertambah nasi!

1 Syawal bakal tiba dan rendang dah tentunya akan menjadi antara juadah utama pada hari raya nanti. Tak kira lah kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tak, raya tetap raya walau di rumah sendiri, setuju tak?

Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 


Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang 
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan tu je, setiap keluarga jugak ada resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba 
Bagi yang baru nak cuba masak rendang, apakah kaedah yang boleh uols gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan? 

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang tu enak adalah empat komponen, iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya, iaitu santan kelapa berkrim. 
Bagi membantu uols menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang uols sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ni boleh uols ubah sesuai dengan peningkatan skill uols membuat rendang. Jadikan resipi uols unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa gunakan santan kelapa yang terbaik. 

Kalau kat kampung sama ada sebelah saya atau sebelah encik suami, sangat mudah nak dapatkan santan kelapa segar dari pokok. Tapi kalau duduk di bandar, lagi-lagi kalau musim PKP dilanjutkan, tak boleh lah kita nak balik kampung kan? Kena la guna santan segera yang boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit berdekatan.


Antara yang jadi pilihan saya adalah Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja menjadi mudah. Produk Ayam Brand ni dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Nah saya kongsikan resepi Rendang Daging dari Ayam Brand™ untuk uols. Selain resepi ni, uols jugak boleh dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020


Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8

Bahan-bahan:
Rempah:
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kisar halus):
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging:
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa:
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 
Minyak untuk menggoreng 
1 cawan air 

Cara-cara membuatnya:
  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Apakah Resipi Istimewa Rendang Uols?
Hadiah-hadiah menarik menanti uols tau! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ni bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Jommmm join!

Post a Comment

8 Comments

  1. bila masak rendang ni trus rasa mcm suasana raya sbb mkn rendang slalunya time raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...menggamit nostalgia kalo makan rendang pada bukan hari raya..hihi

      Delete
  2. Sedapnyaa rendangggg... Lama gak tak makan rendang..Huhu...lagi lagi daging rendang....

    ReplyDelete
  3. Sila masakkan untuk saya yer Puan..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya rendang. kalau dulu merendang masa raya je. sekarang ni bila teringin boleh masak sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau teringin, memang akan masak jugak walaupun bukan hari raya..hehe

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com