Resepi Lamb Chop Sedap Musim PKP | PKP tinggal kurang lebih seminggu aje lagi ni. Alhamdulillah, bilangan kes baru COVID-19 kat negara kita dah menunjukkan penurunan yang ketara. Dah tiga hari, jumlah kes baru bawah dari 100. Walaupun ada turun naik angkanya, tapi still bawah 100. Mudah-mudahan semakin turun lah nanti hendaknya, yang penting #kekaldirumah, okay?
Alkisahnya beberapa hari lepas, saya terfikir nak buat bubur nasi kambing, teringat bubur nasi dengan tulang lamb shank kat TROVE Johor Bahru tahun lepas. Aduhhh, sedap sangat! Kalau tak jumpa lamb shank (dan rega pulak mahal kebabom kalo jumpa), apa kata kita guna aje lah lamb shoulder? Haa, gitu la plan asalnya.
Tapi bila dengar kita kirim lamb shoulder kat kak Ajan yang nak pergi beli barang dapur, dak Nada pulak da terbayang-bayang lamb chop. Opss, kena beli lebih lah ni. Haha! So, kirim la empat keping lamb shoulder kat kak Ajan. Harganya dalam RM30+ untuk empat keping, terkejut kita dibuatnya! Hahaha! Patut lerrr mahal, besar lamb shouldernya, jenama kerabat© under The Factory DC Sdn Bhd, Skudai, Johor, frozen muttonnya diimport dari Australia.
Menu makan tengahari kami Jumaat lepas, Lamb Chop Sos Lada Hitam dengan Mashed Potato with Gravy, dan Sauteed Vegetables. Saya start perap lamb shoulder tu pukul 10.30 pagi, sejam aje perap, pukul 11.30 pagi saya da start bakar atas api dapur. Bakar dalam oven black pan tu, lapik dengan aluminium foil aje.
Sementara tunggu lamb tu diperap, saya buat mashed potato kat sebelah. Resepi mashed potato ala KFC saya ambil dari website Sirap Limau. Untuk perapan kambing pulak saya rujuk resepi dari website Keluarga sebab resepi dia simple, kemudian saya olah sendiri ikut sukahati saya dan guna bahan apa yang ada kat rumah aje.
Nah saya share resepinya yang dah diubahsuai untuk uols yang nak cuba ya!
Resepi Lamb Chop
Saiz: 3 pax
Masa penyediaan: 2 jam 30 minit
Bahan-bahan perapan kambing:
3 keping daging kambing bahagian bahu (lamb shoulder)
1/2 kiub pati ayam (Maggi)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap lemak manis
3 ulas bawang putih*
1/2 inchi halia*(*ditumbuk kasar)
1/2 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu besar mixed herb
1 sudu besar gula perang
Sedikit madu
Sedikit minyak zaitun
Cara-cara membuatnya:
- Basuh daging kambing dan toskan airnya.
- Gaulkan semua bahan kecuali minyak zaitun, dan lumur pada daging kambing tadi.
- Perap selama satu jam.
- Sebelum dibakar, oles daging kambing dengan sedikit minyak zaitun supaya nampak berminyak.
- Bakar hingga masak atas dapur, atas arang atau dalam oven, ikut suka.
Untuk sos lada hitam, saya hanya gunakan sos yang dah siap dibotolkan di kedai, cuma ubahsuai sedikit dengan mencairkan dulu satu sudu butter, masukkan sos lada hitam, tambah sedikit air dan bancuhan tepung jagung ikut kuantiti dan kepekatan yang kita nak. Kalau nak buat sendiri, boleh juga rujuk resepinya di website Keluarga, cuma tu lah, saya tak ada Brown Stok seperti yang disebut dalam resepi tu.
Resepi Mashed Potato dengan Gravy
Saiz: 3 - 5 pax
Masa penyediaan: 2 jam
Bahan-bahan mashed potato:
7 biji kentang saiz sederhana
1 cawan susu segar
3 sudu besar butter
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-cara membuatnya:
- Kentang dikupas kulitnya dan dibelah empat. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 15 hingga 20 minit dengan api sederhana.
- Bila kentang dah empuk, toskan airnya dan pindahkan ke dalam bekas lain.
- Masukkan butter dalam kentang dan lenyek.
- Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
- Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ni untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Tips dari Cik Lyns Kitchen, untuk dapatkan mashed potato yang bertekstur halus, gunakan hand mixer untuk putar kentang tu. Haa, dari situ agaknya dapat nama kentang putar kannn? Hahaha! Oh, ada juga tips dari Nada, gantikan susu dengan whipping cream untuk dapat tekstur mashed potato yang creamy. Haa, situ pun boleh jugak dapat nama kentang putar (whipped cream).
Tak sah makan mashed potato tanpa kuah gravy dia.
Bahan-bahan gravy:
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
2 kiub ayam (boleh kurangkan untuk jadi tak terlalu masin)
Sedikit lada hitam dan lada sulah
2 1/2 cawan air
Cara-cara membuatnya:
- Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang (api sederhana) hingga bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
- Masukkan tepung jagung, kacau terus sehingga tepung menjadi warna coklat atau sehingga warna sos yang uols suka.
- Masukkan separuh aje air, sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. Tutup api, masukkan ke dalam blender. Kisar sampai semua hancur.
- Masak balik atas api sederhana, tambah lebihan air tadi.
- Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
- Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend lagi sampai tak berketul. Siappp!
Untuk Sauteed Vegetables tu, Nada hanya goreng dengan sedikit minyak zaitun dan tambah secubit serbuk lada hitam aje. Simple dan sihat gituuu. Uols boleh tengok video cara-cara buat step by step kat bawah yaaa.
Dan sebelah malamnya, dengan mashed potato yang berbaki, kami goreng meatball aje lah, feeling macam kat IKEA tapi meatballnya nan hado macam IKEA. Hahaha! Nasib baik sos lada hitam dengan gravy mashed potato tu sedap gila bila gaul sekali dengan jem strawberry.
Ok lah, selamat mencuba!
29 Comments
sedap nye lamb chop ,, boleh try nti ^_^
ReplyDeleteya, sila cuba..hihihi
Deleteya rabbi~ kedak makan di kede jak rupanya tok eh... puas hati nangga apatah gik makan hoo~
ReplyDeletesigek jak kurang ya, french fries sik da..hahaha
Deletealahai.. sedapnya tengok lamb chop ni.. terliur pulak.. haha
ReplyDeletenyum nyum...alhamdulillah...
DeleteAdoi! Tak menahan ni!
ReplyDeletemohon bertahan please...😂😂😂
DeleteNang nyaman 👍
ReplyDeletealhamdulillah...syukurrr
DeleteAsaklan kambing, masak apa pun sedap
ReplyDeleteeh eh betul lah wak...tapi kita suka kalo kambing tu ada lagi sisa2 bau hamis dia...
DeleteSedapnya.kita masak chicken chop je mampu sebab tak makan daging kambing. hihi
ReplyDeleteooo..faham2...hihihi
Deletekak.. habis PKP boleh bukak restoren plak kak.. hee~ sungguh.. nampak sedap sangat ni..
ReplyDeletehahahah sila sponsor modal...wakakakakak
DeleteBukan main makan beso ek korang, tadi ingat malas nak komen hahahaha tapi gerammm punya pasal nak gak komen...tunggu...esok aku malam lamb mandy!! Hahahahahaa
ReplyDeleteahahhahahahhah!!! entah nyeee..beso sangat ni...lengan pun kemain beso da ni..hahahahah
Deleteseronoknya tgk org masak macam2 kt rumah.
ReplyDeletenasib baik hosmet semua rajin cuba benda baru..
Deletealaaa lamanya tak makan lamb chop.. bukan sejak MCO.. rasanya since last year !! kenapa kita tidak berjiran ?? kenapa !!! haha..
ReplyDeleteuik serius lah...hahahhahah!
Deletemeh meh datang sini duk sebelah...
seorang yang rajin buat potato mash sendiri..hehehe best tuuuu
ReplyDeleteyooo, kena rajin demi memenuhi permintaan..ahahhahah
Deletepergh terbaik la..
ReplyDeletedah boleh bukak restoran tu..
mini restoran di rumah sendiri
sendiri makan la hahaha
hahahahha penat woo kalo bukak restoran...da la takde gaji..hahahaa
Deletesedapnya! Tapi banyak betul steps dia. untuk yang rajin macam kak sunnah ni memang sesuai lah hahaha kita order je :P
ReplyDeleteTerliur pulak tengok.. bulan puasa ni lagi selera klu tengok hehee. Selamat menyambut Ramadan mubarak! :)
ReplyDeleteSedapnyaa MashaAllah... Aku terbaca time time ni...lagi 4 jam nak berrrbuka puasaaaaaa...huishhhhh huishhh...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com