Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Bubur Lambuk Kambing Sedap Sangat

Resepi Bubur Lambuk Kambing Sedap Sangat | Lanjutan daripada Lamb Chop Sedap Musim PKP, dengan baki sekeping lagi lamb shoulder, saya buat Bubur Lambuk Kambing yang diingin-inginkan. Juadah berbuka puasa kami pada 1 Ramadhan semalam, alhamdulillah menjadi jugak walaupun ada bahan-bahan yang tak cukup.

Bubur Lambuk antara makanan yang selalu ada pada bulan Ramadhan. Biasanya akan ada satu pihak yang buat secara beramai-ramai dalam kuantiti yang banyak, kemudian diagihkan kepada sasaran masing-masing. Tahun ni, disebabkan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tak adalah agihan Bubur Lambuk macam dulu-dulu.

Saya tiba-tiba sahaja nak makan Bubur Lambuk Kambing ni sebab teringat Bubur Lambuk Tulang dekat TROVE Johor Bahru Hotel pada bulan Ramadhan tahun lepas. Sedap sangat sebab diorang guna tulang lamb shank untuk buat bubur tu. Rasa kambing meresap penuh bahagia ke dalam bubur, semangkuk habis, pasti menceduk lagi.

Resepi untuk buat Bubur Lambuk Kambing ni saya ambil dari blog kak Faudziyah FHA Selemak Santan, katanya dia rujuk resepi dari blog Pak Cik Mat Gebu. Kak Faudziyah ada letak santan dan minyak sapi juga dalam bubur dia, tapi saya tak letak. Nak rasa Bubur Lambuk Kambing biasa aje, agaknya kalau letak santan, lagi sedap ek? Uols boleh lah cuba yang tu.

Kita cuba yang basic dulu yeee!


Bubur Lambuk Kambing
Saiz: 4 - 5 orang
Masa penyediaan: 3 jam

Bahan A (Kuah Sup)
500 gram daging kambing yang bertulang (dicuci, perap dengan sesudu besar tepung gandum dan jus limau nipis selama 20 minit, kemudian dibilas)
1 sup bunjut @ sup tulang
2 helai bay leaf *saya tak letak
1 batang saleri (potong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong kiub)
1 biji bawang besar (dibelah empat)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar (dikerat kasar) *saya guna daun sup
2 inci Halia (dihiris kasar) *saya tak letak
1/2 kiub pati Daging 'Maggi'
1 camca teh garam
Air secukupnya

Cara Menyediakan Sup Kambing
  1. Cuci daging kambing hingga bersih, masukkan ke dalam periuk dan tambah semua bahan-bahan untuk kuah sup. Tuang air secukupnya hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak.
  2. Cedok keluar buih-buih yang timbul pada permukaan air rebusan tadi, tujuannya untuk mendapat kuah sup yang cantik.
  3. Rebus hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika perlu. Bila empuk, keluarkan daging kambing, dan tapis air rebusannya (lobak merah dan batang saleri boleh diambil dan dimasukkan ke dalam bubur, jika suka). Ketepikan.

*Saya tak tapis, saya just matikan api sekejap je untuk prepare step bubur pulak. Time ni boleh keluarkan sup bunjut/sup tulang, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga tu kalau rajin.


Bahan B (Bubur Lambuk)
1 cawan penuh beras wangi atau beras siam (pilih beras yang berkanji) (cuci dan toskan)
1/2 cawan mix vege 'lobak merah, kacang pis, jagung' *saya tak letak
1 cawan kacang kuda yang telah siap direbus (boleh guna kacang kuda dalam tin) *saya tak letak
1 - 2 biji kentang (dipotong dadu) *saya tambah
3 batang kacang buncis (dihiris halus) *saya tambah
2 helai daun pandan, disimpul *masukkan lebih lagi harum
1 camca besar bawang goreng *saya tak letak
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

Cara Menyediakan Bubur Lambuk Kambing
  1. Untuk air rebusan daging tadi, keluarkan lemak-lemak yang terampai di bahagian atas.
  2. Masukkan balik air rebusan yang telah ditapis tadi ke dalam periuk. Masukkan beras dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  3. Sederhanakan api dan terus memasak hingga beras kembang dan boleh masukkan daging kambing, secamca besar bawang goreng, mix vege, kacang kuda dan lada hitam. Kacau rata dan terus memasak hingga menjadi bubur, tambah air  jika suka bubur lebih cair.
  4. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa.

*Saya ikut cara kak Faudziyah, selepas mengeluarkan lemak-lemak yang terampai dalam sup, saya masukkan beras ke dalam periuk sup tadi dan masak sekali. Beras harus dibasuh lebih awal supaya ia sedikit kembang. Juga sentiasa dikacau selalu semasa proses memasak untuk elakkan bubur hangit di dasar periuk.

Post a Comment

21 Comments

  1. Replies
    1. hihihi, sama lah..pantang nampak kambing..eh, menu kambing..haha

      Delete
  2. Bubur lambuk dengan bulan Ramadhan memang tak terpisah. Sedapnya. PC pernah makan sekali bubur lambuk kambing ni.. Fuh memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, sedap sangat sebab aroma kambing tu meresap dalam bubur..

      Delete
  3. kita nampak akak upload kat ig je rasa terliur. wuuuu boleh try later hahahaaa, thanks akak share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama huda..nanti cuba tau! senang aje tuuu

      Delete
  4. menarik nya bubur ni.. boleh try bt .. ^_^

    ReplyDelete
  5. panduan ini boleh jadi viral sepatutnya..

    boleh la blog ini meletup-letup di media sosial hahaha

    dan income adsense mencanak nanti..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tapi da ramai je buat bubur lambuk... kat instagram boleh la meletup... :p

      Delete
  6. assalamualaikum sunah...kalau thn lepas dpt juga ambil bubur ni kat masjid tapi thn ni kenalah buat sendiri kalau nak mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam mama...tu lah, tahun ni kena buat sendiri lah..

      Delete
  7. Semalam tunjuk Yana resepi ko ni, hampeh! Katanya beli jee senang hahahahaha siot jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha tapi tak susah sangat buatnya tu...pakai satu periuk aje reneh reneh sampai habis haa gitu

      Delete
  8. inila ni yang ngences haa tengok dalam IG.. huwaaa..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya bubur lambuk. Lama betul tak makan bubur lambuk. Kena buat sendiri jugak ni.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Nak buat utk berbuka kang🙂

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com