Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramadhan Delivery and Takeaway @ Pulai Springs Resort

Ramadhan Delivery and Takeaway @ Pulai Springs Resort | Ya, ini salah satu resort pilihan untuk berbuka puasa kalau tiba bulan Ramadhan. Selain dari jaraknya yang sangat dekat dengan rumah, harganya juga berpatutan berbanding tempat lain. Biasanya, kalau saya share kat whatsapp status, buffet Ramadhan kat Pulai Springs Resort ni antara yang banyak dapat sambutan sebab kebanyakan my brownies and cakes customers duduk sekitar Skudai.

Untuk tahun ni, macam yang saya sebut dalam entri sebelum-sebelumnya, disebabkan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tak ada lah buffet Ramadhan seperti tahun-tahun lepas. Tapi jangan risau, bagi peminat-peminat buffet Ramadhan dari Pulai Springs Resort, uols still boleh berbuka dengan juadah diorang sebab diorang ada promosi Ramadhan Delivery & Takeaway dari 24 April hingga 22 Mei 2020.


Menariknya, menu-menu yang disediakan adalah pelbagai, uols boleh pilih sama ada nak berbuka dengan tema makanan Asia, Arab, Western, Cina, atau Shellout. Ha? Shellout pun hado?? Yeee, jangan terkejut! Unik kan, berbuka dengan Shellout, jarang-jarang berlaku, bila tengok harga, oh berbaloi-baloi jugak sebab banyak benda ada dalam Shellout tu.


Untuk promosi Ramadhan Delivery and Takeaway ni, dua restoran di Pulai Springs Resort yang sediakan juadah berbuka, iaitu Cinta Terrace Restaurant dan Qing Palace Chinese Restaurant. Untuk menu berbuka, Cinta Terrace Restaurant sediakan menu berbeza setiap minggu, uols boleh belek menu dia kat bawah. Ada jugak set menu seorang makan RM15.00 yang available setiap hari sampai 22 Mei 2020 nanti.





Untuk Qing Palace Chinese Restaurant pulak, menu yang disediakan available dari 24 April hingga 22 Mei 2020. Eh eh, tengok harga dia, berbaloi-baloi kan? Terus terbayang-bayang Smoked Duck dia yang sedap gilerrrr, eh takde pulak dalam menu Ramadhan. Hahaha! Ko ingat ni Chinese New Year ke?



Kalau uols nak order menu-menu dari Pulai Springs Resort ni, uols boleh start order dari pukul 10 pagi ke atas setiap hari, delivery dan takeaway bermula dari pukul 4 petang hingga 7 malam. Kawasan delivery diorang di sekitar Skudai merangkumi Taman Universiti, Taman Pulai Utama, Taman Flora, Taman Mutiara Rini, Taman Sri Pulai, Taman Pulai Perdana, Taman Pulai Indah, Taman Pulai Emas, Taman Pulai Jaya, Taman Scientex, Kangkar Pulai, Taman Teratai, Taman Sri Skudai, Taman Skudai Baru, Taman Ungku Tun Aminah.

Tak ada dalam senarai? Whatsapp je terus diorang untuk tanya, ada ke tak delivery ke tempat uols.

Whatsapp Untuk Order:
Cinta Terrace Restaurant: 016-733 2918 / 016-733 2919
Qing Palace Chinese Restaurant: 017-733 8724 / 019-733 2919

*Order bawah RM50 akan dikenakan caj delivery RM3

Post a Comment

6 Comments

  1. Bestnya menu...tetiba teringat percutian mama.kat situ.. rindunga nak bercuti

    ReplyDelete
  2. Agak-agak teringin makan makanan hotel, boleh order terus. Bagus juga buat servis delivery since PKP tak boleh keluar dan berkumpul ramai-ramai.

    ReplyDelete
  3. Sampai laaa ni terliur dengan shellout dia tu haaa...kalau dekat aku dah order dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr...aku dengan nada lak terliur tengok individual sets tu..insya'Allah nanti nak order jugak tunggu hari tak masak..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com