Meeting dan Class Online Guna Zoom | Rasa tepu sebenarnya kepala ni, dah cukup 4 minggu PKP. Esok bermula Fasa 3 PKP kat Malaysia sampai ke bulan Ramadhan. Itu pun tak tahu sama ada nanti akan dilanjutkan lagi ke tak. Semuanya bergantung kepada perkembangan semasa kes COVID-19 kat negara kita ni.
Sepanjang PKP ni, saya takde la berubah sangat aktiviti harian tu sebab selama ni pun memang banyak buat kerja kat rumah aje. Cuma sesekali akan keluar juga pergi kampus jumpa lecturer, keluar pergi review sekitar Johor Bahru, keluar beli barang sekali sekala. Sekarang semua tu dah tak boleh buat. Nak beli barang pun kena bergilir, kebanyakannya kak Ajan dan Nada je yang keluar beli.
Bila da lama tak keluar rumah, jadi tepu jugak kepala ni. Dah naik bosan jugak nengok Netflix aje hari-hari. Ngadap blog berhari-hari sampai boring jugak, tu yang kadang-kadang take a break kejap dari blog, tak update apa, tak blogwalking. Yang peliknya, Facebook dengan Instagram pun saya naik jemu tengok. Hahaha! Macam mano niii?
Kadang-kadang join class dan meeting online guna Zoom, yang ni biasanya involve my part time job as RHB Asset Management Unit Trust Consultant. Admin biasa buat online class secara berkala, tapi banyak jugak kelas yang saya skip. Yang sebenarnya, saya susah sikit la nak sesuaikan diri dengan online meeting or class guna Zoom ni.
Banyak kali dah saya missed waktu kelas, rasa susah sangat nak bukak laptop pada masa yang dipilih tu. Lagi-lagi bila dah terlupa waktu kelas. Kenapa kalau kelas face to face, tak susah pulak nak ingat ek? Haha! Sebab tu, kalau ada lagi kelas online or meeting guna Zoom, saya pesan awal-awal kat diorang supaya ingatkan saya dalam sejam ke setengah jam sebelum, takut saya terlupa.
Kita ni memang la biasa guna laptop, tapi bila da ralit dengan benda lain kat laptop tu, boleh terlupa benda yang lebih penting. Haa, gitu!
Lagi bahaya, tengah ngadap laptop, terjumpa pulak resepi sedap kat blog orang.
Adoii, terus lupa ada meeting.
Haha! Ok bye!
9 Comments
nasib kamek masih bekeja masak pkp tok, mun meeting online camtok, pelik juak rasa sebab hari2 jumpa tetiba tgk muka kat tipon/lappy. hahaaa
ReplyDeletehahah ya lah...rasa pelik sebenarnya mun online meeting..sik pandei kamek eh mok bersua muka nanggar semua orang..rasa kedak muka sik jadi jak bila disuruh bukak video untuk ambik gambar..bencik kamek eh..hahahah
DeleteCanggih meeting sekarang.
ReplyDeleteitu lah wak..
Deletekena set alarm la pasnie okay baru tak terlepas kelas. Nanti cikgu marah.
ReplyDeletehahaha sebab rasa tak penting gak pijol...kalo penting baru la set alarm
DeleteBahagianya boleh hari-hari zoom gan Laki ko kan hehehehe
ReplyDeleteLupa nak tambah, sama laa dengan aku, sampai takde selera nak ngadap IG ke IGs ke huhuhu maaflah kalau aku takde LIKE ke view ke...huhuhu
Deletehahahah! mana de hari2 lahh!
Deleteaha, takpe..aku pun sama..hahaha...takde mood nak ngadap IG tu..IGs apatah lagi...IGs laki aku je kot yang aku tengok sesekali kalo terbukak..haha
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com