Ticker

6/recent/ticker-posts

Cream Cheese Pasta

Cream Cheese Pasta | Selama ni, saya ingatkan ni Pasta Carbonara, tapi akibat dari membelek tiktok je sepanjang PKP ni, barulah saya tahu, ni sebenarnya bukan Carbonara. Tahun 2011, saya kali pertama cuba buat resepi yang kononnya Pasta Carbonara tu, tahun 2020 baru saya tahu kuah Carbonara hanya menggunakan telur dan cheese sebagai bahan asas. Aiyooo!


Dah hampir 10 tahun saya tertipu. Haha!

Tak pe lah, bila dah tahu ni, boleh lah saya sebut dengan nama barunya Cream Cheese Pasta. Kuahnya berkrim dan berkeju, tak macam Carbonara yang kuahnya lebih kering. Apa-apapun, kita yang buat dia kan? Nanti kalau rajin, nak try jugak la buat Carbonara yang original tu.


Hari ni menu PKP hari ke-16, Cream Cheese Pasta. Saya guna Angel Hair kegemaran budak-budak rumah ni sebagai pastanya. Letak dada ayam sikit dengan hirisan sosej ayam. Guna Campbell Mushroom Soup dan susu cair sebagai kuah. Biasanya memang kitorang pakai ni je lah untuk buat pasta berkuah sebab semua orang suka dengan rasanya.


Jemput tengok resepi, in case ada yang nak cuba.

Saiz: 3-4 person
Masa penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
1 cekak Angel Hair pasta (rebus dalam air mendidih hingga al dente)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 susu besar mentega
2 keping dada ayam (dipotong dadu/kecil-kecil)
1 batang sosej ayam (dibelah dua dan dihiris)
1 tin Campbell Mushroom Soup
1 tin air
1 tin susu cair
5 keping keju Cheddar
Garam dan Gula secukup rasa
Parsley flakes (jika suka)


Cara-cara membuatnya:
  1. Cairkan mentega dalam kuali, goreng bawang putih, ayam dan sosej hingga masak. Tutup api dan angkat dari kuali, ketepikan.
  2. Masukkan Campbell Mushroom Soup dan air ke dalam kuali yang sama tu, hancur-hancurkan sikit ketulan sup cendawan sebelum buka api dapur sederhana je. Gaul bagi sup cair sepenuhnya.
  3. Masukkan kepingan keju dan gaul lagi bagi cair semuanya.
  4. Masukkan susu, kacau rata dan bagi hampir mendidih nampak buih-buih kecik je, baru masukkan ayam dan sosej yang digoreng dengan bawang putih tadi.
  5. Kacau bagi rata semuanya, perasakan dengan gula dan garam. Bagi masak sekejap lagi, jangan lupa kacau dan jangan tinggal, takut kang bahagian dasarnya hangit.
  6. Jika dah ok, boleh tutup api. Masukkan pasta ke dalam pinggan dan tuang kuah. Taburkan parsley flakes jika suka sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba!

Post a Comment

31 Comments

  1. Wah menarik ye Cream Cheese Pasta Carbonara dia ye. Kesian kakak Sunah kita tauu 10 tahun tertipu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahhaha...dah tu dengan housemate2 aku sekali tertipu ni pijol...

      Delete
  2. Suka makan..tak pernah masak lagi..boleh dicuba ni..tapi kalau nak masak pun buat sikit je sebab en suami sangat kurang jenis makanan macam ni..setakat jamah sesudu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan...kalau gitu kena masak sikit je lah..

      Delete
  3. Kita pun buat carbonara hari ni tapi tak cukup bahan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa ye keeee! tak cukup bahan takpeee, janji masak! haha

      Delete
  4. nyaman ek tapi kamek blm pernah try masak lagi. kelak2 try molah. faberet juak tok

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa kak sun. terliur saya.

    ReplyDelete
  6. Aiyoo baru tahu jugak. okay nama cream cheese tu lagi menyelerakan. tengok gambar sos kuah melimpah tu memang sodap.

    ReplyDelete
  7. wahhhh boleh try ni nanti, thank you share resepi

    ReplyDelete
  8. sedapnya! Dah lama x makan pasta ni. Akan dicuba sebelum tamat PKP ni.

    ReplyDelete
  9. boleh try resepi ni.. boleh buat time perintah kawalan pergerakkan ni..

    ReplyDelete
  10. Yana dah sebut gak ni nak buat cabonara hahaha ke cream cheese ek namanya...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut la yang mana pun, asalkan sedap...hahahahhaha

      Delete
  11. Waj sedapnya bolehlah masak.nnti

    ReplyDelete
  12. adoi lemah betul tengok menu2 pasta ni memang fevret.
    buatla apa pun hahaha tak tolak punya =D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com