Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID-19: PKP Akan Dilanjutkan Atau Tidak Bergantung Kepada 6 Perkara Ini

COVID-19: PKP Akan Dilanjutkan Atau Tidak Bergantung Kepada 6 Perkara Ini | Mengikuti siaran langsung Sidang Media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) pada petang 21 April 2020, hari ni, KPK mengumumkan bilangan kes positif COVID-19 baru sebanyak 57 kes hari ni, menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 5,482 kes. Daripada jumlah tu, 3,349 kes dah sembuh, manakala jumlah kematian adalah sebanyak 92 kes setakat hari ni.


95 daripada jumlah kes positif adalah kes import - warganagera Malaysia yang pulang dari luar negara membawa virus, majoritinya dari Indonesia. Walaupun bilangan kes baru di Malaysia semakin berkurang dari hari ke hari, masih belum ada ura-ura sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan pada 28 April 2020 ni atau tak. Bila ada wartawan yang tanya, DG Hisham berkongsi enam perkara yang diambil kira oleh pihak kerajaan untuk menentukan lanjutan PKP, iaitu:
  1. Kawalan Sempadan - saringan ketat ke atas warganegara Malaysia yang baru pulang dari luar negara, kewajipan kuarantin 14 hari dipatuhi sepenuhnya.
  2. Kawalan Pergerakan - elak jangkitan dari satu individu kepada individu yang lain dengan mematuhi saranan #kekaldirumah.
  3. Sistem Kesihatan Negara - keupayaan makmal mengesan kes positif baru kurang dari 24 jam, wad dan ICU mencukupi untuk merawat kes-kes baru.
  4. Lindungi Golongan Berisiko Tinggi - perlaksanaan perlindungan ke atas mereka yang mempunyai penyakit berisiko tinggi, warga emas dan OKU.
  5. New Normal - perlaksanaan #newnormal di kalangan rakyat dalam tiga aspek utama, iaitu social distance, kerap mencuci tangan dan elak perhimpunan.
  6. Kenalpasti Kawasan dan Komuniti - sebagai langkah pencegahan yang lebih terperinci, kerjasama masyarakat setempat diperlukan secara berterusan.

So, sama ada PKP akan dilanjutkan atau tak, semuanya akan bergantung kepada enam perkara ni. Kalau keenam-enam benda ni terjamin, insya'Allah PKP boleh ditamatkan. Tapi kalau belum terjamin sepenuhnya, haaa ko sabar lah ek dulu. Semuanya masih dalam perbincangan lagi.

Apa-apa pun, semoga semuanya akan beransur reda dengan segera. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan semua.


P/S: Selamat hari lahir DG Hisham!

Post a Comment

21 Comments

  1. New normal tu bagus. Memang elok kita kekalkan dalam kehidupan seharian. Macam guna sanitizer bila keluar, kerap cuci tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...lepas ni kalo pkp tamat, memang kena ubah gaya hidup sikit

      Delete
  2. harap haraplah semuanya kembali normal seperti sedia kala. Sebab tadi tengok live dr pun cakap tak pasti lagi. Moga semua dipermudahkan.Harap lepas PKP pun kita buat the new normal untuk cegah wabak menular kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah...sama2 kita ingatkan satu sama lain...

      Delete
  3. rasanya konvokesyen saya sepatutnya yg akan dijalankan tahun ni mungkin batal :(
    agak sedih tpi untuk kesihatan kita, berkorban jualah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, untuk kebaikan semua, lebih baik begitu lah..

      Delete
  4. agak memang sampai raya lah PKP kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, macam ada juga yang meramal begitu...wallahua'lam...

      Delete
  5. kalau lanjut pun tak apalah janji keadaan pulih.. semua kena patuh arahan baru mudah kerajaan nak uruskan. ni tengok ramai je degil. kecewa sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, masih ramai juga yang tak ikut arahan pkp tu..

      Delete
  6. Tak kisah laaa janji bagilah anak Saya balik huwaaaa :((

    ReplyDelete
  7. HARAP-Harap wabak ini cepat reda. tapi gov nak lepaskan rakyat pun kena melihat kepada banyak perkara.. risau wabak burst semula kan..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, semalam pun DG Hisham cakap, kalo nak benarkan mahasiswa balik ke kampung masing2, diorang kena fikirkan macam mana nak elak diorang berhimpun di tempat yang sesak dengan orang ramai

      Delete
  8. Semoga cepat berakhir semua ni... takpe tak dapat pergi pasar malam atau bazar² semua tu...inilah masa untuk displinkan diri.

    ReplyDelete
  9. perlis dah pulih, belah utara dah banyak zon merah bertukar hijau so kita boleh beraya edisi new normal la kot

    ReplyDelete
  10. sudah pun disambung..menjadikan PKP kali ini menajadi dua bulan

    dua bulan duduk rumah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com