Ticker

6/recent/ticker-posts

Berpuasa di Bulan Ramadhan

Berpuasa di Bulan Ramadhan | Dah seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan, dah seminggu juga kita puasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masuk fasa keempat. So, macam mana ibadah puasa uols? Banyak tak pahala-pahala sunat dikumpul?

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis." [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

berpuasa di bulan ramadhan

Huraian Hadith:
Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah:
  • Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
  • Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
  • Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
  • Digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Oleh itu, agak rugi kalau orang yang berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata tanpa buat apa-apa perkara yang boleh menambahkan pahala puasanya.

berpuasa di bulan ramadhan

Alang-alang syaitan dan iblis dirantai juga dibelenggu, inilah masanya untuk kita beribadah tanpa gangguan, kan? Ditambah dengan hikmah PKP, kita punya sangat banyak masa di rumah untuk beribadah dan mengaut pahala berganda-ganda.

Jommm jadi orang berpuasa yang beruntung!

Post a Comment

10 Comments

  1. Mudah-mudahn penuhlah aku puasa tahun ni, aamiinn...

    ReplyDelete
  2. Lakukan ibadah puasa ini sehabis baik..anggap ini peluang akhir berpuasa di bulan ramadhan..seperti kita beribadah,,buat betul-betul anggap lepas ibadah kita akan mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pc..beribadah seperti kita akan mati esoknya, bekerja seperti kita hidup selamanya..

      Delete
  3. Wak dah selesaikan penuh puasa bulan april.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...ye lerr...selamat berpuasa bulan mei pulak..

      Delete
  4. Banyaknya kebaikan yang Allah berikan di bulan ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama...tinggal kita je nak kaut ke tak..

      Delete
  5. Syukur tahun ni lebih fokus dan boleh perbanyakkan yang sunat tu. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com