Bekerja Dari Rumah – Bagaimana Set-Up Anda? | Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome.
Sudut selesa dan kemas di sofa |
Termasuklah saya sendiri, bila ada panggilan meeting atau kelas dari RHB Asset Management, kami menggunakan Zoom untuk meeting atau menghadiri kelas secara online. Beberapa hari ni pun kecoh tentang sekuriti Zoom yang dikatakan boleh menyebabkan hacker mencuri maklumat penggunanya jika tidak mengambil langkah berhati-hati. Hingga pejabat-pejabat kerajaan mendapat surat rasmi supaya tidak menggunakan Zoom untuk perbincangan berkaitan dengan keselamatan syarikat.
Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-
- Tetapkan ruang bekerja, anda mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
- Kemas ruang bekerja anda untuk mengelakkan gangguan.
- Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.
- Pastikan sudut bekerja anda mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan anda cas alatan elektronik.
- Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
- Guna ‘headphone’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
- Beritahu ahli keluarga ruang bekerja anda; anak-anak harus menghormati ruang ini sewaktu tempoh PKP.
- Tukar ruang bekerja anda untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.
Pasti sekarang anda sudah mempunyai gambaran ruang bekerja rakan pejabat dan juga klien anda. Kami telah meminta kumpulan About Communication untuk kongsikan bagaimana ruang bekerja dirumah mereka.
Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah anda?
Meja bekerja yang kemas membantu untuk hasilkan kerja yang efisyen dan produktif |
Meja solek yang bertukar menjadi ruang bekerja |
Dua paparan skrin bersama snek sentiasa tersedia |
Pelbagai skrin di katil – hanya untuk mereka yang tidak mudah tertidur! |
Skrin di permukaan tredmil untuk seorang yang aktif bersenam |
Sudut ringkas dan tenang di balkoni dengan pencahayaan semulajadi |
Ruang artistic yang memerlukan skrin besar untuk kerja yang lebih teliti |
Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk dan bersin yang betul. Pastikan anda membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah. Paling penting anda #DudukRumahDiamDiam / #StayAtHome.
Nah, ini ruang kerja saya, dari sebelum PKP sampai dah masuk PKP, memang sini aje lah, takde perbezaan apa-apa. Sebab saya memang bekerja dari rumah! Haha.
Kongsikan ruang bekerja dari rumah anda. Secara tidak langsung anda telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19. Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag @_aboutcom di Instagram dan @aboutcom.my di Facebook.
16 Comments
kamek WFH kat dapur selalu nya 😂😂😂
ReplyDeletesikda lah mmg sikda keja nok boleh di mbak ke rumah
WFH hanya ready phone, layan customer or bila ofis nanya sesuatu benda je
ooo faham, fahammmm! sambil masak sambil layan customer...hahahha
Deletealah lawo sangat ruang keje dia =D
ReplyDeletehahahah tu lerr...kita simple2 sudah asalkan boleh buat kerjaaaa
DeleteTengok gambar yang di atas katil tu a big no untuk Mrs. A sure tertidur punyalah hahhaaaa... lebih selesa kalau letak laptop atas meja di ruang yang takde orang kacau cth kat bilik. Kalau tempat ada orang lalu lalang tak selesa
ReplyDeleteooo, faham, faham...Mrs. A jenis kena fokus bila buat kerja kan...
Deletesebelum PKP saya bekerja dari rumah selama 2 tahun lamanya
ReplyDeletesemasa PKP saya bekerja dari pejabat la pulak.
ternyata kerja dari rumah ini ada kebaikan tersendiri
eh eh ye ke? duduk pejabat ek time pkp ni?
Deletebekerja kat rumah susah sikit.. ramai budak2 jadi bising, hehe
ReplyDeletenasib baik kat rumah ni takde budak2...tapi ramai sangat kucing nakal yang tak faham bahasa manusia..hahahaha
Deletesis sepanjang PKP ni menumpang rumah orang je tapi mujur la dapat ruang tetap untuk open laptop... TQ tuan rumah a.k.a my sister...hehe
ReplyDeletealhamdulillah..time pkp ni kalau dapat duduk di samping keluarga tu adalah satu nikmat terbesar..
Deletekita setup yang atas katil tu. tu kerja x siap2. tido je memanjang. malam pulak tgok movie je. hahahaha
ReplyDeletehahahahha ni memang dahsat lerrr...
Deleteon the bed most of the time.. melingkar tidoo hahaha.. sedap meniarap sesekali ubah position duduk pulak..
ReplyDeletebest jugak ekk..dulu2 masa belajar degree boleh lah gitu..skang duk umah sewa takde katil, ada tilam kat bawah je, jadi tak sedap nak wat keje on the bed..haha
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com