Bazar Makan-makan "Stay Home" Takeaway @ Renaissance Johor Bahru Hotel | Kalau bukan sebab musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), antara buffet Ramadhan pilihan saya, tentulah di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Siapa pun yang tanya saya, "buffet Ramadhan mana sedap?", tempat ni sure akan ada dalam list.
Pilihan makanannya banyak, sesuai dengan harganya. Kebanyakan menu pulak menepati citarasa saya. Tapi tahun ni, disebabkan kita masih lagi dalam PKP, terpaksalah memadam hasrat untuk berbuka puasa di Cafe BLD. Agak kecewa, tapi takpe, cukup lah sedih sampai situ.
Sebabnya, tahun ni, kalau kita tak dapat berbuka puasa kat Renaissance Johor Bahru Hotel, diorang ada sediakan pakej Bazar Makan-makan "Stay Home" Takeaway! Wowww sangat kan nama dia! Tema PKP sangatttt 😆
Antara menu utama yang ada dalam Bazar Makan-makan "Stay Home" Takeaway ni adalah Lamb or Chicken Mandi, Chicken Dum Beriani, Ayam Masak Merah dan Nasi Kerabu. Setiap menu utama pula lengkap dengan menu sampingan dia bersama complimentary minuman dan kurma.
Contohnya, kalau beli Lamb Mandi macam Sis Lin kat atas ni, akan dapat Nasi Arab, Green Salad with Tomato Cumin Sauce, minuman dan kurma. Uols jugak boleh add on Kuih-muih Melayu dengan tambahan RM4 per tiga ketul kuih. Harga Lamb Mandi ni RM32 per set seorang makan. Kalau family ramai, disarankan beli set Combo 5 orang pada harga RM150 per set.
Bukan tu aje, kalau uols beli mana-mana menu utama tu, uols jugak boleh add on Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Kampung, Char Kuey Teow, Nasi Goreng Cina, Mee Hoon Goreng Hailam, Mee Goreng Siam atau Mee Goreng Thai. Menu add on ni didatangkan sekali dengan Kepak Ayam Goreng, Telur Dadar, Salad dan Buah-buahan, setiap satu.
Uh, oh! Kalau jenis suka makan benda-benda unik time berbuka, uols jugak boleh add on Satay Daging, Satay Ayam, Sup Kambing Mamak, Roti John, Crispy Chicken Chop Burger, Beef Cheese Burger, Aneka Pizza, Rojak Buah, Popiah Basah, juga Spicy Chicken Wings.
Antara pilihan pencuci mulut pulak adalah Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Kuih Lapis, Talam Keladi atau Durian, Kuih Kasui, Kuih Ketayap, Mango Cheesecake dan Carrot Cheesecake. Agak-agak da tak sabar nak raya, boleh terus beli aneka kuih raya gak pada harga RM26 per 350gram. Kurma pun dijual pada harga RM8 per 100gram.
Boleh belek kat page Renaissance Johor Bahru Hotel untuk maklumat lanjut tentang menu dan harganya ya:
Tempahan hendaklah dibuat 24 jam sebelum pickup atau sebelum pukul 12 tengahari pada hari uols nak pickup order tu. Ya, ini konsep Takeaway ya! Tak ada delivery, uols kena datang ambil sendiri kat Renaissance Johor Bahru Hotel, dari pukul 4 petang - 8 malam.
Untuk tempahan, uols boleh contact terus:
No. Tel: +6073813322 or +6073813333
Whatsapp: +60177713327
TABLEAPP.com: https://bit.ly/CafeBLDTakeaway
14 Comments
Wah bagus ni kalau nak ubah selera kan Sis.Tak pun sesekali nak rehat masak.Apa salahnya.
ReplyDeleteyee, kalau macam jemu memasak, haa boleh try lah order yang ni..hihi
DeleteMemang banyak gilee menu yang ada..harga pun berbaloi dan padan laa dengan hotelnya kan..puashati makann..
ReplyDeletetu lerr...berbaloi sangat dah tu..jeles aku nengok ko makan..ahhahaha
Deleteaduhhh lapar tgk makanan tau..seb bek puasa tahan tahan hehe
ReplyDeletemohon bersabar ye..hahaha
Deletemenu sdap2 nya ^_^
ReplyDeletekan kan kan...sedap2 semuanya..
Deletekalo tak mesti meriah kan hidangan buffet semua..
ReplyDeletetahun ni unik sungguh..
tu lerr...semua hotel buat konsep delivery and takeaway
DeleteKa segamat ada ke hotel ni? Hahaha
ReplyDeletetakde..ahahahhaha..
DeleteAduhhh menu dia menggugat tekak betul. huhu
ReplyDeletesiang hari jangan tengok..hahahahah
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com