Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Hidangan Ramadhan yang Mesti Dicuba di Rumah

7 Hidangan Ramadhan yang Mesti Dicuba di Rumah | Hari pertama dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ke-15 kita menyahut seruan kerajaan untuk #dudukrumah. Habis PKP nanti, tinggal tak sampai dua minggu aje lagi masuk lah bulan Ramadhan.

Masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat bila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidangkan dalam makanan yang dijual kat luar nun.

Tapi dengarnya, bazar Ramadhan untuk tahun ni kemungkinan besar tak ada disebabkan penularan wabak COVID-19 ni, ye ke?

Hurmm, sedih jugak kan kalau Ramadhan tahun ni tak rasa macam Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Terutama bagi mereka yang dah biasa pergi bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa. Macam tak sah kalau tak pergi beli juadah berbuka kat bazar. Kalau bazar Ramadhan betul-betul tak ada, macam mana?

Apa yang boleh kita buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadhan yang biasa kita makan? Lagi-lagi kalau kuih-muih tu nenek kita biasa buat untuk berbuka.

Jawapannya, kita buat sendiri!


Ayam Brand telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti uols cuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.

Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ni mesra pengguna, hidangan yang dicadangkan tak perlukan peralatan khas yang takde dalam dapur kecik kita. 

Semua hidangan ni mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Saya sendiri dah menguji beberapa resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020 dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi, iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand).


Haa, tu dia Bubur Jagung yang saya buat guna Santan Super Light dan jagung dalam tin dari Ayam Brand. Memang sedap dan terimbau-imbau kenangan berbuka puasa bersama kawan-kawan rumah sewa. Haha.

Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, takde satu pun hidangan ni yang digoreng. Kebanyakan resepi ni mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi kalau uols tengah diet kurang gula, kurangkan aje lah rasa manisnya.

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik kalau uols buat kuih-muih ni. Kongsikan di Instagram atau Facebook uols dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. Buat caption kenapa menu tu adalah hidangan kegemaran uols semasa Ramadhan atau Raya.

Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Resepi 7 Hidangan Ramadhan yang Mesti Dicuba di Rumah dari Ayam Brand

1. Bubur Jagung       


Masa Memasak: 20 Minit  
Hidangan: 4  

1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
220ml Ayam Brand Santan Superlight 
1 sudu garam
1 sudu besar 
Sagu (secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api sederhana. 
  2. Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis.
  3. Tambahkan sagu, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih. 
  4. Hidang ketika masih panas 


2. Bubur Kacang


Masa Memasak: 20 Minit
Hidangan: 4 

200g kacang hijau, di cuci bersih
2 liter air
100g biji sagu, dicuci bersih
2 helai daun pandan, dicuci dan diikat
100g gula melaka
Secubit garam
1 tin Ayam Brand Sweet Corn
400ml Ayam Brand Santan 

CARA MEMBUATNYA:
  1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.
  2. Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sagu untuk direneh bersama.
  3. Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sagu masak sepenuhnya.
  4. Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.
  5. Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!


3. Puding Jagung


Masa Memasak: 30 Minit
Hidangan: 12 

1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
1 pek Ayam Brand Santan Superlight 330ml
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
½ tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
Hirisan keju parmesan, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Dalam periuk, masukkan santan, krim jagung dan jagung manis. 
  2. Campurkan dengan tepung kastard dan gula.  
  3. Masukkan susu dan garam. Campurkan semua pada api sederhana. 
  4. Masukkan kedalam bekas gelas atau mold dan simpan di peti sejuk sehingga keras.   
  5. Tambahkan keju di atas dan hidang. 


4. Kuih Talam 


Masa Memasak: 1 jam
Hidangan: 12

Lapisan atas
250ml Ayam Brand Santan Superlight
30 gram tepung beras
30 gram tepung jagung
50ml air
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam

Lapisan bawah
300gram Ayam Brand Jagung Manis
250ml Ayam Brand Santan Superlight
100 gram gula pasir
50 gram tepung jagung
½ sudu teh perasa vanilla
½ sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA:
Lapisan bawah:
  1. Kisar jagung dengan santan dan tapis
  2. Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati.
  3. Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak.
  4. Kukus lebih kurang 10 minit.

Lapisan atas:
  1. Panaskan santan bersama daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis.
  3. Tuangkan campuran ke dalam acuan.
  4. Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak.
  5. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan.


5. Agar-Agar  Buah


Masa Memasak: 2 jam
Hidangan: 6 

Lapisan buah
2 cawan air sejuk 
¼ cawan gula
½ cawan air laici
1¾ sudu kecil tepung agar agar  
2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries

Lapisan Santan 
¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight
¼ cawan air
¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar
3 sudu besar gula
Secubit garam
4 inci daun pandan(optional) 

CARA MEMBUATNYA:
Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar-agar dan campurkan sehingga licin.
  1. Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau. 
  2. Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar-agar. 
  3. Masukkan potongan buah-buahan. 
  4. Letakkan agar-agar yang selebihnya diatas menutupi buah. 
  5. Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk menampung acuan lapisan kedua.

Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:
  1. Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar-agar. Kacau sehingga sebati. 
  2. Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih dan sentiasa kacau campuran sehingga agar-agar telah cair secukupnya.
  3. Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan. 
  4. Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya dengan sudu. 
  5. Masukkan ke dalam peti ais selama satu jam (atau lebih) sehingga ia keras sebelum dihidang.


6. Kuih Seri Muka


Masa Memasak: 1 Jam
Hidangan: 6

Lapisan bawah
300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan
150ml Santan Ayam Brand 
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)

Lapisan atas
200ml Santan Ayam Brand 
4 biji telur bersaiz sederhana
180g gula
50g tepung gandum
20g tepung jagung
8 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:
  1. Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk    lapisan bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
  2. Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu mangkuk. Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.
  3. Menggunakan kaedah double boil, masak campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.
  4. Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.
  5. Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.
  6. Kukus selama 30-40 minit.
  7. Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.


7. Kuih Kaswi Labu


Masa Memasak: 1 Jam 40 minit
Hidangan: 15

4 cawan tepung ubi
700g labu kuning
300ml Santan Ayam Brand 
3 cawan air
7 gram tepung agar agar 
2 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk. 
  2. Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air. 
  3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.
  4. Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin. 
  5. Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam. 
  6. Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras. 
  7. Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidangkan.

Post a Comment

19 Comments

  1. Semua sedap.Semua suka.ini memang sering di masak bila bulan puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu jua...nanti nak cuba jugak kuih talam tu...nampak sedap dan cantik

      Delete
  2. banyaknya resepi yang boleh dicuba dengan ayam brand,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoo..banyak giler sebenarnya yang boleh kita buat...

      Delete
  3. Betul tu kak. Sedih betul dah takde bazar tahun ini. Kita dahla pengunjung setia bazar T_T

    ReplyDelete
  4. KIta pun dah buat bubur jagung tu, sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...senang gila ekkk bila ada ayam brand ni

      Delete
  5. Ok jga xde bazar ramadhan sebb bukan pengunjung setia. Lagipun kak shima x mkn byk time bka puasa sebab perut cepat sebu hehehe. Menu kat atas boleh cuba masa bulan posa nanti 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sama la...sebenarnya da berapa tahun tak pergi bazar ramadhan...hahahahha

      Delete
  6. Suka dessert ni semua tapi hanya pandai masak yang simple2 je..yg complicated beli je la..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bubur jagung & puding jagung tu kira pass nak membuatnya..tapi seri muka tu belum cuba dah tahu failed. hihi..btw, fiza pun memang pengguna santan ayam brand ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seri muka tu sama la belum pernah try buat sendiri, mak kat kampung je selalu buat hampir tiap hari sebab dia buat jual

      Delete
  8. Waj .. mama pun dah mula kumpul resepi dah ninutk rmadhan.tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww awalnyaa! bagus mama, nanti da masuk puasa senang nak rujuk kan

      Delete
  9. wahh da siap cadangan untuk ramadhan. hehe menarik2.
    memang kena kumpul skrng nnt xdela ttb xdak idea..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com