Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand™ #DudukRumah

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand™ #DudukRumah | Dah masuk Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, uols masih #dudukrumah kan? Haruslah, hanya tu je cara terbaik untuk kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19. Bila saya baca kat blog kawan-kawan lain, ramai jugak dah ketandusan idea nak masak apa hari ni. Ada yang dah ulang dua kali masakan yang sama. Saya pun tak terkecuali uik! Nak order makanan online, macam tak ada yang menarik perhatian saya. Siap install lagi apps Food Panda, tapi senarai yang terdekat semua tak menepati citarasa.

Kalau uols punya situasi pun macam saya, apa yang perlu dibuat?

Jom sama-sama cuba resipi mudah dan cepat ni dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada kat dapur rumah uols tu. Hidangan ni adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Kalau uols takde bahan yang dinyatakan, gunalah ape-ape aje yang ada ikut citarasa masing-masing. Takde dapur api atau ketuhar? Uols boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro kat rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ni.

1. Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur


Uols ada satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Haaa, boleh sediakan kacang panggang dengan telur ni dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, uols hanya perlu mencuci satu pan aje lepas makan.

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html

2. Pizza Tuna


Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ni namun sekiranya uols berjaya mendapatkan roti, jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa uols dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati!

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html

3. Nasi Lemak Pandan


Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang uols tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi uols. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak.

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html

4. Pasta Sardin


Dah seminggu uols menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta yang mudah ni dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm~

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html

5. Kari Mackerel


Tak pernah masak kari tapi uols teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan uols juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html

6. Kentang Tuna Pedas


Uols hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ni. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang uols ada.

Resepi di sini: https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html

7. Sardin Gulung Goreng


Raikan kejayaan uols dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ni dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.

#kitajagakita

Post a Comment

10 Comments

  1. Nampak sedap semua tu..Ayam Brand sememangnya menjadi pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, jenama tradisi dari berpuluh tahun dulu...

      Delete
  2. Semua sedap, aku dah beli dah sardines dan kacang panggang, nak buat nanti...

    ReplyDelete
  3. Comel pulak tengok yang pizza tu.. Semua best tak tau nak try yang mana dulu ni

    ReplyDelete
  4. Tetiba teringat kat rumah ada 2 tin lagi kacang panggang ayam brand.. Cari resepilah.. Hm

    ReplyDelete
  5. Sedap2 ni.. klu petang2 pekena sardin gulung goreng tu pun puas hati.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com