16 Cara Bercuti Tanpa Meninggalkan Rumah Pada Musim PKP | Bercuti tanpa meninggalkan rumah? Macam pelik kan bunyinya. Tapi tak mustahil boleh dilakukan, lagi-lagi pada musim penularan wabak COVID-19 ni. Segala rancangan asal kita dulu nak pergi bercuti pada musim cuti sekolah dan cuti semester, terpaksa ditunda dan ada yang terus dibatalkan sebab keadaan seluruh dunia yang sedang tenat.
Bila masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni pulak, lagi lah tak dibenarkan langsung untuk keluar Malaysia, malah pergerakan antara negeri pun disekat sama sekali. Tapi jangan sedih, pihak Tourism Selangor ada jalan penyelesaiannya! Uols jugak boleh mengambil kesempatan pada musim PKP ni untuk “bercuti” menerusi alam maya dan menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut:
- Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi percutian pertama anda ke semua 9 Daerah di Negeri Selangor.
- Ambil peluang ini untuk membaca semua entri blog percutian dan pelancongan di https://selangor.travel/travel-stories/ untuk idea percutian anda yang seterusnya setelah tempoh PKP tamat.
- Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/.
- Gunakan data internet percuma untuk rakyat sepanjang tempoh PKP ini untuk mendapatkan pelbagai promosi hotel dan pakej pelancongan yang menarik di hujung jari anda!
- Alami Selangor melalui video Hos Komuniti Selangor di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=5MnIpiIS2VM dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.
- Tonton video yang dimuat-naik ke saluran Menarik di K. Selangor di YouTube untuk pengalaman melancong ke Daerah bersejarah, Kuala Selangor. https://www.youtube.com/channel/UCQq_PVNeKlbyyfTc1mnJXXw
- Rasai keseronokan dengan melayari laman web Sunway Lagoon di https://sunwaylagoon.com/ bagi melihat sendiri tarikan taman tema terbesar di Malaysia ini dan juga promosi-promosi yang ditawarkan sebagai persediaan untuk anda ke sana.
- Menikmati perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran dan kafe-kafe popular di Selangor ke pintu rumah anda di https://selangor.travel/20-best-eateries-with-takeaways-and-delivery-services-in-selangor/
- Sarapan pagi di dalam bilik tidur anda.
- Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.
- Berkelah di dalam rumah bersama orang tersayang.
- Tiada apa yang lebih romantik daripada pengalaman menyaksikan jajaran bintang di langit malam sambil menonton filem di halaman rumah anda.
- Jika anda gemar mengembara untuk seleksi makanan tular dan popular – hasilkan sendiri makanan yand harus dicuba di Selangor untuk mengisi masa lapang anda di rumah. Dapatkan idea-idea dan resepi masakan di https://selangor.travel/15-must-try-dishes-in-selangor-in-2020/
- Rindukan masakan ibu di rumah? Hasilkan sendiri makanan kegemaran anda dari resepi yang anda minta dari ibu anda!
- Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.
- Cetak peta dunia dan tandakan detinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!
Dengan senarai ini, kini semua orang boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa uols sedari, idea-idea ni akan menemani uols sepanjang tempoh tak sampai dua minggu ni lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada uols. Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah. Kongsikan senarai ni bersama rakan-rakan dan orang tersayang uols, okay!
Patuhi PKP dan duduk di rumah. Uols boleh selamatkan diri dan orang lain. Pihak Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
21 Comments
Baiklah! Saya nak pergi bercuti!! Hehehe
ReplyDeletejom non! make sure basuh tangan selalu masa bercuti kat rumah tu yee..hahahah
DeleteSelamat bercuti panjang
ReplyDeleteterima kasih wak! hahahah
DeleteBunyi nye macam menarik. Bercuti ramai2 dgn aktiviti mcm tu mmg best. Kena kreatif. Nnati dah habis PKP, boleh laa pelan-pelan bercuti kt luar sebab semua info dah study awal2.
ReplyDeleteye betul! yang penting jangan lebih 10 orang lepak dan kena jaga social distance..
DeleteWah...boleh jadi macam real cuti ni
ReplyDeleteharuslahhh! hahaha~
Deleteselalu juga bercuti dengan drama, dalam drama pun banyak shoot tempat yg cantik dan menarik. kira cuci mata la sekejap..hehe
ReplyDelete♕Tiara Sapphire♕
eh ni pun betul juga! suka tengok drama korea sebab diorang selalu tunjuk keindahan negara diorang..
Deletesebenarnya banyak yang boleh dilakukan..manfaatkan apa yang dianggap ujian ini sebaik-baiknya.
ReplyDeletebetul tu jua..dan jangan lupa setelkan segala yang penting dulu
DeleteAishhh bilalah dapat meninggalkan rumah ek, nak cuti oii!!
ReplyDeleteCheck dalam spam, sekali baru nampak email ni huhuhu...
ye, aku cek dalam spam la ni tiberr ade..nasib aku tak delete terus..huhuhu
Deletetrend terbaru melancong ke alam maya..
ReplyDeletesaya pernah ke Uuhan, Itali dan As baru-baru ini
sya layan Youtube dan dalam beberapa saat sahaja sudah sampai ke sana..
hahahaha
Wuhan pun ada jugak ek...hahahahha
Deleteokay nak pergi bercuti jugaklah sambil menikmati makanan :)
ReplyDeletejom jommmmm!
Deletemengubati kerinduan nak bercuti secara fizikal.. eheh..
ReplyDeleteiyoo...kita pun kadang2 bukak our planet kat netflix tu nak tengok tempat lain..hahahha
DeleteJom buka puasa BBQ dengan Kak Di n Nada sambil berkelah kat laman. Hehe.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com