Rezeki Muzamil Bawa Balik Proton X70 Hanya Dengan Makan & Menang Marrybrown | Bahagia sungguh lahh muka Muhammad Muzamil bin Jailani, 29, bila naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah replika kunci kereta Proton X70, petang Rabu, 4 Mac 2020 yang lepas. Penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan di Marrybrown Headquarters - School of QSR, Johor Bahru.
Muzamil merupakan peserta paling bertuah dari lebih 1,300 rakyat Malaysia yang menang contest 'Makan & Menang' 2019 anjuran Marrybrown yang bermula dari 29 November 2019 hingga 12 Januari 2020. Lebih 200 pemenang dipilih setiap minggu sepanjang contest berlangsung, dengan jumlah hadiah bernilai RM380,000.
Contest ni dibuat sebagai menghargai peminat Marrybrown setelah 38 tahun bertapak, bermula dengan restoran makanan segera kecil di Johor Bahru, kini berkembang kepada lebih 500 cawangan beroperasi di 16 negara seluruh dunia, dan yang terbaru di Sweden. Sah lah, Marrybrown dah jadi rangkaian restoran makanan segera Halal terbesar tempatan yang berjaya menembusi pasaran luar negara, sejak pembukaannya pada tahun 1981.
Dah lah senang gilerrr nak join contest ni, just spend RM25 dalam single receipt kat mana-mana cawangan Marrybrown, dapatkan kod unik dan masukkan kod tu ke dalam website Marrybrown Makan & Menang KAW KAW. Ada rezeki, nama kena cabut masa Live Draw kat page Facebook Marrybrown pada 21 Januari 2020 lepas.
Selain daripada penyampaian hadiah Proton X70, turut diserahkan pada hari Rabu lepas adalah wang tunai RM10,000 kepada 5 orang pemenang. Jadi jutawan sekejap, alhamdulillah, rezeki diorang. Seronok tengok, mampu tumpang gembira aje, nak mintak open table belanja Marrybrown, Marrybrown dah belanja kita dulu. Haha!
Lagi hadiah menarik sempenan contest Makan & Menang 2019 Marrybrown ni adalah:
- 6 x 65" LG UM series bernilai RM4,099 setiap satu
- 12 x GoPro Hero 8 bernilai RM1,800 setiap satu
- 12 x Vivo V17 Pro bernilai RM1,699 setiap satu
- 18 x Sony Earphone WF1000xm3 bernilai RM949
- 120 x wang tunai RM500
- 1,200 x baucar Marrybrown bernilai RM50 setiap satu
"Marrybrown is a Malaysian brand made by Malaysians for Malaysians, and this is something we hold with pride. We assure our fans that Marrybrown will continue delivering something different at any time. Be prepared MBB fans! We have so much in store, so we hope you continue to shower us with your support." - Dato' Joshua Liew, CEO of Marrybrown.
Marrybrown akan terus memberi yang terbaik buat jutaan pelanggannya di seluruh dunia, dengan fokus pada kualiti, servis, kebersihan dan pengalaman menjamu selera yang sempurna. Untuk lebih info tentang Marrybrown, uols boleh jenguk media sosial diorang.
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: @marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
9 Comments
Waa rezeki dia...dah kawin ke belum tu? Hahahaha...
ReplyDeletedah lerrr..hahahahahahhaha! kitorang pun usik camtu memula...dia datang ngan wife dia...seronokk tengok diorang happy!
DeleteAlhamdulillah rezeki mereka 😍
ReplyDeletetu la...syukur...
Deleteuntung sabut timbullls.. :p
ReplyDeleteuntung batu tenggelammmmm...haha
Deletebetul betul rezeki terpijak..
ReplyDeletesatu dalam sejuta yang akan dapat rezeki begini hehehe
betul tu...kena baca doa dan buat solat hajat banyak2..haha
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com