Menu Lunch Hari Pertama Movement Control Order | Hari ni 18 Mac 2020, tercatat dalam sejarah negara Malaysia, bermulanya tempoh perintah Movement Control Order kesan dari Covid-19. Amacam guys, sape yang cuti tu, tengah buat apa? Sape yang kena kerja juga, jangan bersedih. Tu maksudnya uols adalah orang penting dalam negara. Tanpa uols, boleh terganggu sistem dan kelancaran pentadbiran negara kita.
Hari pertama saya, serupa saja macam hari-hari yang lain, sebab selalunya memang saya bekerja dari rumah. Cuma bezanya hari ni, rumah lebih riuh berbanding weekdays biasa sebab semua ada. Ibah je yang balik kampung awal pagi tadi. Tinggal lah kami bertiga saja. Dari semalam dah merancang nak pergi beli barang dapur kat Maslee pagi ni, tapi Nada ada kerja pulak kena siapkan. So, tak apa lah.
Lewatkan sikit keluar.
Dilewat-lewat, akhirnya Nada pergi seorang saja ke Maslee lepas setel kerja dia sebab kerja saya pulak yang belum setel. Haha! Tengah mengedit header blog Sis Lin, boleh tengok kat sana hasilnya. Bila saya siap edit dan masukkan header, Nada pun dah sampai rumah dari Maslee. Terkejut tengok banyaknya barang dapur dia beli. Stok untuk beberapa hari supaya tak terlalu kerap keluar rumah.
Itu pun barang naik harga katanya. Maybe kedai-kedai ni naikkan harga sebab selama dua minggu ni nanti jumlah pengunjung yag keluar membeli-belah akan berkurangan. Jadi diorang punya sales pun dah tentu menurun. Naikkan harga untuk cover balik kerugian tu. Mungkin lah. Mungkin juga sebab demand tinggi bila dah kena perintah MCO ni.
Menu kitorang tengahari tadi, Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Sambal Jawa. Dua menu ni Nada yang cadangkan. Bertukang la kitorang kat dapur, konon-konon sorang jadi kitchen helper, sorang jadi sous chef, sorang jadi master chef. Haha! Yang kelakarnya, semua orang first time buat Sambal Jawa. Selama ni tukang makan dan tukang suka Sambal Jawa je.
First time try, lulus tak? Piawaian kitorang lulus je, tapi piawaian mak mertua uols, mungkin belum lagi. Haha! Yang ni kak Ajan masak, saya tolong hiris tempe dan tauhunya, goreng atas dapur. Nada kupas dan hiris kentang, goreng dalam air fryer. Tapi dalam menunggu tauhu masak masa goreng, saya start buat Ayam Masak Lemak Cili Padi.
Buat ikut resepi Pak Cik Mat Gebu aje, dari dulu memang guna resepi dia, cuma part awal tu dah terbiasa guna cara adik ipar kat kampung nun, keringkan air ayam dulu sebelum masukkan rencah Masak Lemak Cili Padi yang dah diblender. Saya ingatkan cili padinya lima tangkai aje, rupanya Nada tambah dari 4 kepada 7 tangkai. Patut lah pedas macam ape. Haha!
Seronok pulak masak ramai-ramai. Makan pun berjemaah.
Uols masak apa hari ni?
P/S: Al-Fatihah untuk arwah Myanaliza binti Ruslee (Maya Matahari) yang baru kembali ke rahmatullah petang ni.
P/S: Al-Fatihah untuk arwah Myanaliza binti Ruslee (Maya Matahari) yang baru kembali ke rahmatullah petang ni.
14 Comments
Sambal jawa tu mau bertambah makan nasi. Nak kena buat juga ni alang2 dah 2 minggu merap kat rumah
ReplyDeletetu lerr, makan tu aje pun dah cukup, takde lauk lain pun takpe
Deletekeda nyaman je sambal jawa yea, alu blm pernah makan gik. klk mun rajin carik resepi.
ReplyDeletenang nyaman kak..kelak coba kayyy
DeleteSedappnyaaaa.saya Tak masakkk..kerja .. ui..memula nii sedap jer menuuu kann.hahhaha..
ReplyDeletehahahah kitorang memang gini non...jarang2 masak kat rumah..tapi bila da masak, menunya memang kemain sedap...hahaha
DeletePuyoooo sedapnya menu dia... akak takde stok sayur kat umah ni...
ReplyDeletesayur kitorang ade kacang panjang, bayam brazil dalam pasu, ulam raja dalam pasu..tu je la..terung tak berbuah lagi..hahaha
DeleteSedapnyaa...lama juga tak buat...nanti masuk list #StayAtHome laaa hahaha
ReplyDeleteMakaseh Sunah...
sila la buat nanti ekkkk
Deleteni rasa nak masak ni..igtkan nak rendam megi je hari ni...hahaha
ReplyDeletelooks so good
ReplyDeleteada yang seronok kena tahan sementara kat rumah..
ReplyDeleteada yamg gelisah..
yang penting penyebaran corona virus boleh dikurangkan sehabis baik
Alhamdulillah..inilah masanya main masak masak dan makan beramai ramai.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com