Ticker

6/recent/ticker-posts

Kain Baju Raya Dah Sampai

Kain Baju Raya Dah Sampai | Sebelum pukul 12 tadi, bunyi hon motorsikal memecah kesunyian dalam rumah. Dah biasa dengar dah bunyi hon bertubi-tubi macam ni, confirmed poslaju. Dan memang ada bungkusan pun yang sedang ditunggu-tunggu.

Saya keluar, dari jauh lagi posmen tu tanya nombor IC. Ya, sejak sebulan lalu, mana-mana posmen yang hantar barang tak kira lah dari Poslaju ke, GDex ke, J&T ke, semua dah mintak IC saje. Tak perlu sain borang penerimaan. Sebab nak elakkan contact kesan dari penularan wabak Covid-19 ni.

Kali ni, saya juga dah jaga jarak dengan posmen supaya lebih dari 1 meter. Bila ambil barang, cepat-cepat masuk dalam rumah dan sanitize bungkusan. Lepas tu terus pergi cuci tangan dengan sabun. Bukan paranoid, tapi ambil langkah berhati-hati. Sedangkan posmen pun pakai sarung tangan dan mask, lebih dari tu, bukan dalam kawalan diorang dah.


Nah, ni dia isi dalam bungkusan. Kain baju raya tahun ni. Haha. Abang ipar yang order, tak tau la pos dari mana. Mungkin beli online, tak sure. Sebab husband yang deal dengan abang ipar. Takde alamat penghantar pulak. Kosong aje borang tu. Haha.

Tak tau la sempat lagi ke nak pergi buat baju raya ni. Nanti tanya tailor dulu, dia terima tak kedatangan kita musim MCO ni. Sebab nanti kena touch-touch ukur badan, risau pulak kan. Again, bukan paranoid, tapi berjaga-jaga sebab kita tak tahu entah-entah kita ni pembawa virus ke tak.

Uols punya baju raya tema warna apa?


P/S: Salah seorang kawan kepada kawan (merangkap boss dan housemate encik suami) yang positif Covid-19 (kes 890) meninggal dunia hari ni pukul 10.33 pagi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Al-Fatihah untuk Dr. Usman Sani bin Saidin.

Post a Comment

22 Comments

  1. Fuyooo tema hitam kaa? I tema putih tahun ni hehehehe semua dah hantar kedai kain yang beli kat Kelantan tu dan dah siap pun hahahahaha...
    Tinggal nak cari baju raya pertama aje..
    Weii mama barang pos aku ni tak sampai huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa kita hitam putih...boleh la matching nanti...

      Delete
  2. Wah in advance. Baju raya saya selalu last minute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak advance sangat ni, dah lambat ni..hahahahha

      Delete
  3. lawany abaju raya. Un ni tak terpikir lagi..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kita tak fikir, husband yang tolong fikirkan...hahahahhaha

      Delete
  4. cantik kain baju raya tu kak. takpe, kalau tak sempat buat raya puasa, boleh buat next raya haji pun boleh.

    ReplyDelete
  5. wahhhh dah ada baju raya. i already forgot about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 terlupa juga, ni encik suami la ni sentiasa ingat

      Delete
  6. hehe mmg skrng ni phase dok cari baju raya dah kan.. tngk iklan macam2 jenis. syiok diaa kain da sampai..

    semoga cepat ujian berlalu. dapat kita sambut ramadhan dan syawal dgn meriah.

    btw headerrr bru awok pun comey ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah...mudah2an semua akan reda secepat mungkin...

      Delete
  7. raya tahun ini kita beraya online sahaja jika covid belum pulih 100%...

    tiada rumah terbuka besar-besaran dan yang paling sedih jika solat sunat raya jauh-jauh..

    kalau boleh jangan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya secara online tu kelakar jugak, tapi bila sebut solat sunat raya jauh2, rasa sedih pulak..

      Delete
  8. Eh..Eh..cantiknya..akak x beli lagi ni..takde yang menarik plak...pas tu size takdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kain je ni kak..baju belum buat lagi...tailor pun senyap je ni...huhuhu

      Delete
  9. tailor kt area umh dh tk amik since awal feb lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan sini sampai hujung bulan dua...tapi tailor tu da biasa dengan kitorang...

      Delete
  10. jemput laa dtg rumah nnt eh ehhh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com