Jom Rebut RM20,000! Teka Perisa Misteri Pringles Sekarang! | Siapa tak kenal kerepek Pringles? Pernah kontroversi satu masa, dan berjaya mendapat semula tempat dalam hati penggemar kerepek yang disusun bertingkat-tingkat dalam bekas silinder seumpamanya. Antara pilihan snek kegemaran rakyat Malaysia, dan tentunya saya juga!
Sangat rasa gembira bila dapat tahu Pringles keluarkan satu Perisa Misteri yang baru sejak 1 Mac lepas. Teruja gilaaa dan mengundang keinginan nak cuba! Menariknya, Perisa Misteri Pringles ni didatangkan dalam tin putih yang cantik, tanpa ada apa-apa penerangan tentang perisanya. Jadi, kita boleh teka perisa apa sebelum menyuap kerepek Pringles ni ke dalam mulut.
Saya sendiri tak lepaskan peluang untuk cuba teka perisanya. Pertama sekali, kita boleh tengok dulu pada bekas Pringles tu sebab klu yang pertama ada pada bekas. Label bekas berwarna putih tu ada huruf-huruf tertera pada satu bahagian, dan ada klu bahan yang tersembunyi. Telitikan elok-elok, saya terjumpa perkataan Cheese, Basil dan Classic. Ermmm, apakah?
Jom cuba makan pulak. Saya ajak kak Ajan sekali cuba untuk berbincang sesama kami. Dua lidah dan dua hidung, lebih baik kan? Haha! Tengok lah muka-muka yang cuba meneka tu. Benda pertama yang terlintas dalam kepala masa tu, Pasta! Macam Bolognese, tapiiii macam makan Pizza, terbayang menu Mexican kat Renaissance Johor Bahru Hotel tiberrr.
Sebab ada rasa tomato yang kuat bergabung dengan rasa keju, dengan bau herba Itali yang biasa orang masukkan dalam pasta dan pizza. Then bila makan lagi sekali, bayangan paling jitu dalam fikiran adalah Beef Lasagna. Haha! Dahsyat betul, segala menu western keluar 😆 Memang rasa tercabar betul dengan Perisa Misteri Pringles ni. Agaknya kalau panggil Sherlock Holmes, dia dapat teka dengan tepat tak?
Kalau uols nak tahu, Pringles ada buat contest khas, Guess the Flavour sempena kemunculan Perisa Misteri yang terhad di pasaran dan laman e-dagang seluruh negara dari 1 Mac hingga 30 April 2020 ni tau! Lagi best, seorang pemenang bertuah akan bawak pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kalau dapat teka Perisa Misteri dengan betul 😱
Macam mana nak join Guess the Flavour?
- Beli mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa simpan resit bukti pembelian).
- Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com.
- TEKA Perisa Misteri dan maklumkan misteri kegemaran uols tak lebih dari 25 patah perkataan.
- Sertai peraduan untuk MENANG hadiah wang tunai RM20,000!
Jangan lupa belek laman Facebook Pringles Malaysia sebab diorang akan bagi satu petunjuk setiap dua minggu sekali. Ada empat petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan petua ni, mana tahu boleh bagi idea kat uols tentang perisa yang betul!
Pringles diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sejak 40 tahun yang lalu. Kini terdapat lapan perisa, termasuklah perisa Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Ada juga perisa terhad bermusim yang diidamkan rakyat Malaysia sepanjang tahun.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Pringles, layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Facebook Pringles Malaysia.
12 Comments
Sedap gak kan..tapi masih x dapat teka apa perisa terbaru Pringles ni...
ReplyDeletekita teka lasagna...tapi tu lah, tunggu jawapan yang sebenar nanti
Deletewah teka perisa baru bole menang wang tunai
ReplyDeleteiyooo! jom joinn..haha
Deleteteka dan menang..mana tau ada rezeki.
ReplyDeleteya, rezeki sesiapa sahaja kan...
DeleteJenuh tu nak fikir taste dia. Hadiah pun menarik tu. Boleh join ni.
ReplyDeletehahahha yee...sebab macam2 keluar dalam kepala
Deletesy rs semua perasa pringle's dah ada hehehe... perasa belacan kot kali ni hehehe
ReplyDeleteah sudah..belacan pulak...hahahhahahahahahha
DeleteManalah parcel aku tak sampai lagi, nampak gaya memang kena update gak le dengan cara sendiri, sebab peraduan dia dah nak habis tu nanti...
ReplyDeletelama lagii, sampai 30 April!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com