Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Marah Kalau...

Jangan Marah Kalau... | Jangan marah bila orang post gambar makanan kat Facebook or Instagram sepanjang 14 hari Movement Control Order dari 18 hingga 31 Mac ni.

Itu tandanya mereka patuh pada arahan kerajaan dan membantu meringankan beban frontliners dengan berusaha untuk #stayathome dan hanya #dudukrumah walaupun dalam hati meronta-ronta nak makan kat luar dengan keluarga dan rakan-rakan.

Ada ibu yang memasak untuk anak-anak yang tak dapat dihantar ke taska, ada yang memasak untuk ibu bapa yang sudah tua, ada yang memasak untuk buat bekal suami, isteri atau anak-anak yang terpaksa bekerja.

Dan mungkin juga ada yang rindu nak buat food review bila job-job review semua kena postponed sampai habis MCO, macam saya dan rakan-rakan blogger. Haha.

Mungkin ada yang dah buntu tak tahu nak #masakapaharini, dari gambar-gambar makanan tu lah sedikit sebanyak membantu memecah kebuntuan. Be cool okay, masing-masing ada peranan tersendiri.

Nah, saya kongsi jugak menu semalam dan hari ni sebab dah takde idea nak update blog.


Asam Pedas Ayam by kak Ajan menu dinner semalam, saya tambah Sayur Kacang Panjang Masak Kicap bodo-bodo aje. Tengahari saya makan nasi putih dengan Sambal Jawa hari sebelumnya dan goreng Telur Mata aje sebiji sebab Nada kerja dan kak Ajan pulak tak turun makan tengahari.


Hari ni, tengahari saya buat Nasi Lemak, dengan Telur Mata aje jugak sebab muak pulak asyik makan ayam aje. Timun takde sebab makan apa yang ada je lah. Petang buat lempeng makan ngan kuah asam pedas semalam, tapi terlupa nak ambil gambar, dah habis dah. Haha.

Esok ingat nak keluar ke Maslee lah beli lauk ikan dan sayur. Time-time gini macam-macam pulak keinginan nak makan tu ek?

Jangan nanti naik 14kg dalam 14 hari. Erk.


P/S: Hari ni, akhirnya angka kes positif Covid-19 kat Malaysia dah mencecah seribu dengan jumlah kes 1,030 dan kes baru hari ni 130. Macam mana la rupa kat luar start hari Ahad ni, gerun bila fikir tentera akan keluar untuk bantu realisasikan MCO sebab ada rakyat yang degil.

Post a Comment

15 Comments

  1. sedap semua tu menu semasa perintah berkurung. X apa naik berat badan skrg. Nanti bln puasa ia turun balik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya abam kie, begitu la yang saya fikir bila berat badan naik..nanti bulan puasa turun la dia...haha

      Delete
  2. Kita tak marah sebab itulah kerja kita dalam tempoh #stayathome ni. Post makanan kat social media pun bagus jugak SS beri ilham kepada kami yang mungkin ketandusan idea memasak :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. terima kasih wak...wak pun berpada2 pergi kebun okayyy

      Delete
  4. Marah tu tak, takut orang menyampah pulak baca asyik menu makan makan makan aje hahahaha..tpi ye juga tak bileh selalu up makan, kang lari dari niche blog i hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kita lifestyle, jadi boleh lahhhh selit makan sekali

      Delete
  5. macam-macam menu nampak kat social media. meriah dengan menu masing-masing. fikir positif kan senang :)

    ReplyDelete
  6. sekarang meriah dengan cooking challenge..hehe

    ReplyDelete
  7. kite ok je yang share gmbr makanan.. xleh trima yg jenis buat tatau kluar jugak n question knapa kena berkurung.. haaa ni geram ni hahaha..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com