Ticker

6/recent/ticker-posts

Seminggu Cuba Sabun AKEF

Seminggu Cuba Sabun AKEF | Selama ni biasanya saya basuh baju guna jenama-jenama yang dah dikenali. Kadang-kadang, kalau dak Ibah bawak balik sabun basuh tong putih besar dari kampung, tumpang juga pakai. Sedap baunya dan bersih hasil cuciannya. Sabun basuh tong putih tu, ada yang pernah pakai tak? Biasanya tanpa label dan orang Melayu kita yang jual.

Sabun dalam tong putih tu, ye besar, memang besar. Jimat kalau beli satu tong tu, cuma saiznya yang agak besar dan berat tu, buat kita fikir banyak kali nak mengangkut. Bila da habis pulak, jadi dilema nak membuang tongnya. Kalau beli lagi yang baru, jadi berlambak-lambak pulak kat rumah. Masa tu, sabun tong putih tu mana ada jenis pek refill macam jenama lain. Kalau dah suka dengan sabun tu, nak topup baru, kena tunggu dak Ibah balik kampung dulu. Huhu.

But hey, baru-baru ni saya dah jumpaaaaa penyelesaiannya! Thanks to one of my friend, dia suggest untuk guna sabun AKEF. Pernah dengar tak? Saya pun baru tau bila kawan saya rekemen sabun ni. Mula-mula macam ragu-ragu jugak nak try sabun baru. Takut tak sama dengan sabun tong besar tu. Tapi bila kali pertama pakai, eh eh, bau dia sama lah! Masa tu pun dah rasa sedikit gembira. Sedikit je dulu. Haha.


Then pakai lagi untuk seminggu. Siap tukar-tukar flavour. Ye, AKEF ni ada dua flavour, satu Rose dan satu Blossom. Saya suka bau Rose, wangi melekat pada pakaian. Lagi wangi bila kita banyak bergerak. Macam magic pulak! Sebab apa, AKEF ni guna teknologi fragrant-released microcapsule. Tak hairan lerr makin banyak kita bergerak, baju jadi makin fresh bau sabun. Macam mana tak jatuh cinta? 😍


Bezanya dengan sabun tong putih besar tu, AKEF ni datang dalam pek-pek kecil 2 liter macam pek refill sabun basuh berjenama kat pasaran tu. So, senang la nak bawak ke mana-mana. Takde la berat sangat sampai jatuh peranakan nak angkut. Beli satu dua pek, terpulang pada kita nak refill masuk dalam botol sabun basuh sedia ada atau tuang aje dari pek tu ke dalam mesin basuh. Eh, pandai-pandai lerr sukat guna tudung botol sabun sedia ada tuuu. Tu pun nak kena ajar keee 😝


Dalam sabun AKEF ni dah sedia ada pelembut pakaian tau, jadi tak perlu nak guna softener pun. Melainkan kalo uols ni jenis guna softener untuk wangikan baju, bukan untuk tujuan melembutkan, haaa sukati uols lerr nak tambah ke tak softener lepas tu 😏 Tapi AKEF ni pun nanti katanya ada softener jugak, in case ada yang nak pakaian extra lembut dan extra wangi, gituhhhh!

Dan, menariknya, AKEF ni produk Muslim, orang Melayu kita yang jual. Tapi yang membelinya adalah dari pelbagai kaum dan bangsa. Bagi yang menyokong kuat #bmf, AKEF ni harus lah masuk dalam list barangan harian uols, kan? Mana nak cari sabun ni? Setakat ni kalau kat Johor, sabun AKEF ni uols boleh beli dekat kedai-kedai runcit area Bandar Dato Onn, Adda Heights, Bukit Mutiara Dato' Onn, Taman Sri Pulai, dan Taman Pulai Perdana. Kalau online pulak, uols boleh beli melalui Shopee.


Selain daripada beli online dan beli kat kedai-kedai, diorang jugak usahakan untuk ada ejen bagi setiap kawasan perumahan, taman, atau kampung-kampung. In case kalau uols nak cari duit lebih, boleh lah try apply jadi stokis atau agen sabun AKEF. Sempena bulan Februari 2020 ni, ada promosi khas untuk sesiapa yang berminat jadi stokis atau agen tau!


PROMOSI FEBRUARY 2020 SABUN AKEF UNTUK STOKIS DAN AGEN BARU

*TERHAD UNTUK 20 STOKIS & AGEN BARU BULAN FEBRUARI INI

Harga Asal untuk jadi Stokis adalah RM4165 (500 pack),

1) Promosi Terhad UNTUK MENJADI STOKIS Feb 2020, RM2100 (250 pack)
  • Harga Jualan (RM15.50/pcs), harga Stokis (RM8.40/pcs), untung RM7.1/pcs (dijual kepada pelanggan biasa).
  • Percuma penghantaran ke depan pintu rumah.
  • Percuma Banner dan Bunting (30 unit untuk agen bawah stokis).


2) Promosi Terhad UNTUK MENJADI AGEN Feb 2020, RM312.30 (30 pack)
  • PERCUMA PENGHANTARAN SEMENANJUNG MALAYSIA.
  • Harga Jualan (RM15.50/pcs), harga Agen (RM10.41/pcs), untung RM5.09/pcs (dijual kpd pelanggan biasa).



Jana pendapatan tambahan dengan menjadi agen dan stokis sabun basuh baju akef.

Kenapa Sabun Akef?

🌺 Modal tidak besar untuk jadi agen dan stokis
🌺 Senang nak bawa di dalam kereta untuk dijual sebab pack kecil
🌺 Pelanggan senang nak beli dengan kerap
🌺 Ruang yang digunakan untuk simpan stok tidak besar
🌺 Nak jual di kawasan perumahan, rakan pejabat dan saudara mara pun senang

🐂 TANPA LEMAK HAIWAN
🌙 PRODUK MUSLIM
👕 PAKAIAN TIDAK BERBAU HAPAK SEMASA RENDAMAN

Berminat untuk jadi stokis dan agen sabun AKEF? Boleh wassap terus: https://sabunakef.wasap.my/


Tengok harga dan keuntungan dari satu pek sabun tu, berbaloi-baloi kan? Dah nak raya ni, mesti ramai yang nak cari duit sampingan kan? Boleh lah try jual sabun ni. Kat Taman Teratai, kalau ada, boleh komen kat bawah yeee, senang saya nak beli nanti! Hihihi.



Lebih banyak info tentang Sabun AKEF boleh rujuk Facebook:

Post a Comment

34 Comments

  1. Semerbak bila bukak penutup dia kan. Akak suka basuh baju anak².peluk cium diorang wangi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...best bila basuh tudung dengan telekung 😍😍😍

      Delete
  2. peluang bagi yang berminat untuk jana pendapatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak...nak jadi ejen or stokis kat kampung wak tak? 😆

      Delete
  3. Tang yang lagi bergerak lagi wangi bau tu, best laa

    ReplyDelete
  4. Wangi. harum dan senang nak gosong pakaiannya..tapi Sis lebih suka cuci tudung dengan sabun Akef ni..melekat bau..

    ReplyDelete
  5. I read a lot about this Akef product. It looks good. Insya’Allah nanti boley lah try. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar brand ni tapi apa salahnya support produk ni kan?. Bau wangi dan baju tak hapak bila rendam tu buat tertarik hati nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, baru lagi brand nya...tak sampai setahun pun lagiii..hhihihi...boleh share2 kepada yang berminat nanti tau

      Delete
  7. Bagus lah ada produk sabun keluaran muslim. Jom kita sama2 support #BMF. Thanks sharing this, sebab baru tahu ada brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha..memang baru lagi, tapi kebanyakan pembeli adalah dari pantai timur tau!

      Delete
  8. Looks like a good detergent. I like detergents with good smell.

    ReplyDelete
  9. Wahh ada dua flavour rupanya..oh ada promo stokis juga rupanya AKEF ni. Kalau produk berkualiti macam ni memang bagus juga cuba jadi agen untuk mereka yang sedang mencari idea dan berjinak jinak nak jadi usahawan... - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sofi...kalau nak cari duit poket, haa boleh cuba jadi ejen ni..

      Delete
  10. Macam best je produk AKEF ni. Nanti nak cari juga buat stok di rumah. Kalau dah kata wangi siapa tak nak cuba kan

    ReplyDelete
  11. nampak menarik cuma kena pastikan bahan yang digunakan selamat untuk kita dan alam sekitar

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa, insya'Allah selamat sebab produk ni dibuat dari scratch oleh penyelidik, bukan pek timbang tau...hihi

      Delete
  12. menarik tengok sabun ni..boleh beli dekat shopee ni..kalau wangi tu yang syok, takyah pakai pewangi lain

    ReplyDelete
  13. Menarik juga sabun ni. Suka tgk packaging dia. Nama dia pun comel jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, memula tengok pun dah jatuh hati sebab kaler pink!

      Delete
  14. bagusnya sabun macam ni! Dah la wangi, jimat pulak tu untuk pengguna sebab tak perlu dah beli pewangi. Nak cari lah dekat Shopee nanti

    ReplyDelete
  15. Belum pernah rasanya nampak jenama ni. Sia memang suka cuba jenama baru nanti nak cuba juga lah yg Akef ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, sebab baru lagi sabunnya...nanti boleh try ekk

      Delete
  16. thanks for sharing, rasa nk try jenama ni. sis ada jual ke?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Pertama kali dengar jenama ni. Senang lah nanti nak basuh baju kan. Bau rose mesti wangi kan. Nanti boleh cuba

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com