Makan Journey - Food Lover's Buffet Dinner di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Promosi bulan Februari 2020 ni masih lagi berjalan di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Restoran Makan Kitchen membawakan tema Food Lover's Buffet Dinner buat para pengunjung yang datang makan malam kat sini dari 2 hingga 27 Februari 2020.
Food Lover's Buffet Dinner
2 - 27 Februari 2020
Ahad - Khamis
6.30 pm - 10.30 pm
RM88 nett Dewasa
RM44 nett Kanak-kanak
Ok, apa yang ada dalam menu buffet makan malam bulan ni? Makan Kitchen menyediakan aneka menu tempatan dan antarabangsa dari hidangan Melayu, Cina, India, Peranakan dan Kristang. Antaranya, Kerabu Daging, Satay, Assam Laksa, dan Sambal Udang Petai dari Malay Kitchen; Double Boiled Chinese Herbal Soup, Stir Fried Kailan, dan Wok Fried Prawn dari Chinese Kitchen; Tomato Dhaniya Shoba, Palak Mutter, Lamb Raragosh, dan Squid 65 dari Indian Kitchen serta banyak lagi.
Malaysia’s historical background is the perfect tapestry for a culinary adventure, and its heritage is reflected in its diverse cultures and rich flavours. Known for having one of the most extensive buffet selections in the heart of Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Johor Bahru’s Makan Kitchen prides on serving fresh, traditional Malaysian fare.
Serius cakap tau, memang menarik gilerrr menu-menu highlight dia. Antara yang saya recommend adalah Mud Pot Biryani dari Indian Kitchen. Alaa, nasi biryaniiii je punnn. Heyy, yang ni special sebab siapa pernah makan Nasi Kapitan Keling kat Penang, mesti terimbau nostalgia bila tengok menu ni. Nasi Biryani nya digaul dengan segala bahan utama termasuk daging kambing atau ayam, dimasak atas api dalam pasu tanah liat. Sampai kat meja uols pun, dalam pasu tanah liat, sebab tu dipanggil Mud Pot Biryani. Sedappp, okayyy!
Selain tu, Oyster Omelette dari Chinese Kitchen pun tak kurang sedapnya! Ingatkan biasa-biasa je, alaa telur hancur campur hirisan tiram, tak sangkaaa menu asal Teochew yang nampak simple gitu, sangat sedap dan menggembirakan hati! Sebelum ni pernah gak makan kat tempat lain, tapi tak berapa suka dan rasa terlalu masin. Yang kat Makan Kitchen ni sedappp!
Peminat Satay pulak harusss dan wajib cuba Satay Kambing dan Satay Daging dari Malay Kitchen. Aaaa, sedap sangattt kayyy! Dagingnya manis dan juicy. Makan macam tu je tanpa cicah kuah kacang pun dah sedap! Kalo nak request Satay Ayam pun bolehhh, gitau aje kat chef yang tengah bakar satay kat situ.
Untuk yang jenis makan mesti nak ada pencuci mulut, nahhh saya kongsikan Shibuya Toast, Acai Bowl, dan Charcoal Waffle untuk tatapan uols. Unik dan menarik menu ni. Shibuya Toast juga dikenali sebagai Honey toast atau brick toast, adalah pencuci mulut Jepun yang berasal dari Shibuya. Roti sebuku macam roti Kacang Pool tu dibakar sekejap sebelum disusun bahan-bahan manisan pilihan kita kat atas roti tu, antaranya coklat, aiskrim, kekacang dan lain-lain. Rotinya sangat lembut, sedap bila dimakan dengan aiskrim.
Acai Bowl pulak adalah menu khas Brazilian dari Para dan Amazonas. Menu ni dihasilkan daripada buah pokok acai yang dibekukan dan dikisar, dihidangkan sebagai smoothie dalam mangkuk atau cawan. Biasanya akan dilengkapkan dengan granola, pisang, aneka buah beri, dan sirap guarana. Siapa suka menu sihat, nah ini lah pencuci mulut terbaik untuk uols!
Charcoal Waffle pulak kepingan waffle berwarna hitam, uols boleh pilih nak sapu dengan apa, peanut butter, coklat, tambah hirisan buah-buahan? Sukahati uols lah ya! Ikut citarasa masing-masing. Saya suka makan Charcoal Waffle ni masa masih suam-suam panas, rangup waffle nya dan tak terlampau berat. Ada hidangan waffle kan jenis berat dan muak bila makan, yang ni tak. Sesuai la untuk jadikan penutup makan malam uols.
Selain tu, ada jugak Assorted Crepe yang uols boleh pilih nak makan dengan apa. Ada kepingan ayam, atau pun nak manisan sepenuhnya, just makan dengan sirap coklat ajelah. Sedap jugak. Bagi peminat kek, boleh try Peanut Butter Mascarpone, perghhhh very recommended ya! Kalau ada dihidangkan, uols wajib potong satu slice, masuk dalam pinggan.
Haa tu baru sikit je tau saya share menu yang ada. Cuba la datang sendiri tengok sekalian menu yang dihidangkan untuk uols. Dengan harga RM88 aje untuk seorang Dewasa dan RM44 je untuk seorang Kanak-kanak, memang berbaloi sangat!
Lagi best, kalau uols rajin, ambil la gambar dengan kamera polaroid yang disediakan dekat backdrop depan Makan Kitchen tu dulu, then upload kat Instagram atau Facebook uols, jangan lupa tag IG @doubletreejb atau FB DoubleTree by Hilton (Johor Bahru), masukkan sekali hashtag #eatdrinkhilton dalam caption uolsss. Tunjuk kat cashier, nanti uols boleh dapat 20% discount dari harga asal tu tau!
Haaaa, apa lagi?
Buat tempahan segera, call +607 268 6868 atau email JohorBahru@hilton.com
7 Comments
Menariknyaaaaaa...lama x lepak makan kat Hilton..dulu ada bopren best la skit..la ni sensorang dah tak best dah...lepas ni lepak makan ngan anak dara je la
ReplyDeletewahh gmbr pon sedap dan jeliter.,., nyum2
ReplyDeleterasa macam lapar lagi perut akak tengok semua tu SUnah oi
ReplyDeleteNi betul-betul makan journey. Kite tengok pun seler muncul. All about makan!
ReplyDeletepeanut butter marcapone menarik tu
ReplyDeleteLayan selera dan citarasa ini tempat dan masanya.Wah.
ReplyDeleteRasa macam nak pi makan lagi sebab semua sedap-sedap kali ni kannn...Jom le kita!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com