Cirit-birit Dikesan Agen Kedua Penyebaran Coronavirus - Saintis | WASHINGTON : Cirit-birit mungkin adalah agen kedua dalam penyebaran wabak coronavirus, kata saintis semalam susulan penerbitan kajian terbaharu yang mengaitkan simptom berkenaan dengan simptom abdominal dan najis pesakit.
Sumber utama dipercayai berpunca daripada titisan air liur daripada batuk pesakit, walaupun penyelidik pada kes awal berkata, tumpuan lebih diberikan kepada pesakit yang banyak menunjukkan simptom respiratori dan mungkin terlepas pandang aspek berkaitan sistem penghadaman.
Sejumlah 14 daripada 138 pesakit (10 peratus) di hospital Wuhan yang menjadi bahan kajian bagi Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) didapati mengalami masalah cirit birit dan loya satu atau dua hari sebelum mula dilanda demam dan masalah pernafasan.
Pesakit Amerika Syarikat (AS) pertama yang disahkan positif coronavirus juga mengalami masalah cirit birit selama dua hari dan virus berkenaan dikesan berada dalam najisnya, malah terdapat kes sama turut direkodkan di China.
“Apa yang lebih penting, coronavirus turut dilaporkan terdapat dalam sisa buangan pesakit yang mengalami masalah abdomen, menyamai kesan pada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) apabila kesan virus itu ditemui dalam sisa air kencing pesakit, sekali gus membuktikan bahawa ia boleh tersebar melalui sisa perkumuhan,” kata profesor jurusan kesihatan alam sekitar di Universiti Southampton, William Keevil.
Kemungkinan itu bagaimanapun bukan sesuatu yang mengejutkan ahli sains kerana virus berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama seperti SARS. - Reuters
Sumber: Berita Harian
Nampaknya makin bertambah kes dari hari ke hari. But it is slowing down, hopefully. Take care guys. Cuti-cuti Thaipusam ni pergi mana?
Kita tengahari jap lagi nak pergi MaQan Food Fest kat Plaza Angsana. Tu pun dua tiga kali fikir. Tapi diorang ada sediakan mask dan hand sanitizer, jadi ok lah kan. Yang penting, kena berusaha untuk tak pegang entah sape-sape je. Kahhh!
14 Comments
Nice info. Tq sunah. Risau kan sekarang ni nak jalan pun fikir banyak kali
ReplyDeleteTakut juga ye
ReplyDeleteMudah2an kita dihindari daripada nCoV ini
ReplyDeleteTulah terbaca juga semalam, Allahuakbar. Moga kita dijauhkan dari virus ini.
ReplyDeleteOrang kata, cegah sebelum parah. Kadang rasa kesal dgn sikap kerajaan China atas apa yg terjadi skrg
ReplyDeleteSemakin ada penemuan baru berjangkit atau merebaknya coronavirus ni..bererti Allah swt nak kita lebih berhati-hati..
ReplyDeletejaga diri dan keluarga...semoga dijauhi drp covNI
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetakut juga bila baca ni
ReplyDeletemakan benda pelik2 tu la perut pun xmo terima.
ReplyDeletehuurmmm ya Allah lindung kami semua dari musibah dan ujian ni..
Allahu. semoga kita semua dilindungi oleh Allah Taala T_T
ReplyDeletekena lebih berhati2 ni
ReplyDeleteSampaikan nak berak pun takut ni hahahahaha
ReplyDeleteKena jaga pemakanan, kebersihan dan sentiasa berhati- hati...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com