Ticker

6/recent/ticker-posts

Chinese New Year Celebration at Mutiara Johor Bahru Hotel

Chinese New Year Celebration at Mutiara Johor Bahru Hotel | Walaupun Chinese New Year dah berlalu, kemeriahan sambutannya tetap berjalan sebagaimana kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Kalau Syawal kita raikan hingga sebulan, CNY ni biasanya diraikan sampai ke Chap Goh Mei, hari ke-15 dan terakhir perayaan Chinese New Year.


Beberapa hari lepas, Mutiara Johor Bahru Hotel turut sama menyambut CNY dengan persembahan tarian singa di perkarangan hotelnya. 31 Januari 2020, pukul 11 pagi, kitorang dah tercongok kat lobi hotel sebab nak tengok singa buat persembahan. Haha. Bagi guest yang menginap kat Mutiara Johor Bahru Hotel pada hari tersebut, memang syok ahh!


Tarian singa ni adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Dua orang penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.


Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas atau high pole yang disediakan. Tarian singa ni biasanya diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Tapi kat Mutiara Johor Bahru Hotel hari tu, tak ada lah dentuman mercun. Sekadar bunyi gong dan dram aje, tu pun dah meriah.


Tarian singa dimulakan dari entrance, ke pejabat eksekutif dan restoran-restoran di tingkat bawah serta tingkat atas hotel sebelum berakhir di bahagian penyambut tetamu. Masa last sekali ni singa lemparkan kulit limau, replika jongkong emas dan patung tikus sebagai simbolik harta dan rezeki kepada pengunjung dan staff hotel yang turut serta menyaksikan persembahan diorang.


Lepas persembahan dah habis, kitorang naik ke Meisan Szechuan Restaurant pulak kat tingkat atas untuk menjamu selera dengan juadah signature diorang. Restoran makanan Cina ni merupakan antara restoran terbaik kat Malaysia sebab pernah menang award pada tahun 2016 dan 2017.


Diorang menjaga kualiti makanan dengan waktu perniagaan hanya dibuka pada masa lunch (11.30 am - 2.30 pm) dan dinner (6.30 pm - 10.30 pm) sahaja. Jadi, takde la isu makanan panas yang dah sejuk. Semuanya fresh from the kitchen gituhhh.


Salmon Yee Sang nya agak unik dan istimewa bagi saya, sebab ada buah berangan, longan dan kismis dalam ramuannya. Kuah Yee Sang juga bukan kuah yang biasa orang pakai, diorang guna macam kuah mushroom gitu. Lupa pulak nak tanya tu kuah apa. Dan tak ada halia digunakan dalam Yee Sang ni.


Buka selera dengan Shredded Dried Scallops Soup with Crabmeat and Fish Lips, woha! Fish Lips! First time kita makan bibir ikan, uolsss 😂 Boleh tahan sedap jugak sup ni, mungkin sebab kita memang suka scallops.


Tapi, tapi, tapiiii, paling kita suka, Steamed Garoupa - Cantonese Style! Biasanya kalo masakan Cina, orang buat Nyonya style, yang ni Cantonese lak. Sedap, masam-masam gitu macam rasa tomyam tapi tak pedas.


Cicah pulak dengan roti mantou, duhhhh!

Rasa nak amek lagi roti tapi heyy kejap, ada lagi menu lain lepas ni!

Kang awal sangat kenyang 😆


So, sediakan lagi ruang dalam perut untuk Deep Fried Boneless Chicken with Special Sauce and Shredded Mango. Oh, sedapnya! Kombinasi ayam dan mangga sentiasa terbaik! Ayam goreng dengan hirisan mangga masak, buat kita ceduk lagi untuk kali kedua dan ketiga. Ops!


Nexttt, Twin Delight Prawns with Dried Chili & Curry Leaves and Cornflakes. Berkembar katanya sebab ada dua jenis masakan dalam satu pinggan. Kedua-duanya saya suka! Udangnya fresh, walaupun dimasak tanpa kulit, udangnya masih tak overcooked.


Saya sejenis yang suka udang tu masih lembut bila digigit, tak rasa macam terlalu kenyal akibat terlebih masak, tapi tu lah cabaran kalo masak udang tanpa kulit ni. Alhamdulillah, nasib baik yang ni ok lagi.


Menu sayuran pulak diwakili oleh Braised Black Mushrooms, Fish Maw & Chicken Dumpling with Broccoli. Chicken Dumpling dia dalam bentuk uncang yang diikat dengan tauhu kering. Nice jugak lah, suka kuahnya yang rasa sos tiram.


Steamed Glutinous Rice with Pumpkin in Lotus Leaf adalah menu wajib dalam hidangan CNY kan? Kat sini pun ade, boleh tahan juga sedapnya. Tapi seketul Sunah pergi letak kuah Chicken Mango dan kuah Cantonese Garoupa tadi bagi lagi kick 😝


Our desserts adalah Steamed Buns yang ada tulisan Heng, Ong, dan Huat kat atasnya. Berintikan kacang merah, kaya dan pandan, sedap sebab bila kunyah tu bahagian tengah apam masih rasa suam-suam panas lagi. Cold "Mua Chi" pun ada dengan inti gula merah ke ape ek? Tak sure lak, kalo kat Sarawak macam gula apong aje. Haha!


Overall saya suka menu kat Meisan Szechuan Restaurant ni, uols boleh cuba menu-menu kat atas ni bebila masa uols nak, sebab hari-hari menu kat atas ni ada. Bukan setakat musim CNY je tau melainkan Yee Sang tu yee, yang tu sampai 8 Februari sajeee, kan hari last CNY tuuu!


Gambar selebihnya uols boleh belek kat Facebook page Sunah Sakura ek. So, apa lagi? Jemput lerrr datang ke Mutiara Johor Bahru Hotel!


Meisan Szechuan Restaurant
Mutiara Johor Bahru Hotel
No. 779, Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, 80250 Johor Bahru

Waktu perniagaan:
11.30 am - 2.30 pm
6.30 pm - 10.30 pm
Setiap hari

☎️ 07-3300 300
📩 fbjb@mutiarahotels.com

Website:

Facebook:

Post a Comment

17 Comments

  1. Oh! dedua lion merah.
    Semalam tengok lion dance di Aeon S2 satu lion merah satu lagi kuning tak tahu apa simboliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, ri tu nampak gak lion kuning kat legoland...tak sure lak maksud dia ekk

      Delete
  2. Udang tu dicampur dengan corn flakes ya..mesti ada rangup-rangup..terliur la pulak..sedapnya..
    Bila dengar gendang pun dah meriah tu belum nampak singanya lagi..hihihihi..

    ReplyDelete
  3. Suka tengok tarian singa. meriah dengan music dan gaya tarian tu.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua...tp laki jawa hakak reti makan tempe je...hahaha

    ReplyDelete
  5. Bila nak lunch laksa Johor dia? Jomm ;aaa..tunggu i balik cuti ya hahahaha..
    Teringat-ingat mochi tu, sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com