Ticker

6/recent/ticker-posts

B5 Johor Street Market Dibuka 20 Februari 2020

B5 Johor Street Market Dibuka 20 Februari 2020 | Yess, hari ni guyss! B5 Johor Street Market (B5JSM) depan Angsana Johor Bahru Mall tu akan dibuka kejap je lagi, pukul 10 pagi, 20 Februari 2020. Dengan tagline #WhereCreativityMeetsInnovation, B5JSM mengetengahkan reka bentuk dan suasana bercirikan warisan serta tarikan negeri Johor yang pasti akan membawakan nostalgia Johor lama kepada para pengunjung.

B5 Johor Street Market

B5JSM adalah salah satu projek pembangunan oleh Johor Corporation melalui Property Division, Johor Land Berhad (JLand), dan Damansara Assets Sdn Bhd (DASB). Diinspirasikan dari Queen Victoria Market di Melbourne, B5JSM dibina untuk dijadikan sebagai lokasi ikonik buat masyarakat tempatan dan para pelancong. Tuan Haji Yusaini Haji Sidek, Pengarah Eksekutif DASB menerangkan konsep B5JSM ni kepada media dan penggiat industri pelancongan negeri Johor semalam.

B5 Johor Street Market

Lima fokus utama B5JSM ialah F&B, Food Truck, Box Park, Retail Bazaar, serta Seni dan Budaya. Aneka makanan popular Malaysia akan ditampilkan oleh pengusaha makanan di sini, dengan hidangan Johor menjadi tarikan utama, antaranya Kacang Pool Cupchai, Murtabak Hj. Suffi, Simple Nasi Lemak & Such, JBorn Cafe & Bistro, JDM Salai House dan banyak lagi. Konsep Food Truck pun akan ada nanti supaya pengunjung boleh menikmati hidangan dalam suasana yang berbeza.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

Konsep kontena yang pernah viral satu ketika dulu pun diorang letak jugak kat B5JSM ni melalui Box Park. Boleh nampak ada beberapa pemilik perniagaan dah mengisi ruang Box Park ni, antaranya butik kafe Wahdinii, restoran pencuci mulut popular dari Melaka - Cendol Kampung Hulu, dan juga kedai gunting rambut unik oleh abang bomba, Firebarber bergabung dengan kedai gunting rambut isterinya, Hijab Salon.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

Retail Bazaar pula memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga kat sini sama ada secara berkala atau kekal sampai bila-bila. Mana-mana yang berniaga kat Bazar Karat JB tu sesuai sangat lah bukak kedai kat sini, bonus dia ada bumbung. Hujan ke, panas ke, perniagaan tetap jalan! Insya'Allah.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5JSM disasarkan untuk menjadi Centralised Retail Tourism Centre, di mana pelbagai aktiviti promosi Seni dan Budaya akan diadakan setiap hari, sepanjang tahun kat sini. Kedai kraftangan Johor pun ada, jadi mudah lah kalau uols nak cari cenderahati yang berkaitan dengan negeri Johor, kan? 😊 Nak buat kraftangan sendiri? Ha, aktiviti demo kraftangan pun ada, tau! Pergi aje ke Exhibition Area diorang untuk tengok demonstrasi kraftangan, live painting dan banyak lagi.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

Selain tu, kalau uols jenis suka ambil gambar OOTD, haaa sini ada banyak spot cantik-cantik juga untuk uols posing sesuka hati uols. Siap ada angle kamera suggestion kat atas lantai untuk uols snap gambar terbaik. Dah macam masuk dalam muzium 3D perasaan dia. Bezanya, segala prop kedai kat sini memang 3D! Haha! Unik sangat lot-lot kedainya bila ada antaranya dibina dalam bentuk bas henti-henti dan keretapi.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

Setakat ni, dengan keluasan 56,475 kaki persegi, lot kedai kat sini dah dipenuhi sebanyak 84%, manakala untuk pembukaan esok, dalam 60% dari 84% tu akan mula beroperasi. Selainnya, insya'Allah bulan Mac nanti akan dibuka sedikit demi sedikit. Anchor tenant diorang adalah D'Mart, dengan keluasan lot kedai 14,476 kaki persegi.

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

Parking jangan risau, ada 363 petak parking kat sini. Kalau tak cukup, boleh parking kat Angsana dan berjalan kaki melalui terowong yang menghubungkan Angsana dengan B5JSM ni. Sejumlah 219 kedai akan dibuka kat sini, haaa banyak ke tak? Memang puas lah berjalan. Tak tahu la nanti macam mana rupa dia ek bila da dibuka.

Jom datang tengok jap lagi, nak?

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market

B5 Johor Street Market
Kredit pic: JOHOR TODAY ジョホールバル移住への道

B5 Johor Street Market
Kredit pic: JOHOR TODAY ジョホールバル移住への道

Lebih banyak gambar di Facebook Page Sunah Sakura.




B5 Johor Street Market
GPS Coordinates: 1.496040, 103.704242
Facilities: 🚻♿🚼♻🛈💳📶


Leasing opportunities
H/P: +6019-9393244 @ +60127372536
Email: mariam@dasb.com.my

Post a Comment

18 Comments

  1. wahh menarik nih., nntila wak singah wiken nih., ;p

    ReplyDelete
  2. Nak kena pergi ni, sebab ada kedai Nealofar hahahahaha

    ReplyDelete
  3. WAHHHHH MENARIKNYA... ya Allah tengok ni rasa dah lama nya aku tak ke bandar johor Sunah oi...

    ReplyDelete
  4. oo.. ni yg sebelum angsana tu ye sunah.. baru perasan aritu.. semoga tempat tu naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul kak..yang depan angsana berbumbung biru

      Delete
  5. wah menarik nya. makin menarik lah nak ke johor ^_^

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau down town jb nak singgahlah

    ReplyDelete
  7. Design dia macam festive street mall danga bay dulu² la..

    ReplyDelete
  8. Haritu nampak dah Dari tepi Jalan..niceee dah bukakkk....
    Nanti bebila free nak singgah let..hohoo

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com