Resepi Sandwich Telur Mudah dan Sedap | Kalau tengok entri Wordless Wednesday hari tu, saya bawa bekal Sandwich Telur untuk breakfast kat tepi Pantai Batu Layar sebelum pergi event kat Bayu Balau Beach Resort.
Pergi pantai pagi-pagi dengan kak Ajan dan Farahain, lepak-lepak santai aje, tak mandi pun sebab angin sangat kuat dan ombak agak besar. Seram nengoknya. Nak ambil gambar wefie or selfie or OOTD pun kena tahan tudung dari terbang. Haha!
Ni namanya kamera selfie lupa nak lap haha |
Kat entri Wordless Wednesday hari tu, ada yang tanya resepi. Haha, eee simple je lah resepi Egg Mayo Sandwich tuuu. Cincai je saya buat, orang lain yang dah terer mungkin resepinya lebih sedap dan menyelerakan. Haha. Takpe, saya share jugak ya kot-kot ada yang nak cuba resepi ni.
Egg Mayo Sandwich
Saiz: 3 pax
Bahan-bahan:
8 keping Roti Wholemeal Gardenia
2 biji telur ayam direbus hingga masak
8 biji tomato ceri dihiris
4 helai daun salad
3 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili
4 keping keju cheddar
Cara-cara membuatnya:
- Telur ayam yang dah masak dan dibiarkan sejuk dikupas kulitnya, hancurkan dalam mangkuk.
- Masukkan mayonis dan sos cili, gaulkan bersama telur hingga rata.
- Ambil sekeping roti dan letakkan daun salad, sapu kan telur mayo tadi, susun pulak hirisan tomato ceri.
- Letak pulak keju cheddar atas tomato ceri, tutup dengan sekeping lagi roti.
- Belah ikut suka atau makan macam tu aje pun boleh.
- Kalau suka, boleh pelbagaikan sos dan intinya, kadang-kadang guna tuna dalam tin pun sedap.
- Selamat mencuba!
30 Comments
yang macam ni pun dah ok..
ReplyDeletekalau beli satu kotak tu mau kene caj RM70 tau
ye ke ammi? nak buat bisnes la macam ni...hahahahah
Deletesangat mengiurkan Sunah oi....
ReplyDeletehahaha...belum cukup menggiurkan ni kak...ni kira sihat gak ni...hahahha
Deleteyummy...nampak sedap sangat. sandwich memang feveret Atul...
ReplyDeleteorang kata, kalo orang lain buat, memang sedap...😜
DeleteKenapa 8? Siapa yang makan lebih 2 tu? Hahahahaha
ReplyDeletedia 8 bahagi dua, 4 keping besar sandwich kemudian dipotong 4, jadi 16 keping kecil sandwich, lepas tu 1 tak muat masuk bekas, so tinggal 15 keping kecil...sorang 5 keping kecil la jadinya....hahahahha
DeleteAMBOIIII SIAPP DAH BAGI RESEPI DAH NIII.HAHAHHA
ReplyDeleteharus lah...sila buat sendiri...hahahaha
Deleterajinnns.. :p
ReplyDeletesebab nak expired dah tu wak..hahahah so kene la habiskan!
Deletenak satu..nak krm salam kt roomate n org seblah masa atas bajak tu..haha
ReplyDeletehahahah Farahain, Cik Nor kirimsalam!
DeleteAkak suka sndwich telur...letak salad banyak skit...sodapppp
ReplyDeleteaaaa lapar lak bila membayangkan...
Deletesedapnya. nak try buat lah guna resepi ni ^_^
ReplyDeletesila sila tauuu
Deletefevret !!!! tapi kite tamo ada tomato. kita buang hahhaa..
ReplyDeletehahahaha ok ganti dengan stroberi...tiberrr
DeleteSedapnya sandwich tu. Nak cubalah resepi ni nanti.
ReplyDeletesila sila...cincai je tuuu
Deleteselalu buat kosong dgn telur + mayonis je. boleh la ena ikut resepi ni.
ReplyDeleteselamat mencuba tau
DeleteAnak² tak makan sayur maka... takyah sandwich la...celup roti dalam telur..gorwng...
ReplyDeletehahahah tak payah letak sayur!
DeleteCannot wait nak buat. Thanks kak sun for sharing the resepi 🥰
ReplyDeletehahahah sama-sama~~~
Deletesedapnya sandwich dia.. makan ramai2 tambah syok
ReplyDeletesandwich egg mayo ni paling senang dan sedap nak buat. Bestnya breakfast pekena angin laut
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com