Pusat Kecantikan MBH Skin Expert Kota Tinggi, Johor, Kini Dibuka | Alhamdulillah, tahniah kepada MOHA Group Sdn. Bhd. atas pembukaan cawangan terbaru Maya Beauty House (MBH) di Kota Tinggi, Johor pada 28 Disember yang lepas.
Cawangan ke-27 MBH ni merupakan MBH Skin Expert, pusat kecantikan yang berfokus kepada rawatan dan penjagaan kulit wajah. MBH didaftarkan pada tahun 2008 sebagai salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah MOHA Group Sdn. Bhd. Pengasasnya, Puan Yaya Mohamad memulakan perniagaan MBH Medispa secara kecil-kecilan dengan menjual produk-produk kecantikan dan membuat rawatan kecantikan dari rumah ke rumah.
Puan Yaya Mohamad, pengasas MOHA Group Sdn Bhd |
Pada tahun 2010, Puan Yaya telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka premis kecantikan pertama beliau di Kajang Prima, Selangor. Perkhidmatan yang disediakan memberi tumpuan kepada aspek-aspek rawatan kecantikan wajah dengan penggunaan mesin yang moden dan produk yang halal. Kini MBH Medispa telah bertapak lebih 10 tahun dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia.
Puan Yaya bersama ibunya semasa pembukaan MBH Skin Expert Kota Tinggi, Johor |
Masa pembukaan hari tu, saya berpeluang untuk tengok sendiri macam mana rawatan wajah dilakukan dan produk apa yang diorang gunakan. Sejak tahun 2016, MBH menggunakan produk penjagaan kulit Dermaklair sebagai produk utama di kesemua spa kecantikan diorang di seluruh Malaysia. Dulu, jenama Dermaklair ni asalnya adalah MBH DERMACARE, yang dibuat penjemaan semula supaya sesuai dengan visi MBH.
Setiap bahan yang digunakan dalam produk Dermaklair dipilih dengan teliti dan menjalani proses penyelidikan serta pembangunan RND terlebih dahulu oleh ahli kimia MBH di kilang diorang sendiri (MOHA Biotech Manufacturing, Kulai, Johor) supaya kualiti produk terpelihara dan kepentingan pelanggan terjamin. Produk Dermaklair bebas daripada paraben dan bahan kimia berbahaya, dengan bahan semulajadi menjadi bahan asas dalam setiap produknya.
Di MBH, lebih 30 produk jenama Dermaklair digunakan untuk rawatan dan penjagaan kulit para pelanggan mengikut kesesuaian masalah kulit yang dihadapi. Sebelum memulakan sesuatu rawatan, skin expert kat MBH akan periksa dulu keadaan kulit pelanggan sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai. Setiap pemeriksaan kulit dan rawatan menggunakan mesin berteknologi terkini yang diimport dari Jerman dan Korea.
Ahli terapi kecantikan kat MBH ni pulak semuanya ada sijil bertauliah, dan telah menjalani kursus khas di MBH Beauty Academy sebelum diletakkan di cawangan-cawangan diorang. Kalau uols berminat nak ambil sijil kat MBH Beauty Academy ni pun bolehhh sangat! Just call aje 011-5134 6326 or 03-8736 1626 untuk maklumat lanjut tentang kursus yang disediakan.
Selain daripada MBH Skin Expert, MBH juga ada cawangan MBH Body Theory yang lebih fokus pada rawatan pelangsingan badan dan MBH Haircare yang memfokuskan rawatan serta penjagaan rambut. Cawangan MBH Medispa juga diwujudkan sebagai gabungan MBH Body Theory dan MBH Haircare di bawah jenama MBH Flagship Boutique (Johor Bahru). Cawangan-cawangan lain MBH boleh didapati di sekitar Johor dan Melaka.
Majlis pembukaan MBH Skin Expert Kota Tinggi hari tu dirasmikan oleh ayah dan ibu Puan Yaya sendiri, yang menetap di Kota Tinggi. Untuk promosi sempena pembukaan MBH Skin Expert Kota Tinggi, boleh rujuk Facebook diorang tau! Banyak gilerrr diskaun rawatan sampai hujung bulan Januari 2020.
MBH Skin Expert Kota Tinggi
No. 4, Ground Floor, Jalan Niaga,
81900 Kota Tinggi
Whatsapp:
Facebook:
Instagram:
Website:
3 Comments
wow terbaik
ReplyDeleteNanti ke kota boleh la singgah MBH
ReplyDeleteOhsem.. semoga pusat kecantikkan ini berkembang maju..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com