Ticker

6/recent/ticker-posts

Pusat Ibadah Unik di Kelantan

Pusat Ibadah Unik di Kelantan | Masa ke Kelantan hari tu, kitorang sempat meninjau tempat ibadah yang lain daripada yang lain kat Kelantan. Balik dari Sungai Kolok, Thailand, Abe Di terus bawak kitorang ke Masjid Beijing.


Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra terletak di Rantau Panjang, dikenali sebagai Masjid Beijing kerana unsur senibinanya kelihatan seperti kuil. Masjid ni mula dibina pada 12 September 2005 dan dirasmikan pada bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ni dianggarkan sejumlah RM8.8 juta dan mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.



Senibina masjid ni amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China. Masjid Beijing adalah masjid pertama kat Malaysia yang senibinanya ada pengaruh Cina dengan bumbung gaya pagoda berwarna hijau dan menara tinggi dengan nama-nama semua 25 Nabi tertulis sepanjang dinding luar menara dari atas ke bawah.



Kompleks utama Masjid Beijing terdiri daripada dua tingkat. Tingkat bawah menempatkan dewan serbaguna, perpustakaan, tadika dan bazar, manakala tingkat atas merangkumi dewan solat utama dan bilik VIP.  Bahagian dalam masjid ditaburi dengan unsur reka bentuk Uzbek dan India.


Dari Masjid Beijing, Abe Di bawak kitorang ke Wat Pothivihan pulak kat Tumpat, Kelantan. Wat yang dibina pada tahun 1973 ni antara yang sangat dikenali di Kelantan, juga dipanggil sebagai Wat Yamu, salah sebuah kuil Buddha Siam daripada 25 buah wat yang ada di sekitar Tumpat, Kelantan.


Keunikan Wat Pothivihan terletak pada patung sepanjang 40 meter Buddha tidur (reclining Buddha/sleeping Buddha), yang dianggap sebagai terbesar dan terpanjang di Kelantan sejak dibina pada tahun 1975. Selepas selesai dibina pada tahun 1979, patung tu diiktiraf sebagai salah satu daripada dua patung Buddha tidur di Malaysia dan juga yang terbesar di Asia Tenggara sebelum diambil alih oleh patung 66 meter di Kuil Buddha Chaukhtatgyi Buddha Myanmar.


Kewujudan pelbagai pusat ibadah kat Kelantan ni adalah simbolik kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ni. Walaupun berbeza kepercayaan, setiap agama dihormati dan tiada sekatan selagi tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Alhamdulillah, semoga Allah redha.

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

5 Comments

  1. First time dengar nama masjid ni. Memang nampak unik. Kalau tak tahu, memang kita confuse sbb ukirannya.

    ReplyDelete
  2. cantiknya senibina masjid ni dengan mesej dia yang agak kuat untuk masyarakat.

    ReplyDelete
  3. pernah juga singgah kat masjid ni masa ke kelate dulu

    ReplyDelete
  4. byk kali gak wak singgah solat masjid beijing ni.. tp masalah air tu yg xleh tahan.. huhuhu

    tp Allah xkan redha patung2 tuuh.. wallahualam

    ReplyDelete
  5. Unik sangat..mesjid tu kalau tak di beritau mesjid mesti ingatkan tokong..
    Yang patung tu, kira kecil tu, yang kat Bangkok tu kemain besau gilerrr...hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com