Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Berlari Merentas Sempadan Thailand ke Malaysia!

Pertama Kali Berlari Merentas Sempadan Thailand ke Malaysia! | Yaa, satu rekod pencapaian terbaik sebagai permulaan tahun 2020! Berlari-lari anak merentas sempadan Thailand ke Malaysia melalui Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang sepanjang 109.73 m jerrrr. Poyo betulll! Haha!

Muka tak tahan panas terik matahari haha

Alkisahnya, pada 1 Januari 2020 yang lepas, saya dan beberapa orang rakan media dari Johor buat liputan program Tourism Malaysia Menyambut Pelancong di Pintu-pintu Masuk Utama Negara Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Kalau baca entri sebelum ni, kitorang kan bermalam di Sungai Golok pada hari sebelumnya.


Jadi pagi-pagi 1 Januari tu, kitorang sepatutnya dah standby kat sempadan untuk sambut rombongan wakil Gabenor Narathiwat. Lepas setel imigresen kat Sungai Kolok, ikutkan nak kena naik bas ke ICQS Rantau Panjang, tapi jadi rumit pulak bila bas tak ada tempat nak parking tepi jalan around ICQS tu. Memang tak boleh parking pun sebenarnya kat situ.

Jadi, macam manoooo?

Driver bas cakap, jalan kaki aje. Dekat aje katanya. Dalam tengah bertukar-tukar pendapat tu, rombongan Gabenor dah pun start berjalan dari imigresen Sungai Kolok. Erkkk! Mana la tak terkejar-kejar kami. Sebab tugas utama kami datang ke Kelantan naik Firefly adalah ini! Haha!

Dah kena start berlari-lari anak mengejar rombongan Narathiwat

Memula risau gak, ok ke ni nak terkejar-kejar ambil gambar diorang tengah berjalan. Tak langgar protokol keeee? Ade kang kene tembak. Bahaha! Rupanya ok je. Sporting sangat pimpinan Narathiwat ni, kitorang siap agihkan placard VM2020 lagik, diorang ok je riuh tengok placard cantik, terus ambil dan lambai-lambaikan placard tu. Haha.

Bukti berlari-lari anak hahaha

Maka dari situ lah, tersimpannya rekod berlari merentas sempadan Thailand ke Malaysia. Jangan marahhh yaa 😝

Kompleks ICQS Rantau Panjang Kelantan merupakan salah satu lokasi utama yang dipilih untuk menyambut pelancong, serentak dengan 22 pintu-pintu masuk utama lain di seluruh Malaysia. Turut hadir pada majlis sambutan tu adalah Timbalan EXCO Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Dato' Ustaz Hj Hassan Mohamood dan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Encik Hafiz Hazin.



Gabenor Narathiwat, Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen tak dapat datang pagi tu, beliau wakilkan pimpinannya yang lain untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan VM2020 kat ICQS Rantau Panjang tu.





100 orang pertama pelancong dari Thailand disambut dengan iringan persembahan kebudayaan tradisional Kelantan dan diberikan beg cenderahati berupa barangan promosi VM2020 sebagai tanda penghargaan dan kemesraan rakyat Malaysia.


Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 billion sempena VM2020. Berpandukan slogan "Visit Truly Asia Malaysia 2020", kempen VM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun. Senarai acara-acara utama ni uols boleh tengok kat website http://vm2020.malaysia.travel.

Jemput belek lebih banyak gambar pada hari kejadian di Facebook page Sunah Sakura.


Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

18 Comments

  1. Wah mcm manarik tapi sy x biasa crowded mcm tu boleh pitam 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalo ke sana, takde la crowded sangat pun...teknik ambil gambar tu kena ada skill sikit 😁😁😁

      Delete
  2. ingat jauh berlari-larian nya tapi dekat rupanya... ok jugak tu, akak tak pernah sampai lagi kat sempanan nun... nnti share gambar supink-supink lak ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha baekkkk...supink ape ek..lupo dah ada supink ke...hahahahha

      Delete
  3. adoii.. macam2 la sunah ni.. jangan lari dari Malaysia sudah la.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakka..da lama la lariii..dah kat negara Johor ni...😆

      Delete
  4. wow..bestnya berlari2 anak..hihi

    ReplyDelete
  5. wahh sonoknyer gi obersi tuuhh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus la seronok....walopun seberang sempadan jeeee

      Delete
  6. Hahahaha dah macam orang Narathiwat Sis ko masa tu hahahaha silap masuk jalan ek hahahaha

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com