Ticker

6/recent/ticker-posts

Oh, Macam Ni Rupanya Khengsong di Kelantan

Oh, Macam Ni Rupanya Khengsong di Kelantan | Siapa tahu, apa itu Khengsong atau Kengsom? Kalau orang belah pantai timur, atau yang pernah pergi selatan Thailand, mesti tahu dan pernah dengar. Atau, mungkin saja tak pernah tahu pun perkataan ni.

Saya pun baru pertama kali dengar masa ke Kelantan baru-baru ni. Masa pegawai Tourism Malaysia Kelantan, kak Tie sebut sebagai menu makan tengahari, rasa pelik sikit bila mendengarnya. Ingatkan Khengsong tu nama restoran keee. Rupanya bila google, ia sejenis masakan. Haha!

Fakta: Tapi kat Kelantan memang ade satu restoran namanya Kengsom.


Nah, ini rupa Khengsong. Atau orang panggil Asam Pedas Siam, menu asal dari Thailand. Rasanya pun memang ada sedikit rasa asam pedas tapi banyak berbeza dengan asam pedas kita. Bezanya, kuah Khengsong ada sedikit rasa macam tomyam juga. Pedas? Ya, pedas yauuuu! Saya hanya mampu cicip sedikit saja kuahnya 😂

Kitorang makan Stim Khengsong Ikan Siakap ni dekat Restoran Bunga Melati, Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada menu Khengsong, ada juga Daging Masak Merah, Sotong Goreng Telur Asin, Butter Prawn, Ayam Goreng Mangga dan Telur Dadar.






Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya. Paling saya suka Sotong Goreng Telur Asin dan Butter Prawn tu! Sotongnya besar dan ada sedikit rasa telur masin, udangnya pulak fresh, suka dengan sarang telur atasnya tu. Menaikkan selera orang yang sememangnya dah lapar lepas meredah Pasar Besar Siti Khadijah 😆



Kalau uols datang Kota Bharu, boleh cuba makan kat sini dengan keluarga atau kawan-kawan ya! Kadang-kadang diorang ada buat promo jugak untuk lunch dan dinner.


Royal Guest House
Lot 440 - 443 & Lot 448 - 452
Jalan Hilir Kota 15300
Kota Bharu, Kelantan

Reservations:
+609-7430008

Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

14 Comments

  1. sedap tak khengsom tu..cik nor xmkn sbb dia ltk belacan..haha

    ReplyDelete
  2. owhhhhhh asam pedas siam kesahnye. ingatkan kerongsang hahaha adehh~

    ReplyDelete
  3. Sy xpernh cuba walaupun selalu ke sana. Hahah

    ReplyDelete
  4. terus lapar nengok semua lauk yang ada sunah oi.... kengsom tu akak suka, mungkin sebab akak suka kuah dia yang ada rasa masam- pedas manis tuh...

    ReplyDelete
  5. paling menarik selain kengsom..kerabu mangga tu..terliur

    ReplyDelete
  6. resepi ikan masak khengsom ni ada di blog abam kie. pi la check, deh?

    ReplyDelete
  7. penah baca juga pasal khengsom ni. sebab viral kan. hehe. tapi belum dapat nak rasa lagi :D

    ReplyDelete
  8. biasa makan khengsonm di restoran khengsom kat jalan kebun sultan kota baru tu.. sedap dan pricy sikit..

    ReplyDelete
  9. Pernah makan khengsom ikan masa kat Hatyai. Sedapppp pedas masam manis.

    ReplyDelete
  10. tak pernah dengar khengsom ni, daun kesum tahu la..hehe

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. first time tahu pasal khengsom ni. Nanti kalau jumpa nak try lah menu ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com