Ticker

6/recent/ticker-posts

Maison Raja Rezza, Exclusive Private Function House in Kota Bharu, Kelantan

Maison Raja Rezza, Exclusive Private Function House in Kota Bharu, Kelantan | Siapa sangka, rumah yang dari luarnya nampak biasa-biasa aje, tapi bila masuk aje ke dalam, wowww! Subhanallah, cantik sangat!

Bergambar dengan pintu asal Istana Kota Lama Kelantan depan Maison Raja Rezza

Maison Raja Rezza, rumah banglo dua tingkat milik pelakon Dato' Sri Shah Rezza ni terletak di Kota Bharu, Kelantan. Segala perabot dan hiasan dalaman rumah ni sangat ekslusif dengan ciri-ciri tersendiri dan kebanyakannya adalak koleksi peribadi milik Dato' Sri sendiri. Kitorang sempat lepak sekejap di Oriental Charm Room, dengar sejarah tentang Maison Raja Rezza ni, sebelum naik ke tingkat atas untuk meninjau segala ruang yang ada.


Oriental Charm Room
Ruang yang nampak klasik dan elegan dengan pengaruh Peranakan, dipenuhi kabinet dan perabot khas diimport dari China dan Vietnam. Di sini tetamu diraikan dengan minuman selamat datang.


Melayu Manis Room
Ruang yang bertemakan kemelayuan, segala perabot dan susun atur adalah pengaruh Melayu nusantara, boleh memuatkan dari 10 - 20 orang bagi majlis makan malam atau mesyuarat kecil.


Monte Carlo Cafe
Ruang yang boleh memuatkan dari 24 - 30 orang, sesuai untuk acara makan tengahari atau makan malam, sambutan harijadi atau candle light dinner.


Palais Soleiman Lounge
Ruang ini sangat besar, dihias dengan tempat duduk dan perabot berwarna-warni, sesuai untuk event yang santai. Ada sistem karaoke sekali untuk uols chill out dengan rakan-rakan.


George V - Royal Dining Room
Ruang yang sangat ekslusif, pada dinding bilik dihias dengan bingkai gambar kerabat-kerabat diraja, boleh memuatkan sehingga 18 orang dalam satu masa.


Hakuna Matata Cigar Lounge
VIP lounge khas untuk mereka yang merokok sebab kat sini dibenarkan untuk merokok. Hiasan bilik dan perabot kat sini bertemakan kulit binatang Afrika, boleh nampak pada sofa dan langsirnya.

Well, cantik ke tak? Memang terpesona dan boleh duduk lama kat mana-mana room kat sini sebab dekorasi dalamannya yang sangat menarik. Pemilihan warna bagi setiap ruang memang betul-betul ikut tema, dan dikatakan inspirasi daripada tempat-tempat yang Dato' Sri pernah pergi untuk buat pertunjukan fesyen di luar negara.




Untuk uols yang berminat nak buat event kat sini, uols boleh pilih sama ada nak sewa ruang sahaja, atau nak sewa ruang dengan makanan sekali sebab diorang pun ada sediakan pakej dengan makanan. Tapi kalau uols nak bawa makanan dari luar pun boleh, in case nak guna catering luar. Harga sewa ruang bermula dari RM300 - RM1000. Ada juga ruang yang uols boleh sewa per head dari RM20 seorang.


Kalau nak walk in untuk santai-santai lepak minum kopi pun boleh, memang tempat untuk makan pun kat sini. Apa-apa pertanyaan, boleh lah contact nombor kat bawah ya!

Maison Raja Rezza
4128-C Jalan Tg. Ismail Off Jalan Telipot Kota Bharu Kelantan

For event booking or any inquiries:
Call NASH +6016 354 9999
Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

5 Comments

  1. kita xpernah sampai lgi cni..huwaa..:)

    ReplyDelete
  2. waa menariknya very historical mama suka tempat mcm ni

    ReplyDelete
  3. cantiklah rumah ni. kat luar tu kalau dia cat balik mesti lawa giler.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Tu belum siap tu, kalau dah siap cmne laaa cantiknyaa kannn...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com